Comel sangat biskut ini! Warna semula jadi daripada puri buah tentu akan menarik minat si manja untuk menikmatinya.

Puan Noraniza Osman berkongsi resipi ini setelah menyediakan biskut ini untuk anaknya, Iyad yang berusia 10 bulan. Katanya ia adalah stok makanan jejari untuk anaknya.

Comelnya Biskut Baby Merah Jambu, Tak Guna Pewarna Tiruan. Gerenti Cair Di Mulut

RUPA BISKUT YANG CANTIK MENGUJAKAN!

Rupa cantik dan warna menarik pada biskut ini amat mengujakan para ibu untuk mencuba. Ibu ini berkongsi yang dia  menggunakan buah naga sebagai sebahagian daripada bahan asas. Perkongsian Noraniza ini mendapat respons dan perkongsian ramai di sebuah kumpulan resipi anak di Facebook.


Comelnya Biskut Baby Merah Jambu, Tak Guna Pewarna Tiruan. Gerenti Cair Di Mulut

INFO BUAH NAGA

Buah naga, juga dikenali sebagai buah Pitaya, SEBIJI BUAH NAGA mengandungi kira-kira 60 kalori. IA kaya dengan vitamin termasuk vitamin C, B1, B2 dan B3. BUAH NAGA JUGA SARAT DENGAN mineral termasuk kalsium, besi, magnesium dan fosforus. BUAH EKSOTIK INI JUGA merupakan sumber serat, protein, asid lemak DAN omega.


COMEL SANGAT!

Comel sangat biskut ini! Itu yang paling menarik perhatian sesiapa yang memandang. Warna semula jadi biskut merah jambu ini adalah daripada puri buah naga. Si kecil tentu tertarik minat untuk menikmatinya. Ia juga dikatakan sesuai untuk diambil bayi kerana cair di mulut apabila mula digigit bayi.

IKLAN

Comelnya Biskut Baby Merah Jambu, Tak Guna Pewarna Tiruan. Gerenti Cair Di Mulut

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN

  • 1 buku unsalted butter (mentega tanpa garam)
  • 2-3 cawan tepung gandum unbleached
  • 3 sudu makan tepung jagung
  • Puri buah (untuk biskut dalam gambar, puri buah naga telah digunakan)

CARA PENYEDIAAN

IKLAN
  1. Mentega dipukul sehingga kembang.
  2. Masukkan puri buah dan kaup balik untuk sebatikan.
  3. Masukkan pula tepung jagung dan tepung gandum. Adun sampai adunan tidak melekat pada tangan.
  4. Bakar pada suhu 170-180°c selama 10-15mnit mengikut kesesuaian oven masing-masing.

Comelnya Biskut Baby Merah Jambu, Tak Guna Pewarna Tiruan. Gerenti Cair Di Mulut

Menerusi ruang komen dalam Puan Noraniza memberitahu jumlah buah naga yang digunakan ialah kira-kira setengah biji manakala buah kurma pula 10 biji. Tepung unbleach yang digunakan pula dicadangkan dari jenama Faiza atau Rose.

Selain itu, banyak tip dikongsikan pada ruangan komen berkaitan resepi ini.

IKLAN

BISKUT INI CAIR DI MULUT

Comelnya Biskut Baby Merah Jambu, Tak Guna Pewarna Tiruan. Gerenti Cair Di Mulut

TEPUNG YANG DIGUNAKAN

Comelnya Biskut Baby Merah Jambu, Tak Guna Pewarna Tiruan. Gerenti Cair Di Mulut Comelnya Biskut Baby Merah Jambu, Tak Guna Pewarna Tiruan. Gerenti Cair Di Mulut Comelnya Biskut Baby Merah Jambu, Tak Guna Pewarna Tiruan. Gerenti Cair Di Mulut

Sumber: Puan Noraniza Osman

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI