Gambar Hiasan AI

Ramai pasangan yang sudah lama mendirikan rumah tangga namun masih belum dikurniakan zuriat sering berdepan tekanan emosi dan kewangan. Demi membantu mereka yang berusaha untuk menimang cahaya mata, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) memperkenalkan Program Bantuan Rawatan Kesuburan dan Advokasi Subfertiliti (BuAI).

Satu inisiatif komprehensif bagi membantu pasangan TTC (Trying To Conceive) mendapatkan rawatan kesuburan yang lebih mampu milik dan menyeluruh.

30,000 Pasangan Bakal Terima Manfaat Program BuAI

Melalui pelaksanaan Program BuAI LPPKN, sebanyak 30,000 pasangan suami isteri di seluruh negara dijangka menerima manfaat dalam pelbagai bentuk bantuan. Menariknya, 1,300 pasangan yang layak akan dibiayai sepenuhnya untuk menjalani rawatan Intrauterine Insemination (IUI) sehingga maksimum dua kitaran rawatan.

Program BuAI LPPKN: Sinar Harapan Buat Pasangan TTC Dapatkan Rawatan Kesuburan Mampu Milik

Selain itu, LPPKN turut giat menjalankan kempen advokasi kesuburan dan kesejahteraan lelaki melalui pelbagai saluran termasuk media sosial, program fizikal serta kempen turun padang menggunakan tagline “Lebih Awal Lebih Baik.” Inisiatif ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang pentingnya rawatan awal bagi pasangan yang mengalami masalah subfertiliti.

Ads

Program ini juga menyediakan perkhidmatan kaunseling, konsultasi, saringan serta rawatan kesuburan dan kesejahteraan lelaki secara menyeluruh bagi membantu pasangan memahami keadaan kesihatan mereka serta mendapatkan rawatan yang paling sesuai.

Syarat Kelayakan Untuk Mohon Program BuAI

Bagi memastikan bantuan disalurkan kepada kumpulan sasaran yang benar-benar layak, LPPKN menetapkan beberapa syarat kelayakan utama seperti berikut:

Ads
Program BuAI LPPKN: Sinar Harapan Buat Pasangan TTC Dapatkan Rawatan Kesuburan Mampu Milik
Facebook LPPKN
  • Pendapatan isi rumah kurang daripada RM10,000 sebulan.
  • Pasangan suami isteri yang sah berkahwin dan berdaftar mengikut undang-undang Malaysia.
  • Kedua-dua suami dan isteri merupakan warganegara Malaysia.
  • Menghadapi masalah subfertiliti primer atau sekunder.
  • Umur isteri kurang daripada 37 tahun.
  • Pasangan tidak menerima bantuan kewangan rawatan subfertiliti daripada agensi lain semasa program dijalankan.
  • Menghadiri sesi konsultasi dan saringan kesuburan di Klinik Subfertiliti LPPKN atau Klinik Fertiliti LPPKN Full Paying Patient (FPP).
Program BuAI LPPKN: Sinar Harapan Buat Pasangan TTC Dapatkan Rawatan Kesuburan Mampu Milik
Gambar Hiasan AI

Cara Mohon Program BuAI LPPKN

Pasangan yang berminat boleh membuat permohonan dengan menghadiri sesi konsultasi di mana-mana empat Klinik Subfertiliti LPPKN atau Klinik Fertiliti LPPKN Full Paying Patient (FPP) di seluruh negara. Di situ, mereka akan menjalani saringan awal sebelum dinilai kelayakan untuk menyertai program bantuan ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai senarai klinik, borang permohonan dan panduan lengkap, pasangan boleh melayari laman web rasmi www.lppkn.gov.my atau mengikuti kemas kini terkini di media sosial rasmi LPPKN.

Ads

💗 Majalah Pa&Ma menyokong usaha murni ini yang bukan sahaja memberi sinar harapan kepada pasangan yang berusaha mendapatkan zuriat, tetapi juga membantu mereka memahami bahawa kesuburan boleh dirawat dengan bantuan dan sokongan yang betul.

Kerana dalam perjalanan menuju impian menjadi ibu dan ayah, “Lebih Awal Lebih Baik.”

Sumber: LPPKN

BACA LAGI : Vitamin D3 Bantu Tingkatkan Kesuburan Wanita TTC, Kata Pakar Pemakanan

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads