Tanpa kita tahu, selain serbuk ayam, ikan bilis dan juga Mirepoix, cendawan juga salah satu sayur yang paling memberikan rasa.
Tidak hairanlah mengapa cendawan sentiasa menjadi penambah rasa dalam setiap makanan?
Usahakanlah tambahkan cendawan dalam masakan anak. Bukan sahaja lebih khasiat bahkan sedap kerana perasa aslinya. Dr Mazliana Mazlan berkongsi tip.
Cendawan boleh jadi pengganti aji kalau masak sayur untuk anak. MSG penyedap makanan, beri rasa umami pada lidah. Buat makanan yang anak makan, lebih sedap dari biasa.
Ada yang ambil makanan tinggi dengan MSG tiruan, dapat kesan sampingan pening, loya, muntah, berdebar-debar.
Kajian pun ada tunjukkan yang MSG ada kaitan dengan obesiti, penyakit metabolik, kesan neurotoksik, dan kesan pada organ peranakan.
Tak sesuai untuk anak-anak kita ya. Sebaiknya elakkan dari anak-anak seboleh mungkin.
Kiub/serbuk ayam.
Kiub/perencah tomyam.
Secukup rasa, penyedap rasa.
Perencah nasi goreng.
Perencah sup tulang.
Perencah mee segera.
Sos tiram.
Kicap.
Elakkan masak makanan anak-anak kita dengan bahan ini. Semua jenis penambah rasa ni kebanyakkan ada MSG tiruan.
Ads
Cendawan, antara sayuran sebenar yang beri rasa umami yang kuat pada lidah kita. Sumber semulajadi pilihan yang lebih baik buat anak-anak.
Dalam gambar, saya ada kongsi 10 jenis cendawan yang ada di pasaran. Boleh shopping k.
1. Brown button mushroom
2. White button mushroom
3. Shiitake mushroom
4. Portabello mushroom
5. King otyster mushroom
6. Inoki mushroom
7. Grey oyster mushroom
8. Bunashimeji mushroom
9. Bunapi mushroom
10. Dried shiitake mushroom
Dried shiitake mushroom, sentiasa ada stok di rumah saya. Sebab cendawan ni kering, tahan lama, tinggi dengan glutamate dan beri rasa umami yang kuat. Guna sikit je dah sedap hasil masakan kita.
Buat mee goreng pun saya kisar dulu cendawan shiitake dan tumis sekali dengan bebawang. Seriusss, sedap lain dari biasa. Korang kena try tau.
Cendawan apa paling bagus?
Setiap cendawan ada khasiat terlebih terkurang sikit, tapi umumnya semua ada kebaikan.
Ads
Umur berapa boleh start makan?
Boleh cuba untuk baby 10 bulan ke atas.
Anak eczema boleh makan?
Yang ni tengok post semalam, 9 sayur yang anak eczema kena elakkan.
Serbuk cendawan boleh guna?
Boleh je kalau bahan-bahan dia ok. Boleh lah shopping cendawan lepas ni selalu tau. Kita cuba cari perasa dari bahan semulajadi untuk anak-anak ya.
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.
Bayi berumur 6 hingga 8 bulan mesti diberi makanan yang dipuri, dilecek atau makanan separa pepejal. Dalam lingkungan umur 9 hingga 11 bulan, bayi perlu diberi makanan yang dicincang atau dipotong kecil. Makanan jejari (finger food) seperti biskut lembut dan buah-buahan juga boleh diberi. Pada umur 12 bulan, kanak-kanak boleh makan makanan keluarga.
Beri bayi makanan dengan tekstur yang bersesuaian bagi mengelakkannya daripada tercekik. Kanak-kanak perlu dipantau semasa waktu makan untuk mengelakkan kejadian berbahaya seperti tercekik. Penjaga perlu lengkapkan diri dengan pengetahuan asas tentang prosedur keselamatan akibat tercekik.
Pengenalan Tekstur Makanan Bayi dari 0-12 bulan
Namun apa bila bayi mula beralih bulan, tekstur makanan mereka juga perlu dibubah. Kenapa penting untuk mommy daddy faham peralihan tekstur makanan ini?
Kenapa kena tukar tekstur? Kenapa tak boleh dari puri terus ke makanan macam dewasa? Apa kaitan tekstur dengan skill anak untuk bercakap? Perkembangan skill baby adalah paling cepat antara 0-2 tahun. Kita sebagai ibu bapa perlu membantu skill tersebut untuk berkembang. Makanan akan melatih anak anda menggunakan lidah.
Kanak-kanak yang berlebihan berat badan berkemungkinan besar menjadi remaja dan dewasa yang berlebihan juga berat badan dan seterusnya cenderung kepada masalah kesihatan. Ini termasuk penyakit jantung, kencing manis, tekanan darah tinggi, strok dan beberapa jenis penyakit kanser.
Bagaimana untuk mengetahui jika anak saya mengalami berat badan berlebihan?
-Pertumbuhan adalah petunjuk yang baik bagi menggambarkan status pemakanan seseorang kanak-kanak. Pertumbuhan seseorang kanak-kanak dinilai oleh anggota kesihatan untuk mengetahui sama ada kanak-kanak tersebut mengikuti corak pertumbuhannya.
-Pertumbuhan kanak-kanak boleh diawasi dengan menimbang berat badan dan mengukur ketinggiannya serta membuat perbandingan dengan rujukan standard. Ini boleh dilakukan dengan memplot nilai berat badan dan ketinggian kanak-kanak pada carta berat badan dan ketinggian mengikut jantina.
-Pakar perubatan akan menimbang berat dan mengukur ketinggian seseorang kanak-kanak untuk menentukan sama ada kanak-kanak tersebut berada dalam lingkungan berat badan yang sihat.
Apakah perkara-perkara yang perlu diambil kira bagi kanak-kanak dengan berat badan berlebihan?
Terdapat beberapa faktor yang mungkin menyebabkan berlebihan berat badan. Ini termasuk :
-Faktor genetik memainkan peranan dalam memungkinkan seorang anak lebih cenderung dengan masalah berat berlebihan, tetapi amalan sekeluarga seperti tabiat makan dan aktiviti juga mempengaruhi berat badan.
-Kurangnya aktiviti fizikal.
-Corak pemakanan yang tidak sihat atau kombinasi faktor-faktor ini.
-Masalah kesihatan seperti kelenjar endokrin yang tidak sempurna memungkinkan seorang anak mengalami berat badan berlebihan. Doktor anda boleh melakukan ujian fizikal yang rapi dan ujian darah, sekiranya perlu, untuk mengenal pasti penyebab.
Bagaimana saya boleh membantu anak saya yang mengalami berat badan berlebihan?
1.Berikan sokongan
-Beritahu anak anda supaya jangan terlalu bimbang tentang berat badannya. Tanggapan ibu bapa terhadap anak-anak turut mempengaruhi perasaan mereka. Jadi, jika anda menerima berat badan anak anda, mereka lebih cenderung untuk rasa begitu terhadap diri sendiri.
-Berbincang mengenai berat badan dengan anak-anak bagi menggalakkan mereka berkongsi masalah mereka. Anak anda mungkin lebih mengetahui mengenai masalahnya berbanding orang lain. Oleh itu, kanak-kanak seumpama ini memerlukan sokongan, dorongan daripada ibu bapa mereka.
2.Perhatian keluarga
-Ibu bapa harus menerima anak mereka seadanya, tetapi pada masa yang sama cuba mengubah aktiviti fizikal serta tabiat pemakanan keluarga secara beransur. Penglibatan keluarga dapat membantu menerapkan amalan sihat kepada semua tanpa memberi tumpuan kepada anak yang berlebihan berat badan.
3.Tingkatkan aktiviti fizikal keluarga
-Aktiviti fizikal yang kerap berserta tabiat makan yang sihat adalah cara yang paling berkesan dan sihat untuk mengawal berat badan. Ia adalah sebahagian daripada amalan gaya hidup yang sihat. Ia bukan bertujuan untuk menjadikan aktiviti fizikal sebagai satu bebanan tetapi ambil peluang untuk anda sekeluarga menjadi lebih aktif.
-Berikut adalah beberapa cara mudah untuk meningkatkan aktiviti fizikal keluarga :
-Jadikan diri anda sebagai contoh kepada anak anda. Jika anak anda lihat anda aktif secara
-fizikal dan seronok melakukannya, mereka juga cenderung untuk menjadi begitu dan sentiasa aktif sepanjang hayat.
-Rancang aktiviti keluarga yang memberi peluang untuk senaman serta berseronok seperti berjalan, menari, berbasikal atau berenang. Contohnya, rancangkan aktiviti berjalan bersama keluarga sesudah makan malam berbanding menonton tv. Pastikan anda merancang aktiviti yang mampu dilakukan dalam persekitaran yang selamat
-Peka terhadap keperluan anak anda. Anak yang berlebihan berat badan mungkin tidak selesa melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti. Adalah mustahak bagi membantu anak anda memilih aktiviti fizikal yang mereka gemari dan bukannya terlalu sukar atau mengaibkan.
-Kurangkan masa anda dan keluarga anda dalam aktiviti-aktiviti yang kurang aktif seperti menonton tv atau bermain permainan video.
-Jadi lebih aktif sepanjang hari dan galakkan keluarga anda untuk berbuat sedemikian. Contohnya, menaiki tangga berbanding menggunakan lif atau melakukan aktiviti semasa cuti seperti bangun dan regangkan badan atau berjalan-jalan.
Terapkan tabiat pemakanan sihat ke dalam keluarga
-Amalan pemakanan sihat yang diterapkan awal mampu membantu kanak-kanak memahami bahawa makanan harus digemari penting untuk kesihatan
Tingkatkan pengetahuan mengenai pemakanan untuk kanak-kanak dengan membaca atau berbincang dengan pakar kesihatan.
-Piramid Makanan Malaysia adalah sumber rujukan diet yang amat berguna bagi masyarakat Malaysia berumur 2 tahun ke atas. Ia juga merupakan panduan tentang kepentingan keseimbangan antara kumpulan-kumpulan makanan di dalam amalan pemakanan harian.
-Beri anak anda pilihan makanan yang sihat.
Apakah cara untuk membantu anak saya yang berlebihan berat badan?
Berbincang dengan pakar pemakanan sekiranya anda kurang pasti tentang cara untuk memilih dan menyediakan pelbagai makanan untuk keluarga, berbincang dengan pakar pemakanan.
1.Pengambilan yang dihadkan
-Kanak-kanak tidak patut dihadkan pengambilan makanannya bagi menurunkan berat badan melainkan atas penyeliaan pegawai perubatan. Adalah berbahaya sekiranya pemakanan mereka dihadkan kerana ia mengganggu pertumbuhan dan tumbesaran mereka.
-Bagi menyokong tumbesaran yang baik dan mencegah berlebihan berat badan, pertambahan berat badan, ibu bapa harus memberi sumber makanan yang pelbagai berdasarkan kumpulan makanan dalam Piramid Makanan Malaysia.
-Sebahagian besar makanan dalam diet harian anda harus datang daripada kumpulan bijirin.
-Kumpulan susu serta daging dan kacang panjang harus diambil dengan sederhana.
-Makanan yang tinggi lemak dan gula harus diambil dengan sedikit.
-Lemak tidak harus dihadkan dalam diet kanak-kanak berumur kurang dari 2 tahun.
2.Kurangkan jumlah lemak di dalam diet keluarga dengan berhati-hati
-Mengurangkan lemak adalah cara yang baik bagi mengawal kalori anak anda tanpa menghadkan nutrien lain. Cara mudah untuk mengurangkan lemak di dalam diet keluarga anda termasuklah menghadkan makanan atau hidangan bergoreng, menyediakan ayam tanpa kulit dan menggunakan daging tanpa lemak di dalam hidangan. Bijirin dan roti rendah atau tanpa lemak juga adalah pilihan yang baik
Lakukan perubahan kecil dalam jumlah lemak dalam diet keluarga. Walau bagaimanapun perubahan yang besar harus di bawah penyeliaan pakar pemakanan.
Lemak tidak harus dihadkan dalam diet kanak-kanak yang berumur kurang dari 2 tahun. Dari umur 2 tahun sehingga 5 tahun, kanak-kanak harus mengamalkan diet yang mengandungi tidak lebih 30 peratus kalori daripada lemak.
3.Jangan terlalu menghadkan gula-gula atau manisan.
-Makanan yang mengandungi lemak, garam dan gula harus dimakan dengan sederhana.
4.Bantu keluarga membuat pilihan makanan dan bukan mengarah.
-Sediakan pelbagai pilihan makanan di rumah. Ini akan membantu anak anda belajar bagaimana membuat pilihan yang sihat.
5.Galakkan anak anda makan secara perlahan.
-Seorang kanak-kanak boleh merasa lapar dan kenyang apabila makan secara perlahan.
6.Makan bersama keluarga seberapa kerap yang boleh
-Jadikan waktu makan masa yang seronok dengan berbual dan saling berkongsi, bukannya masa untuk berbalah. Jika waktu makan tidak disenangi, anak-anak akan makan dengan cepat untuk beredar secepat mungkin. Mereka akan kaitkan waktu makan dengan tekanan.
7.Libatkan anak-anak ketika membeli dan menyediakan makanan
-Dengan melakukan aktiviti-aktiviti ini, ibu bapa dapat mengetahui makanan kegemaran anak-anak, mengajar tentang pemakanan dan membuat mereka rasa berjaya. Tambahan pula, anak-anak lebih suka makan makanan yang mereka sediakan sendiri.
8.Rancang waktu snek
-Memakan snek secara berterusan boleh menyebabkan makan secara berlebihan. Walau bagaimanapun snek yang berjadual boleh dijadikan sebahagian daripada diet yang berkhasiat tanpa mengganggu selera makan anak.
-Sediakan snek yang berkhasiat tanpa menghadkan snek seperti kentang goreng atau biskut sekali sekala terutamanya di parti-parti atau aktiviti sosial lain.
9.Tidak menggalakkan makan snek ketika menonton tv
-Sukar untuk berasa kenyang jika makan sambil menonton tv. Ini boleh menyebabkan makanan secara berlebihan.
10.Jangan jadikan makanan sebagai hukuman atau ganjaran kepada anak anda
-Tidak memberi makan sebagai satu hukuman boleh menyebabkan kanak-kanak berasa risau yang dia tidak akan mendapat makanan secukupnya. Contohnya, dengan memberitahu kanak-kanak yang mereka akan mendapat sajian pencuci mulut jika mereka menghabiskan kesemua sayuran ialah memberi gambaran yang salah mengenai sayur-sayuran.
11.Pastikan makanan yang dimakan di luar rumah adalah seimbang
-Sediakan bekalan sekolah yang pelbagai pilihan
-Pilih hidangan yang sihat dan berkhasiat ketika makan di restoran
12.Tunjukkan teladan yang baik
-Tunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak anda dengan menyediakan pelbagai pilihan makanan untuk keluarga.
-Dengan menjadi lebih aktif dapat mengajar anak-anak gaya hidup yang sihat yang mereka boleh contohi sepanjang hayat. Kanak-kanak belajar dengan lebih cepat dan baik melalui teladan.
Anak makan banyak tapi berat tak naik? Ini antara persoalan yang sering buat ibu tertanya-tanya apa lagi yang perlu diberi pada anak. Sebenarnya ramai ibu tak sedar gaya pemakanan si kecil sangat mempengaruhi tumbesaran anak.
Jika makan semangkuk bubur pun tapi tak cukup kadar nutrisi tak membantu juga. Ibu-ibu kena buang persepsi anak mesti makan banyak. Sebaliknya kita kena faham cara anak makan iaitu makan sikit-sikit, cukup semua nutrisi dan diberi makan ikut jadual. Ini yang sebetulnya dan perlu difahami.
Berdasarkan perkongsian dari Puan Herny Hafiz, dia ada berkongsikan info pemakanan anak-anak usia 1 hingga 3 tahun.
4-6 sudu lemak baik
900 ml air ( berdasarkan rujukan saya dari pelbagai sumber)
Sebagai panduan senang:
1 serving kita amik 2 -3 sudu besar
untuk susu ialah 100 ml 1 serving ( ada sumber lain mengatakan susu maintain 16-24 oz / 400-700ml)
Susu ni boleh tampung dalam 20-30% je keperluan nutrisi anak-anak.
so mommy tetap kena pastikan anak makan seimbang.
Tolak bahagian susu anak perlukan 12 serving makanan sehari = 24-36 sudu sehari.
so anak makan dalam 5-6 kali sehari.
jadi sekali makan 4-6 sudu sahaja tau.
tak perlu la expect anak makan semangkuk besar.
4-6 sudu makanan solid dah mencukupi. walaupun kuantiti nampak kecik pastikan seimbang dan padat nutrisi terutama bahagian lemak baik.
banyak mommy yg tak cukup bagi lemak baik. lemak sangat penting untuk energy dan juga fungsi otak tak selain sebagai medium untuk serapan vitamin-vitamin tertentu.
so mommy. ingat panduan ni untuk sehari.
5.5.3.2
1 serving 2 -3 sudu.
sekali makan 4-6 sudu
kekerapan makan 6kali sehari
Untuk jadual makan anak saya, Dayyan selalunya
Pagi
pasta 3 sudu
meat group 2 sudu
lemak 1 sudu
vege 1 sudu
Jenis-jenis najis bayi boleh berubah mengikut usia, susu dan pemakanan. Ketahui warna najis yang normal, tanda bahaya serta bila ibu ayah perlu membawa bayi berjumpa doktor.