Ada sesetengah daripada masyarakat kita yang mengamalkan memicit puting payudara bayi atas alasan ianya ada susu. Perlakuan ini harus dihentikan kerana ia boleh mengakibatkan bengkak akibat keradangan.
Ada bayi yang baru dilahirkan mempunyai puting payudara yang agak besar. Tanggapan iblu bapa dan ahli keluarga ialah payudara tersebut mengandungi susu adalah karut. Hakikat sebenar ialah ia terhasil daripada pendedahan bayi kepada hormon daripada ibu ketika dalam kandungan.
Jururawat berdaftar, Bel Nawhen menerangkan tentang tabiat yang telah berlarutan di kalangan masyarakat ini. Ia seharusnya dihentikan segera untuk mengelakkan kecederaan dan kesakitan kepada bayi. Berikut ialah perkongsian beliau;
TAK PERLU PICIT PUTING BAYI!
Benjolan pada puting bayi tu sebenarnya disebabkan oleh pendedahan terhadap hormon ibu semasa di alam rahim.
Ads
Ia akan hilang dengan sendirinya apabila kepekatan hormon itu semakin berkurang mengikut peredaran masa.
Tak payah nak picit konon nak keluarkan ‘susu’ disitu.
Silap-silap terlebih picit, jadi radang pula.
Ads
Bila dah radang, ia jadi bengkak dan kemerahan dan mungkin berlaku jangkitan kuman dan menyebabkan bayi kurang selesa.
Lepas tu anak menangis, mula lah kelam kabut bertanya sana sini.
Ads
Jika berlaku pembengkakan serius, bawa jumpa doktor.
Kulit bayi ni nipis dan mudah sangat terluka. Janganlah pandai-pandai buat ajaran sesat suruh mak picit sendirilah, jangan kuat-kuatlah.
Benda bukan penting sangat pun nak kena keluarkan.
Breath-Holding Spells? Mungkin ramai ibu bapa yang tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan Breath-Holding Spells. Breath-Holding Spells boleh berlaku pada kanak-kanak yang sihat dalam lingkungan umur 6 bulan hingga 6 tahun.
Malah lebih kerap berlaku pada anak yang ada ahli keluarganya turut mengalami Breath-Holding Spells, anak yang mempunyai genetic problem dan kekurangan sel darah merah (anemia). Untuk lebih penjelasan, Ikuti perkongsian daripada Dr Ahmad Luqman Bukhari.
Kesian kat mak mak yang pernah nampak anak kena Breath-Holding Spells ni depan mata kepala sendiri. Ramai benar yang mengadu dah jadi trauma tiap kali dengar anak nangis. Takut sangat benda mengerikan tu jadi balik pada anak.
Saya ingat lagi cerita seorang mak ni. Anak lelakinya baru je berusia setahun lebih. Ada satu hari tu, tengah elok budak tu duk main seorang diri, abangnya datang mendekat kemudian tak semena-semena terus rampas mainan dari tangan budak tadi.
Meraung panjang lah si anak sambil terjerit-jerit kemarahan. Namun yang paling mengejutkan, tiba-tiba je tangisan budak tu terhenti lalu terbaring senyap. Collapse!
Kedua belah mata terpejam. Kulit wajah dan warna bibirnya berubah jadi kebiruan. Seluruh tubuhnya lembik. Kaku tak bergerak!Dan keadaan mendebarkan tu berterusan hampir satu minit.
Kata si emak menyambung cerita, “Benda tu berlaku sangat pantas. Depan mata saya sendiri dia berhenti bernafas. Mulut saya dah tak mampu nak ucap apa-apa melainkan saya jerit ya Allah, ya Allah! Panik!
Jantung rasa macam nak terkeluar. Air mata saya mengalir memang dah tak dapat nak tahan sebab saya duk rasa anak saya dah mati!” Tak berapa lama lepas tu barulah anak kecil tadi mula terbatuk-batuk sikit dan mengerdipkan mata. Mukanya pun beransur-ansur kembali kemerahan. Dah sedar balik tapi masih kelemahan.
Kawan-kawan,
Breath-Holding Spells ni boleh berlaku pada kanak-kanak yang sihat dalam lingkungan umur 6 bulan hingga 6 tahun. Malah lebih kerap berlaku pada anak yang ada ahli keluarganya turut mengalami Breath-Holding Spells, anak yang mempunyai genetic problem dan kekurangan sel darah merah (anemia).
Gejala
Selalunya gejala ni berlaku bila si kecil kita berada dalam mood ketakutan, terkejut yang amat sangat, kesakitan, frustrated atau terlampau sedih. Sebenarnya tu adalah involuntary reflex dan biasanya kanak-kanak yang mengalaminya akan bernafas balik macam biasa dalam masa kurang satu minit.
Ianya tak memudaratkan si kecil atau kacau perkembangan otaknya, namun ia akan jadi suatu pengalaman yang tak kan kita dapat lupakan. Ini yang perlu dibuat kalau mak ayah berdepan dengan keadaan anak terkena Breath-Holding Spells ni:
Tolong tenangkan diri sendiri dan jangan panik.
Saya tahu bukan mudah nak relax bila tengok darah daging sendiri dalam keadaan begitu tapi percayalah, kita tak akan dapat bantu anak kita tu kalau kita tak dapat kawal diri sendiri.
-Baringkan anak kita dalam posisi mengiring. Tolong jangan goncangkan badan si kecil tu ye.
-Make sure tak ada sebarang objek atau makanan kat dalam mulut anak kita. Benda tu boleh buatkan dia tercekik masa tempoh dia tak bernafas tu.
-Alihkan jugak barang yang ada kat keliling dia waktu tu. Kita tak nak dia terkena objek yang berbahaya sekiranya tiba-tiba dia mengalami sawan.
-Namun hati-hati, sekiranya si kecil tak bernafas balik macam biasa lebih 1 minit, kena cepat-cepat berikan bantuan kecemasan. Yang ni saya akan ajar lain kali insyaAllah.
-Biasanya parent yang ada pengalaman berdepan situasi ni lebih tenang dan tahu apa nak buat jika ia berlaku lagi.
Saya nasihatkan untuk mak ayah yang pertama kali jumpa keadaan ni, segeralah bawalah si kecil ke fasiliti kesihatan untuk pemeriksaan.
Penting sangat untuk confirmkan apa yang berlaku tu bukan sawan dan juga bukan berpunca daripada penyakit jantung.
Tolong save siap-siap ilmu ni kat mana-mana dan #kongsikan jugak dengan semua mak ayah kat luar sana ye. Benda ni boleh je terkena pada anak kita sendiri. Mudah-mudahan waktu tu kita semua bersedia dan tahu apa nak buat.
Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti Raf Yaakob dan Mawar Rashid yang selamat menimang cahaya mata ketiga mereka yang merupakan seorang bayi perempuan.
Menerusi Instagram, keduanya meluahkan rasa syukur kerana dipermudahkan untuk kelahiran kali ini.
Berkongsi rasa gembiranya, Mawar turut meluahkan rasa syukurnya kerana diberikan rezeki sekali lagi untuk bersalin secara normal, sama seperti dua kelahiran cahaya matanya yang terdahulu.
“Syukur alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Mawar bersalin secara normal, just like my first 2 baby, Rafael & Cinta.
“Thank you semua atas doa-doanya,” kata Mawar di Instagramnya.
Melalui entri yang sama juga baik Mawar mahupun Raf turut memuat naik dua keping gambar bersama puteri kedua mereka ketika berada dihospital. Raf juga turut memangku bayi comel mereka.
Paling menarik, buah hati tersayang itu juga sudah diberikan nama yang cukup indah dan cantik, sama seperti abang dan kakaknya.
“Say hi to, Raden Seri Riyanna Sayang, ” kata Mawar lagi berkongsi.
Satu nama yang cukup indah dan unik buat puteri yang ditunggu-tunggu kelahirannya. Raf dan Mawar sebelum ini menamakan dua cahaya mata mereka dengan nama cukup cantik, Raden Muhammad Rafael dan Raden Seri Rosabella Cinta.
Meninjau di ruangan komen, rakan-rakan selebriti dan pengikut setia keduanya turut sama mengucapkan tahniah di atas kelahiran puteri kedua mereka.
Semoga Baby Riyanna akan terus memberi sinar bahagia yang berpanjangan buat keluarga ini.
Terdahulu, Terdahulu, Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017. Pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Raden Muhammad Rafael dan Raden Seri Rosabella Cinta. Kini Raden Seri Riyanna Sayang menjadi pelengkap bahagia mereka bersama.
Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti Indonesia, Lesti Kejora dan suaminya, Rizky Billar yang selamat menimang cahaya mata sulung mereka pada 26 Disember lalu.
Perkhabaran gembira itu diumumkan Rizky menerusi Instagramnya. Malah laporan Viva.co.id juga melaporkan Lesti selamat melahirkan bayi lelaki pramatang pada usia kandungannya baru mencecah 34 minggu dengan berat 2.2kg.
Lesti pada awalnya dijangka melahirkan cahaya mata sulung mereka sekitar akhir Januari atau awal Februari itu terpaksa bersalin lebih awal kerana mengalami masalah kesihatan.
“Selepas pemantauan, bayi harus dikeluarkan segera demi keselamatannya dan Lesti. Alhamdulillah bayi saya keluar dengan keadaan yang sihat, lengkap tanpa kurang apa satu pun.
“Dan tangisannya yang pecah menghiasi ruangan persalinan malam itu melengkapi kebahagiaan kami. Kami berdua juga tidak dapat membendung air mata dari jatuh. Itulah berita bahagia yang ingin saya sampaikan,” tulis Rizky.
Tidak hanya berkongsi cerita di kapsyennya, bahkan Rizky yang kini sudah pun bergelar bapa itu turut memuat naik sekeping foto jarinya memegang jari si comel.
Alami kontraksi yang agak kuat
Malah menerusi perkongsian pasangan ini di saluran Youtube mereka, doktor yang menyambut kelahiran anak pasangan selebriti ini turut berkongsi cerita dihubungi ibu Lesti yang menceritakan keadaan Lesti yang kurang baik.
” Ibu Lesti menghubungi saya pada 23 Disember lalu mengatakan anaknya kepenatan dan mungkin terdapat komplikasi pada kandungannya.
” Setelah diperiksa ternyata Lesti mengalami kontraksi yang agak tinggi dan memerlukan pemantauan yang rapi dan seterusnya selamat bersalin,” kongsinya lagi.
Terdahulu, perkahwinan pasangan selebriti ini menimbulkan kontroversi apabila pengguna media sosial menyedari Lesti seakan hamil ketika majlis resepsi pasangan ini pada Ogos lalu.
Lesti dan Rizky Billar rupanya telah pun selamat bernikah pada awal tahun ini dan kini pasangan ini selamat menimang cahaya mata sulung mereka. Tahniah!
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!