Hati ibu mana yang tak tersentuh bila si kecil yang dulu digendong ke hulu ke hilir, kini sudah pandai berjalan dan menyebut beberapa perkataan. Begitulah perasaan yang dikongsikan Datin Sharifah Ladyana, isteri kepada legenda rock tanah air, Dato’ Awie, sempena ulang tahun pertama anak bongsu mereka, Putra Ahmad Arjunna.

Tanggal 7 Julai 2024 menjadi detik istimewa buat keluarga kecil ini apabila mereka meraikan ulang tahun kelahiran Arjunna dalam suasana sederhana tetapi penuh bermakna.

Arjunna, Si Manja Kesayangan

Sebagai anak bongsu, Arjunna bukan sahaja menjadi permata hati ibu dan ayah, malah turut dimanjakan oleh abang dan kakak-kakaknya yang lain. Gelagat comel dan manja Arjunna sering mencuit hati sesiapa sahaja yang melihat, termasuklah para peminat yang mengikuti perkembangan keluarga ini di media sosial.

Putra Ahmad Arjunna Genap Setahun! Keluarga Bahagia Dato’ Awie Curi Perhatian Ramai

Sambutan hari lahir Arjunna diadakan dalam suasana penuh kasih sayang. Dengan tema santai dan kekeluargaan, majlis tersebut dihias ringkas tetapi meriah dengan kehadiran ahli keluarga terdekat.

Titipan Kasih Seorang Ibu

Datin Sharifah Ladyana turut menitipkan ucapan menyentuh hati buat anak kesayangannya:

Ads

“You may not remember this day, but mummy will remember forever how it feels to love you this much…
You’ve filled our hearts and home with so much love.
Happy 1st birthday to the little soul who made our love even bigger. We love you endlessly, Putra Ahmad Arjunna.”

Ucapan ini meraih perhatian ramai, malah ada yang mengaku mengalirkan air mata membaca luahan kasih seorang ibu. Terserlah betapa besarnya cinta dan pengorbanan yang dicurahkan dalam membesarkan si kecil ini.

Ads

Keluarga Besar Penuh Bahagia

Dato’ Awie dan Datin Sharifah Ladyana mendirikan rumah tangga pada 7 Oktober 2016. Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata anak sulung lahir pada tahun 2020 dan Arjunna pada 2023.

Putra Ahmad Arjunna Genap Setahun! Keluarga Bahagia Dato’ Awie Curi Perhatian Ramai

Selain itu, Dato’ Awie turut mempunyai lima orang anak hasil dua perkahwinan terdahulu. Menerusi perkahwinan pertama bersama Arni Nazira, mereka mempunyai dua anak perempuan, manakala bersama Rozana Misbun, dikurniakan tiga cahaya mata dua lelaki dan seorang perempuan.

Ads

Apa yang membanggakan, Datin Ladyana turut disenangi oleh anak-anak tiri. Sikapnya yang mesra, penyayang dan tidak membezakan kasih sayang membuatkan beliau menjadi figura ibu yang dihormati dalam keluarga besar ini.

Dato’ Awie: Rocker Garang, Ayah Penyayang

Walaupun sinonim dengan imej ‘rocker garang’ di pentas, sisi keibubapaan Dato’ Awie ternyata lembut dan penyayang. Gaya ayah moden yang dilihat sering mendukung, bermain dan memeluk anak-anak menjadikan beliau contoh figura bapa yang ideal – tegas tetapi penuh kasih.

Putra Ahmad Arjunna Genap Setahun! Keluarga Bahagia Dato’ Awie Curi Perhatian Ramai

Menariknya, pada 14 Februari 2024, beliau menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai First Artiste to Lead Multiple Bands in a Rock Concert. Namun dalam kesibukan sebagai artis, peranan sebagai suami dan ayah tidak pernah diabaikan.

Inspirasi Buat Ibu Ayah Muda

Ramai yang terinspirasi melihat kebahagiaan keluarga selebriti ini. Tidak semua pasangan mampu membina keluarga besar dengan harmoni, apatah lagi dalam situasi perkahwinan berlapis. Tetapi keikhlasan, komunikasi dan kasih sayang yang ditonjolkan pasangan ini wajar dicontohi.

Semoga Putra Ahmad Arjunna terus membesar sihat, bijak dan menjadi anak soleh yang membahagiakan ibu dan ayah. Dan semoga keluarga ini terus kekal bahagia dan menjadi inspirasi buat ramai pasangan muda di luar sana.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads