Sangkaan wargamaya yang meneka pelakon, Emma Maembong hamil anak perempuan ternyata meleset bila mana pelakon cantik itu membuat pengumuman bakal melahirkan seorang bayi lelaki sedikit masa lagi.
Melalui Instagramnya, Emma memuat naik video pengumuman jantina itu yang diadakan secara ringkas.
Tampil mengelirukan semua tetamu yang hadir, Emma dan suami hadir ringkas dengan tema berona hitam yang cukup ringkas.
Sepanjang berita kehamilannya, ramai warganet mengatakan Emma kini sedang hamil anak perempuan berdasarkan perkongsian beberapa foto ‘maternity shoot’ di media sosial serta beberapa gaya Emma yang kini semakin rancak berhias cantik.
Pun begitu sangkaan ramai ternyata meleset bila mana akhirnya Emma dan pasangannya, Shazli mengumumkan mereka bakal menimang seorang lagi cahaya mata lelaki selepas anak sulung mereka, Shariq Arshan Gabriel.
Ads
“Pengajaran to myself never trust your sister to take your videos,” tulis Emma di kapsyennya.
Emma dan suami memulakan acara dengan meletupkan belon berwarna hitam yang disusuli dengan serpihan kertas biru berterbangan yang menandakan anak lelaki.
Enggan terus mengelak pelbagai pertanyaan ramai, usahawan berjaya dan selebriti Neelofa akhirnya mengesahkan bahawa dirinya kini hamil anak kedua.
Ibu kepada Muhammad Bilal itu akhirnya bersedia berkongsi perkhabaran gembira itu kepada orang ramai setelah perubahan fizikal yang kini semakin jelas kelihatan.
Malah isteri kesayangan PU Haris ini juga turut mendedahkan yang kandungannya kini berada di trimester kedua.
“Iya, doakan yang terbaik untuk saya. Rasanya semua sudah nampak kan (baby bump). Usia kandungannya kini sudah ‘half way to go’.
“Alhamdulillah setakat ini semuanya baik-baik sahaja. Bukan mudah sebenarnya sebab Bilal pun masih bayi lagi. Tapi syukur semua mendoakan saya,” katanya berkongsi.
Bahkan akui Neelofa lagi, kehamilan kali kedua ini nyata lebih mudah berbanding anak pertamanya yang merupakan kehamilan sulung.
Tak kisah jantina anak
Bahkan kata Neelofa, dia dan suami tidak kisah tentang jantina anak kedua dan sedang dalam persiapan menyambut kelahirannya tidak lama lagi.
“Dari anak pertama lagi saya dan suami memang tidak kisah mengenai gender anak, memadai jika bayi dalam keadaan sihat dan baik.
“Syukur, setakat ini saya tida ada alahan yang teruk. Memandangkan ini pun sudah anak kedua, jadi sudah biasa dan lebih mudah untuk mengatur semuanya,” jelasnya lagi.
Terdahulu, Neelofa melangsungkan pernikahan dengan Muhammad Harris Ismail pada 27 Mac 2021. Pasangan ini dikurniakan cahaya mata pertama pada 29 Januari tahun lalu, Muhammad Bilal bin Muhummad Harris.
Setiap pasangan yang sudah berkeluarga pasti ada impian masing-masing dalam melengkapkan keluarga. Ada yang dah ada puteri, dan kini mula teringin untuk menimang cahaya mata lelaki pula. Sebab itu topik petua dapat anak lelaki sering jadi perhatian, terutama bagi mereka yang sedang merancang kehamilan.
Walaupun hakikatnya jantina bayi adalah ketentuan Allah SWT, ramai pasangan tetap mencari ikhtiar dan amalan sebagai usaha tambahan. Dari kaedah moden hingga amalan lama, semuanya pernah dicuba sebagai petua dapat anak lelaki.
Dalam artikel ini, kita kongsikan beberapa pendekatan termasuk petua dapat anak lelaki dalam Islam, kaedah tradisional, pemakanan dan juga teknik yang sering dibincangkan dalam perubatan moden.
Antara petua dapatkan anak lelaki yang paling popular adalah dengan mengira waktu ovulasi wanita.
Kaedah ini berasaskan teori bahawa sperma lelaki (Y) lebih laju tetapi tidak tahan lama berbanding sperma perempuan (X). Jadi, hubungan intim yang dilakukan hampir dengan waktu ovulasi dikatakan meningkatkan peluang untuk mendapat bayi lelaki.
Cara yang biasa diamalkan:
Walaupun ini bukan jaminan, ia antara petua dapat anak lelaki yang paling banyak diamalkan pasangan moden.
Ramai juga percaya bahawa pemakanan memainkan peranan dalam menentukan jantina bayi. Ini dikenali sebagai petua makanan untuk dapat anak lelaki.
Antara amalan yang sering dikongsikan:
Teori ini mengatakan persekitaran badan yang lebih beralkali boleh membantu sperma lelaki lebih aktif.
Namun begitu, ia tetap sekadar ikhtiar tambahan dalam petua dapat anak lelaki.
Kaedah Shettles sering disebut dalam perbincangan petua dapat anak lelaki mengiring atau kaedah pemilihan jantina secara semula jadi.
Antara prinsipnya:
Walaupun ramai yang mengamalkannya, kaedah ini masih belum terbukti 100% berkesan secara saintifik. Namun, ia tetap menjadi salah satu petua dapat anak lelaki yang popular.
Dalam masyarakat Melayu, petua tradisional dapat anak lelaki juga masih diamalkan dari generasi ke generasi. Ada yang melibatkan pemakanan tertentu, amalan doa, serta kepercayaan turun-temurun.
Dalam konteks petua dapat anak lelaki dalam Islam, umat Islam sangat digalakkan untuk:
Islam tidak menetapkan kaedah khusus untuk menentukan jantina bayi, tetapi menekankan bahawa setiap anak adalah rezeki dan amanah.
Bagi yang mahu kaedah lebih klinikal, teknologi moden seperti IVF (In Vitro Fertilization) dan PGT (Preimplantation Genetic Testing) boleh digunakan.
Kaedah ini:
Ini bukan lagi sekadar petua dapatkan anak lelaki, tetapi rawatan perubatan yang lebih spesifik. Ia sering menjadi pilihan bagi pasangan yang benar-benar ingin merancang jantina zuriat.
Akhirnya, semua usaha yang dikongsikan ini hanyalah sebahagian daripada ikhtiar manusia dalam mencari rezeki zuriat. Sama ada melalui petua dapat anak lelaki, pemakanan, kaedah ovulasi, tradisional mahupun perubatan moden, semuanya tetap tidak menjamin hasil 100%.
Yang paling penting, setiap pasangan perlu ingat bahawa anak adalah anugerah Allah SWT, bukan sekadar pilihan jantina.
Apa yang boleh dilakukan ialah terus berusaha, berdoa dan bertawakal. Siapa tahu, dengan izin-Nya, rezeki petua dapat anak lelaki itu akan menjadi kenyataan dalam keluarga anda.
Selain itu, penting juga untuk pasangan menjaga kesihatan secara menyeluruh sebelum merancang kehamilan. Pemakanan seimbang, gaya hidup aktif serta pemeriksaan kesihatan berkala boleh membantu meningkatkan kesuburan secara keseluruhan.
Walaupun pelbagai petua dapat anak lelaki dikongsikan, keutamaan sebenar adalah mendapatkan zuriat yang sihat dan sempurna. Sokongan emosi antara pasangan juga memainkan peranan penting dalam perjalanan ini.
Ramai ibu hamil risau kena diabetes. Dr Hamid Arshat kongsi cara untuk elak dan kawal kalau kena penyakit kencing manis ini. Antaranya amalkan makan peria dan minum teh hijau
Diabetes atau penyakit kencing manis turut dihidapi oleh ibu hamil. Pakar Sakit Puan, Dr Hamid Arshat berkongsi cara untuk mengawal dan mencegah penyakit yang semakin ramai penghidapnya.
Kalau dulu penyakit diabetes banyak dihidapi oleh orang tua atau mereka yang ada faktor genetik penyakit ini. Tetapi kini sesiapa sahaja boleh menghidapnya terutama di kalangan ibu mengandung dan kanak-kanak.
Selain faktor genetik, penyakit ini sering dikaitkan dengan amalan pemakanan yang tinggi gula dan karbohidrat. Jom kita baca nasihat yang dikongsi oleh Dr Hamid Arshat mengenai cara untuk mencegah daripada mendapat diabetes dan mengawalnya jika sudah menghidapinya.
Kedua-dua abang saya mengidap penyakit diabetes. Ertinya risiko untuk saya memang wujud atas dasar baka. Alhamdulillah setakat ini saya dapat jauhkan.
Jika tidak terkawal, dalam jangka panjang banyak kerosakan organ-organ boleh berlaku seperti rosak buah pinggang, mata, saraf, jantung, saluran-saluran darah yang menyebabkan gangrene dan lain-lain.
Langkah-langkah mengawal dan mencegah diabetes;
1. Ikuti nasihat doktor yang merawat
Jika diarah makan ubat saperti Metformin atau lain-lain, perlu patuh. Pantau kandungan gula dalam darah, mudah dilakukan dirumah setelah diajar oleh kakitangan klinik. Buat beberapa ujian, lepas puasa, lepas makan dan dua jam lepas makan.
2. Kawal pemakanan khususnya gula, karbohidrat dan manisan
Nasi, mee, roti, kuih-kuih, nasi lemak, roti canai, ais krim dan lain-lainkesemuanya mengandungi karbohidrt dan gula. Kurangkan amount makan. Makan ikut jadual, sarapan, makan tengah hari dan malam. Lebihkan sayur-sayur, buah-buahdan lauk dari protein.
3. Makanan-makanan perlu dikurangkan
* Jauhkan minuman soda, jus dalam tin, kotak atau botol kerana kandungan gula terlalu tinggi.
* Jauhkan makanan yang mengandungi gluten seperti, wheat, wheat germ, barley dan rye. Gluten mencetuskan inflammation dan meningkatkan hormone steroids, tahap gula pun naik.
* Jauhkan susu lembu tanpa pasteur kerana kandungan A1 casein yang sama tindakan seperti gluten. Tukar kepada susu kambing.
* Jauhkan minyak soya, canola dan corn. Minyak kelapa dan kelapa sawit lebih baik.
* Jauhkan produk-produk GMO saperti soya dan jagung diimport dari luar negara.
* Jauhkan semua minuman arak dan beer.
4. Makanan-makanan yang disyorkan
* Makanan-makanan yang mengandungi fiber. Sayur tempatan seperti sawi, kangkung, pucuk-pucuk ubi, keledek dan pucuk paku, nenas, oats.
* Makanan-makanan mengandungi chromium, broccoli, raw cheese, kacang hijau dan panjang.
* Makanan-makanan mengandungi magnesium, bayam, almond, yogurt, protein, ikan-ikan berminyak, salmon, mackerel, tuna, daging lembu tanpa lemak, ayam organic, dhall.
* Lemak-lemak baik, Minyak kelapa
* Makanan-makanan rendah gula, nuts, biji-biji labu, sunflower, berries, avacado.
5. Supplement, gantian gula, herba
Beberapa jenis makanan tambahan dan herba tempatan yang bertindak menurunkan glukos dalam darah;
a. Kayu Manis (cinnamon)
Kajian menunjukkan ia mengurangkan glukos, LDL cholesterol dan triglycerides, disamping meningkatkan HDL cholesterol dalam darah.
b.Peria (bitter gourd)
Kajian menunjukkan peria boleh mengawal glukos dalam darah dan meningkatkan insulin sensitivity. Ia juga boleh bantu mencegah komplikasi diabetes seperti rosak buah pinggang, rosak mata, saraf dan salurdarah. Di pasaran terdapat jualan kapsul dan tablet peria.
c.Alpa Lipoic acid
Ini satu jenis anti oxidant yang bantu metabolisma glukos, meningkatkan insulin sensitivity, dan mencegah kerosakan saraf (diabetic neuropathy). Sumber utama daripada broccoli, bayam dan tomato.
d.Fish oil 1000 mg setiap hari
Ia bantu tingkatkan insulin sensitivity dan kurangkan inflamasi. Bertindak mengawal cholesterol dan meningkatkan HDL. Kesannya bantu kawal diabetes.
e. Gantian gula
* Sweetener P3. Berasal dari gula tebu. Diproses dengan Nano technology. Glycemic index sifar (zero). Boleh didapati dipasarraya seperti Mydin etc. Sesuai untuk gantian gula. Satu produk tempatan, usaha bumiputera.
* Stevia. Sejenis tumbuhan kecil berasal dari Amerika Selatan. Daunnya sangat manis tetapi sangat rendah nilai glycemic index. Pengganti gula. Dapat kawal glukos dalam darah. Sesuai sebagai gantian gula.
g. Minuman Teh hijau (green tea)
Teh hijau punya banyak khasiat kesihatan kerana kandungan antioxidant – polyphenols dan catechins. Dianggap satu minuman yang memanjangkan umur kerana memperlahkan kematian sel-seldan tisu-tisu. Ia juga mengawal glukos dan cholesterol dalam darah. Minumlah 5 cawan setiap hari.
h. Herba-herba tempatan
Saya dapati beberapa jenis herba-herba tempatan berkesan mengawal glukos dan cholesterol dalam darah. Misalnya daun betawali, ulam raja, hempedu bumi, sambung nyawa, ginseng, pecah kaca dan lain-lain.
Daun-daun yang menghijau boleh dimakan sebagai ulam atau direbus dengan air panas atau dikeringkan dan jadikan air teh.
Exercise, kawal kegemukan, rehat dan tidur secukupnya.
Sangat penting lakukan exercise 30-40 minit setiap hari untuk menggunakan glukos sebagai bahan tenaga. Cukupkan tidur 5 – 7 jam setiap hari dan beri masa untuk merehatkan tubuh dan mental kita. Semoga diberkati Allah hidup kita. Aamin.
Sumber: Dr Hamid Arshat
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Café-au-lait spot pada kulit anak biasanya tidak berbahaya, namun dalam keadaan tertentu ia boleh menjadi petunjuk kepada Neurofibromatosis Type 1 (NF1). Ketahui bila ibu ayah perlu mendapatkan pemeriksaan doktor.