Adakah selamat untuk saya makan durian semasa hamil? Ini antara persoalan yang sering dikemukakan oleh ibu hamil yang teringin untuk menikmati raja buah itu.
Mengikut kajian durian selamat dimakan tapi ia mesti dalam jumlah sederhana. Ini kerana, durian mempunyai kandungan gula dan karbohidrat yang tinggi. Dua ulas durian bersaiz sederhana mengandungi 60 kalori. Durian dianggap sebagai makanan yang mempunyai glisemik tinggi, oleh itu lebih baik jika anda mengehadkan pengambilan durian semasa hamil.
Wanita hamil yang menghidap kencing manis (diabetes gestasi) perlu mengelak daripada memakan durian kerana kandungan gulanya yang tinggi.
Ads
Beberapa kajian yang dilakukan menunjukkan manfaat organo-sulfur dan triptofan dalam durian. Bahan-bahan tersebut mempunyai kesan antioksidan. Ia juga mempunyai unsur-unsur anti-mikrobial, anti-bakteria dan anti-fungus yang bermanfaat bagi wanita hamil.
Sesetengah komuniti di Asia masih mengekalkan pantang larang tidak makan durian semasa kehamilan.
Sebagai contoh, pendekatan tradisional Cina untuk kesihatan, durian dianggap terlalu “panas” untuk dimakan semasa kehamilan. Oleh sebab itu, kebanyakan komuniti Cina di Asia Tenggara menasihatkan bakal-bakal ibu untuk tidak makan raja buah ini.
Ads
Walau bagaimanapun, tidak ada kajian yang dilakukan mengenai sama ada durian selamat dimakan semasa hamil.
Pada masa yang sama, kaedah sains moden belum membuktikan sebarang sebab yang boleh dipercayai bahawa ianya tidak selamat.
Tidak ada sebab untuk memutuskan bahawa memakan durian semasa hamil boleh menyebabkan tekanan darah tinggi kepada si ibu atau ruam lampin kepada bayi yang baru lahir, seperti mana yang digembar-gemburkan oleh orang-orang dulu.
Ibu hamil bab mengidam atau teringin sesuatu memang tak boleh nak elak. Ramai kata mengada-ngada tetapi sebenarnya ia berlaku secara spontan. Bukan setakat teringin makan saja, ada juga yang mempunyai tabiat lain dari kebiasaan. Hanya yang pernah laluinya saja akan faham kan?
Semua ini akan berlalu bila kandungan dah masuk trimester kedua ataupun ada yang sehingga bersalin.
Bagaimanapun, bagi situasi wanita ini, dia mengidam nasi yang dijual di kantin sekolah dan mujurlah permintaannya itu dapat ditunaikan.
Mak cik kantin dan cikgu belanja
Menerusi perkongsian pengguna Sya Aisyahra di laman Tiktok, dia yang sedang hamil tidak mengidam makanan yang mahal atau pelik-pelik, tetapi hanya teringin untuk merasai nasi yang disediakan untuk pelajar di kantin sekolah.
Video tersebut memaparkan Sya dan suami pergi ke salah sebuah sekolah bagi mendapatkan nasi yang diidamkannya.
Menurut Sya, dengan budi bicara pengawal keselamatan sekolah, dia dibenarkan untuk memasuki kawasan sekolah dan menikmati hidangan tersebut di kantin.
Boleh, kalau mengandung cakap elok-elok dengan pengawal, kalau tak boleh masuk mintak dia tolong bungkus pun tak apa, untuk lepas ngidam kan.
Kongsi Sya, peniaga kantin dan cikgu sekolah tersebut turut belanja hidangan mereka selepas mendapat tahu keadaannya yang sedang mengandung dan mengidam.
Rezeki dapat jugak. Cikgu dengan mak cik kantin siap belanja.
Video tersebut telah mendapat tontonan lebih 240 ribu. Menjengah ke ruangan komen, ternyata Sya bukan asing dalam situasi tersebut, bahkan ramai lagi ibu mengandung yang pernah mengidam untuk makan makanan di kantin sekolah, serta ada yang mengidam makanan di kantin lain seperti hospital dan penjara.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu hamil perlu tahu apa yang perlu dimakan untuk memastikan kesihatan dan kandungan sentiasa baik. Pengambilan makanan yang sihat dalam diet harian amat penting agar dapat menjamin kesihatan diri anda sendiri dan perkembangan positif kandungan.
Empat superfood ini mampu tingkatkan kesihatan ibu hamil dan kandungan.
Ikan
Pengambilan ikan ketika hamil selalu menjadi pertikaian kerana ada yang bimbang tentang kandungan merkuri yang tinggi. Biasanya ikan yang hidup di dalam lautan dalam mempunyai risiko sebegini.
Walaupun begitu, anda perlu maklum bahawa ikan sangat kaya dengan sumber protein. Ia juga memiliki kandungan Omega-3 yang tinggi. Oleh yang demikian, ikan sangat diperlukan untuk membolehkan anak dalam kandungan mempunyai sumber yang baik untuk mengembangkan keampunan otaknya.
Ramai yang sedia maklum bahawa sayur-sayuran adalah sangat penting untuk menjamin tahap kesihatan berterusan. Oleh sebab itulah, adalah penting untuk anda mengambil jumlah hidangan sayur-sayuran yang mencukupi dalam menu harian.
Anda digalakkan untuk lebihkan sayur-sayuran berdaun hijau. Sayur bayam adalah sayur yang paling disyorkan kerana ia tinggi dengan kandungan asid folik.
Asid folik adalah sumber yang bagus untuk perkembangan saraf tunjang anak di dalam kandungan.
Brokoli
Selain dari sayur-sayuran berdaun hijau, anda juga perlu memberi perhatian kepada satu lagi sayur yang mempunyai warna hijau iaitu brokoli.
Memasukkan brokoli sebagai salah satu makanan bagi memenuhi keperluan pengambilan sayur harian memastikan anda memperoleh beberapa nutrien makanan penting. Anda secara tak langsung mengambil potassium. Potassium dapat membantu proses pertumbuhan tulang bayi di dalam kandungan.
Produk Tenusu
Mengambil kandungan kalsium yang cukup ketika hamil adalah sangat penting. Selain menguatkan tulang dan gigi anda, kalsium juga membantu menguatkan tulang dan pertumbuhan tubuh anak dalam kandungan.
Pastikan anda minum satu hingga dua gelas susu, anda boleh gantikannya dengan melebihkan pengambilan produk tenusu yang lain juga. Contohnya keju dan yogurt.
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera!
Mungkin ramai bakal ibu yang merungut tatkala doktor meminta mereka memberikan sampel air kencing semasa temu janji rutin. Mana tidaknya, ramai ibu mengandung yang lain beratur untuk memberikan sampel air kencing dan anda sangat yakin bahawa anda tidak ada masalah kencing kotor.
Perkataan “menyusahkan” sememangnya lazim digunakan bagi mendefinisikan keadaan tersebut. Namun, adakah ujian air kencing tersebut dianggap tidak perlu kepada ibu yang tidak mengalami sebarang simptom kencing kotor?
Kencing kotor lazim dialami wanita
Apabila kita berbicara tentang kencing kotor, pasti anda akan terbayangkan air kencing keruh umpama air teh dan berkeladak. Hakikatnya, bukan semua individu yang mengalami masalah kencing kotor dapat didiagnosis daripada rupa air kencing mereka.
Jangkitan kuman pada saluran kencing (UTI) merupakan masalah kesihatan yang lazim dialami oleh golongan wanita. Pada kebanyakan kes, jangkitan ini disebabkan oleh bakteria, namun ada juga yang disebabkan oleh kulat atau virus meskipun ia jarang berlaku.
Saluran kencing melibatkan organ buah pinggang, salur ureter (menghubungkan buah pinggang ke pundi kencing), pundi kencing dan salur urethra (saluran yang membawa keluar air kencing).
Kebanyakan UTI yang berlaku hanya melibatkan salur urethra dan pundi kencing. Jika jangkitan tersebut berlaku pada organ buah pinggang atau salur ureter, kebiasaannya individu tersebut akan mengalami simptom yang lebih teruk.
Terdapat beberapa sebab mengapa kencing kotor lazim berlaku pada wanita berbanding dengan lelaki:
Kenapa wanita mengandung berisiko mendapat masalah kencing kotor?
Kencing kotor semasa mengandung memang boleh mendatangkan risiko bahaya kepada ibu dan janin di dalam kandungan. Namun, pernah tak anda terfikir, kenapa wanita hamil lebih berisiko?
Perubahan hormon yang berlaku ketika hamil bukan sahaja boleh memberikan kesan positif kepada janin untuk membesar, ia juga boleh menyebabkan kekuatan otot salur ureter dan pundi kencing bertambah renggang.
Perkara ini boleh menyebabkan aliran air kencing menjadi perlahan. Apabila rahim mula membesar, ia berupaya untuk menyekat lebih banyak air kencing. Ditambah pula dengan kelemahan otot pundi kencing untuk menolak air kencing keluar, ia boleh menyebabkan berlakunya jangkitan kuman.
Faktor-faktor lain seperti peningkatan tahap keasidan air kencing dan gula yang terdapat di dalamnya berikutan perubahan hormon yang berlaku menjadikan wanita hamil mudah untuk didiagnosis dengan masalah kencing kotor.
Tanpa rawatan, jangkitan tersebut boleh menjadi semakin teruk sehingga menyebabkan keradangan pada organ buah pinggang. Apabila sudah sampai ke tahap itu, kuman yang terdapat pada sistem salur kencing wanita hamil mudah untuk bergerak masuk ke dalam aliran darah.
Jika tidak dirawat dengan serta merta, ibu yang mengalami kencing kotor semasa mengandung boleh mati. Jadi, adakah anda enggan menjalani ujian air kencing seperti yang dipinta oleh doktor hanya kerana anda rasa prosedur tersebut menyusahkan?
Ketahuilah bahawa kencing kotor tidak selalunya didiagnosis pada mereka yang mempunyai air kencing yang keruh atau berkeladak. Mereka yang mempunyai masalah UTI kebiasaannya akan mengalami simptom seperti:
Jika seseorang itu mengalami jangkitan pada buah pinggang, antara simptom yang akan dialami adalah:
Ambil langkah berjaga-jaga
Ujian saringan yang dilakukan oleh doktor merupakan satu keperluan bagi mengelakkan berlakunya komplikasi kencing kotor seperti jangkitan buah pinggang. Jika anda disahkan positif jangkitan, terapi antibiotik akan diberikan secara serta merta bagi merawat keadaan tersebut.
Doktor akan menentukan jenis antibiotik yang selamat dimakan oleh anda mengikut kepada keperluan semasa. Jika anda hamil, sudah semestinya antibiotik yang diberikan tidak akan menyebabkan komplikasi kepada anda mahupun anak di dalam kandungan.
Bagaimana pula dengan mereka yang tidak dijangkiti? Anda boleh mencuba tip berikut:
Kencing kotor semasa mengandung lazim dialami oleh wanita hamil. Pemeriksaan awal oleh doktor penting bagi memastikan komplikasi kencing kotor dapat dielakkan.
Jika anda mengalami gejala seperti yang tersenarai di atas, pastikan anda mendapatkan khidmat nasihat dan pemeriksaan kesihatan daripada doktor.
Kredit: Hello Health
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)