
Tahniah diucapkan buat Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah dan isteri, Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Abdul Aziz yang selamat menyambut kelahiran puteri sulung mereka.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan menerusi hantaran di media sosial rasmi Raja Muda Selangor yang turut meluahkan rasa syukur atas anugerah cahaya mata pertama mereka.

Tengku Alia Amira Jadi Puteri Sulung Raja Muda Selangor
Dalam kenyataan yang dimuat naik, baginda menzahirkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT atas kelahiran puteri sulung mereka.
“Alhamdulillah. Dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT, Beta mengumumkan kelahiran puteri kami.
“Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan, keberkatan dan rahmat yang berpanjangan buat anakanda kami. Terima kasih buat semua yang mendoakan kami sekeluarga,” tulis baginda.
Berita gembira itu menerima pelbagai reaksi positif daripada rakyat dan para pengikut media sosial yang turut menzahirkan ucapan tahniah serta doa buat keluarga diraja Selangor.

Nama Tengku Alia Amira Curi Perhatian Ramai
Apa yang paling menarik perhatian ramai ialah nama yang dipilih untuk puteri sulung mereka, iaitu Tengku Alia Amira Tengku Amir Shah.
Nama tersebut disifatkan mempunyai sentuhan klasik, indah dan cukup anggun, sekali gus mendapat pujian daripada ramai warganet yang menganggap ia sesuai dengan institusi diraja.
Ruangan komen media sosial turut dibanjiri ucapan tahniah daripada rakyat serta orang ramai yang berkongsi rasa gembira atas kelahiran cahaya mata pertama pasangan diraja itu.
“Alhamdulillah, tahniah Tuanku dapat cahaya mata pertama. Pilihan nama Melayu klasik memang sesuai,” tulis seorang warganet.

Doa Buat Puteri Sulung
Semoga kehadiran Tengku Alia Amira menjadi penyeri dan menambahkan lagi kebahagiaan buat Raja Muda Selangor dan Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Abdul Aziz.
Semoga puteri sulung mereka dikurniakan kesihatan yang baik, membesar sebagai anak yang solehah serta sentiasa berada di bawah lindungan dan rahmat Allah SWT.
Istiadat Pernikahan Diraja Berlangsung Pada 2025
Untuk rekod, Tengku Amir Shah dan Tengku Puteri Afzaa Fadini telah selamat diijabkabulkan dalam Istiadat Pernikahan Diraja yang berlangsung di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang pada 2 Oktober 2025.
Kelahiran puteri sulung ini pastinya menjadi detik yang amat bermakna buat pasangan diraja tersebut serta seluruh keluarga diraja Selangor. Rakyat turut mendoakan agar keluarga ini terus dikurniakan kebahagiaan, kesejahteraan dan keberkatan dalam setiap fasa kehidupan mereka.
Baca lagi: MamaKerja2026: Ibu Bekerja Selangor Layak Mohon Insentif RM1,000 Mulai Ogos!
Sekat Video Indonesia Di Youtube, 7 Cara Berkesan Elak Anak Terpengaruh Bahasa Indonesia
Buku Pink Ibu Hamil Jangan Tunjuk Sesuka Hati, Banyak Maklumat Peribadi!
Sumber: Facebook Raja Muda Selangor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!





