Rancangan TV Pa&Ma musim pertama tercalon dalam 13 pencalonan untuk kategori Program Meletop bagi Anugerah Meletop Era 2019.
Musim pertama rancangan ini telah bersiaran pada 12 Jun tahun lalu dan dihoskan oleh pasangan selebriti popular, Eira Syazira dan Azad Jazmin.
Ads
Rancangan berdurasi 30 minit ini telah membincangkan topik-topik yang dekat dengan masyarakat berkenaan perkembangan dan kesihatan anak-anak kecil.
Kini rancangan tv Pa&Ma telah memasuki musim ketiga yang dihoskan oleh Shera Aiyob dan Zahiril Adzim manakala untuk musim kedua lalu Sharifah Shahirah dan Ijoy.
Ads
Ads
Dalam setiap episod sebelum ini Pa&Ma telah berkongsi pelbagai pengalaman dari ibu bapa dan perkongsian tip dari doktor dan pakar yang arif dalam bidang masing-masing untuk memberi nasihat serta input yang positif seiring dengan tagline majalah Pa&Ma iaitu panduan lengkap keibubapaan dan pra-sekolah.
Pagi yang biasanya tenang di Jeti Pulau Ketam bertukar menjadi detik paling menyayat hati buat penduduk sekitar apabila dua beranak seorang ibu dan anak perempuannya yang baru berusia tiga tahun ditemui sudah tidak bernyawa, terapung di laut.
Insiden tragis ini berlaku sekitar jam 7.30 pagi, Rabu lalu. Seorang lelaki tempatan yang sedang melalui kawasan jeti terlihat kelibat seorang kanak-kanak kecil terapung di permukaan air. Tanpa berlengah, beliau terus terjun ke laut dibantu beberapa orang awam lain dalam usaha menyelamatkan mangsa. Namun, usaha itu berakhir dengan kesedihan yang tiada tara.
“Kanak-kanak itu sudah tidak bernyawa sebaik sahaja kami naikkan ke jeti,” kata seorang petugas Klinik Kesihatan Pulau Ketam yang turut berada di lokasi bersama pihak polis.
Tidak lama kemudian, satu lagi mayat seorang wanita dewasa ditemui tidak jauh dari tempat yang sama. Wanita berkenaan turut disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Lebih meruntun jiwa, apabila identiti kedua-dua mangsa dikenalpasti sebagai ibu dan anak perempuan. Hasil siasatan awal pihak polis menemui sebuah beg berisi dokumen milik mangsa seorang wanita tempatan berusia 41 tahun dan anak perempuannya yang baru berusia tiga tahun.
“Tiada sebarang kecederaan ditemui pada tubuh mangsa,” ujar Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Superintenden Kamalariffin Aman Shah.
Mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian. Polis juga membuka satu kertas siasatan mati mengejut (SDR) dan menyeru sesiapa yang mempunyai maklumat agar tampil membantu siasatan.
Kami di Pa&Ma turut merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa. Semoga roh kedua-dua insan ini dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Al-Fatihah buat arwah ibu dan anak kecil ini. Semoga syurga tempatmu, wahai anak… dan syurga juga buatmu, wahai ibu. 🕊️
Tular video seorang wanita, melalui akaun TikTok @Animezati, berkongsi pengalamannya menjalani pembedahan bariatrik tiga tahun lalu. Pada waktu itu, berat badannya mencecah 100kg selepas melahirkan anak pertama.
Selain isu berat badan, beliau juga menghadapi masalah hati berlemak yang serius dan berisiko tinggi jika tidak mengawal pemakanan.
Menurutnya, pembedahan bariatrik bukanlah semata-mata untuk kelihatan kurus. Dalam tempoh tiga bulan pertama selepas pembedahan, beliau berjaya menurunkan berat badan sebanyak 15 hingga 20kg.
Namun, kejayaan ini bukan hanya disebabkan oleh pembedahan, tetapi juga hasil daripada pemantauan rapi oleh pakar diet dan nutrisi yang membantunya mengatur pemakanan. Beliau menekankan bahawa fasa kritikal adalah selepas pembedahan, di mana disiplin dalam pemakanan dan gaya hidup memainkan peranan penting.
Beliau juga menegur sikap sesetengah individu yang malu mengakui telah menjalani pembedahan bariatrik, terutama dalam kalangan penjual produk kurus.
Baginya, lebih baik menjalani prosedur yang terbukti selamat dan berkesan daripada bergantung kepada produk yang tidak diketahui kesannya dalam jangka panjang.
“If kita nak kuyus, nak cantik, kita mampu. Why not? Untuk kesihatan kita, untuk diri kita sendiri. Jangan buat untuk orang lain!”
“If we happy, we happy. And we shud educate people on apa sebenarnya prosedur bariatrik/“potong usus” ni sebenarnya! This procedure tak salah, tapi kita yang put a stigma on it.”
Beliau mengakui bahawa berat badannya boleh naik semula selepas pembedahan jika tidak menjaga pemakanan.
Namun, dengan saiz perut yang lebih kecil, adalah mustahil untuk makan dalam kuantiti yang banyak seperti dahulu. Beliau juga menyarankan agar mereka yang menjalani pembedahan bariatrik mengambil suplemen yang sesuai untuk menyokong kesihatan mereka.
Beliau menggesa agar masyarakat tidak malu untuk berkongsi pengalaman menjalani pembedahan bariatrik, kerana ia dapat membantu mendidik orang lain tentang pilihan rawatan yang selamat dan berkesan untuk masalah obesiti.
Nyata, pembedahan bariatrik bukanlah jalan pintas untuk kurus, tetapi satu usaha serius demi kesihatan yang lebih baik. Tidak perlu malu untuk berkongsi pengalaman menjalani pembedahan bariatrik.
Dengan berkongsi, kita dapat mendidik masyarakat bahawa prosedur ini adalah pilihan rawatan yang sah dan berkesan untuk mereka yang menghadapi masalah obesiti dan komplikasi kesihatan berkaitan. Lebih baik memilih jalan yang terbukti selamat dan berkesan daripada bergantung kepada produk atau kaedah yang tidak diketahui kesannya dalam jangka panjang.
Siapa sangka kanak-kanak berusia enam tahun mampu memberi kejutan buat seisi rumah bila berjaya memesan makanan menerusi atas talian.
Bapa kanak-kanak itu terkejut apabila penghantar makanan muncul di hadapan pagar rumah bagi menghantar pesanan yang telah dibuat menerusi sebuah platform.
Bagaimanapun, reaksi si bapa ketika menerima bungkusan makanan tersebut telah mencuri perhatian ramai kerana tidak menyangka ia adalah dari pesanan anak kecilnya yang baru berusia enam tahun.
Si comel berusia enam tahun itu memesan lapan pek ayam goreng. Memang bijak.
Menerusi video berdurasi seminit 17 saat dimuat naik di TikTok, dilihat penghantar makanan itu menyebut nama ‘Seri Rahayu sambil menghulurkan bungkusan makanan kepada seorang lelaki.
Selepas bertanya kepada ‘orang rumah’, lelaki berkenaan memberitahu Seri Rahayu yang juga isterinya tidak membuat sebarang pesanan makanan.
“Banyaknya! Siapa order ni? Isteri saya kata dia tak order.
“Betul ke ni alamatnya bang (penghantar makanan)? Cuba abang check. Betul dah ni.
“Tapi saya dan isteri takda order,”ujar lelaki itu.
Ternyata anak lelaki berusia 6 tahun pasangan itu yang membuat pesanan makanan tanpa memberitahu kepada ibu bapanya.
“Anak yang order la. Kami berdua tak tahu apa-apa. Anak saya yang order senyap-senyap,”jawabnya sambil tersenyum.
Perkongsian itu telah menerima pelbagai reaksi di mana rata-rata warganet turut terhibur dan berkongsi pengalaman masing-masing.