“Sejak mengandung ni batuk tak baik-baik. Aku tak nak makan ubat batuk. Risau la ada effect kat baby.”
Mesti ramai ibu mengandung yang mengalami batuk berpanjangan tapi dalam masa yang sama nak minum ubat batuk yang diberi oleh doktor bimbang boleh beri kesan pada bayi dalam kandungan. Semakin lama batuk yang dialami makin berpanjangan dan membuatkan ibu tak tahan menanggungnya.
Sebenarnya kalau ibu dapat ubat batuk yang diberi oleh doktor jangan risau untuk meminumnya. Ia selamat untuk ibu mengandung! Tapi kalau tak nak minum pun boleh juga sebab Dr Zubaidi Hj Ahmad ada kongsi cara lain yang lebih selamat dan mudah diamalkan oleh ibu hamil yang batuk.
Manfaat Madu Bagi Wanita Hamil
“Doktor, boleh tidak minum madu semasa hamil?”
Mengambil madu adalah amalan baik bagi wanita hamil. Ia membantu mengatasi masalah berkaitan dengan kehamilan, terutama bagi wanita yang tidak gemar menggunakan ubat sintetik bagi mengatasi masalah-masalah tersebut.
Ramai yang tidak sedar bahawa madu adalah salah satu ubat natural yang lama digunakan berkurun lamanya dalam merawat beberapa penyakit ringan dan berat.
Di dalam madu terdapat komponen antiradang dan antibakteria. Jika dikombinasi dengan bahan natural yang lain seperti halia, cengkih, kayu manis dan lemon, khasiatnya semakin baik.
1. Mengurangkan batuk
Ads
Untuk mengurangkan batuk akibat lendiran pada kerongkong, kita boleh mencampurkan satu sudu makan madu ke dalam satu cawan susu panas.
Cara lain ialah dengan mencampurkan tumbukan bawang putih atau perahan lemon ke dalam madu. Simpan di dalam botol kaca selama seharian. Ambil satu sudu makan campuran ini untuk meredakan batuk.
2. Meredakan hidung tersumbat
Madu dapat mengurangi masalah hidung tersumbat, yang biasa berlaku di kalangan wanita yang hamil. Campurkan satu sudu makan madu dan perahan lemon atau limau sambal ke dalam air hangat. Bancuh sehingga sebati dan minum perlahan-lahan apabila air mula menjadi suam.
3. Mengurangkan rasa sakit tekak
Madu memiliki komponen antiradang yang dapat mengurangkan rasa sakit tekak. Campurkan satu sudu makan madu dan perahan lemon atau limau nipis dalam air hangat. Apabila menjadi suam, kumur-kumurkan campuran sehingga rasa di tekak. Kemudian ia boleh diminum.
4. Mengurangi rasa mual (morning sickness)
Ads
Rasa mual biasa dialami oleh wanita yang hamil terutama di awal kehamilan akibat perubahan hormonal. Campuran madu dengan perahan lemon atau cuka (khall) epal akan mengurangi rasa mual.
5. Mengatasi rasa pedih perut (gastritis)
Ketika hamil pencernaan makanan agak perlahan akibat perubahan hormonal dan pembesaran saiz rahim yang menekan usus dan perut membuatkan wanita yang hamil mudah mengalami masalah penghadaman. Ramai juga yang mengalami rasa pedih perut di akhir kehamilan. Satu sudu makan madu dengan segelas susu panas dapat mengurangi tidak selesa ini.
6. Menjaga kesihatan am ibu dan anak dalam rahim
Antioksidan yang kaya dalam madu akan meningkatkan kesihatan tubuh wanita yang hamil dan ia membantu perkembangan janin.
7. Mencegah pertambahan berat badan yang berlebihan
Ads
Madu adalah produk yang dihasilkan oleh lebah secara natural. Ia boleh dijadikan sebagai pemanis pengganti gula putih. Secara tidak langsung mengurangkan pertambahan berat badan yang diakibatkan oleh pengambilan karbohidrat ringkas yang banyak.
8. Mencegah alahan akibat kehamilan
Madu juga membantu mengurangkan reaksi alahan ketika hamil (terutamanya pada kulit seperti ruam, gatal dan kekeringan) kerana madu mempunyai komponen antiradang.
Banyak lagi manfaat madu yang dapat diperolehi jika diamalkan setiap hari. Madu yang selamat digunakan oleh wanita hamil adalah madu yang telah melalui proses pasteurisasi (pasteurized honey). Ini merupakan proses pemanasan singkat hingga 72 darjah celcius untuk membunuh bakteri- bakteri boleh menyebabkan penyakit.
Bagi mereka yang gemarkan madu yang tidak dipanaskan begini, carilah madu yang dipercayai mutu dan kebersihannya.
Banyak jenis madu yang dituai secara berhati-hati bagi mengawal mutu dan kebersihan agar dapat diambil secara mentah.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila kandungan makin membesar, sememangnya para suami akan kasihankan isteri ‘membawa’ perut.
Apatah lagi bila lihat perut ibu hamil besar ramai yang menyangka kandungan kembar. Itulah yang dialami suami Tasha Manshahar, penyampai radio Zayan, Raqib Majid yang kasihan melihat isteri yang semakin sarat hamil.
Dengan perkembangan kandungan yang membesar, Raqib turut mengatakan ramai meneka kandungan pertama mereka kembar. Apa pun, bakal bapa ini berharap doa yang baik daripada semua.
raqibmajid Kesian tengok ibu mengandung bawak perut. Kebetulan agak besar jugak perut Tasha. Orang tengok ingt kembar. Hehe. Nak jalan pun tak larat. Macam penguin jalannya. comel!
Biasanya perut besar tak semestinye kembar kan? Ke macam mane?
Para follower berkongsi pengalaman dan mendoakan agar kehamilan Tasha dipermudahkan. Ada yang mengatakan saiz perut yang besar sering menjadi bualan tetapi hakikatnya bukanlah kandungan kembar. Ini juga salah satu pengorbanan ibu hamil.
Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti, Da’i Syed dan Hana Ismail yang bakal menimang cahaya mata sulung mereka tidak lama lagi.
Perkongsikan khabar gembira itu dikongsikan Dai Syed pada 1 Syawal apabila memuat naik gambar isterinya yang menampakkan baby bump yang comel.
Bukan itu sahaja bahkan menerusi perkongsian di Insta Story, Syed berkata tahun depan mereka bakal beraya bertiga pula. Namun tidak didedahkan usia kandungan bayi sulung mereka.
“Tahun depan Insya-Allah sudah tidak berdua lagi,” tulisnya.
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah serta mendoakan agar dipermudahkan urusan kehamilan.
Tahun lalu, Syed berkongsikan khabar duka apabila isterinya mengalami keguguran ketika kandungan mencecah 10 minggu.
Pasangan ini mendirikan rumahtangga pada 2 Disember 2022 yang lalu.
Ibu mana yang tidak teruja menanti kelahiran cahaya matanya. Bagi MUA Bellaz, dia begitu teruja untuk menantikan kelahiran seorang lagi ‘bunga’ dalam keluarganya.
MUA Bellaz yang kini sudah pun menghampiri 30 minggu usia kandungannya mengharapkan semuanya dipermudahkan hingga detik melahirkan kelak.
Menerusi Instagramnya, Bellaz menyatakan rasa syukurnya dan tidak sabar untuk menanti seorang lagi cahaya mata perempuan penyeri kehidupan bahagianya bersama suami.
“Tunggu bunga sekuntum lagi keluar maka lengkaplah 2 kuntum 2 kumbang insyallah.
“Apa-apa pun alhamdulilah rezeki dari Nya,” tulisnya memanjatkan rasa syukur atas rezeki dari Allah.
Dalam pada itu, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini juga turut sama mendoakan ibu-ibu lain yang menanti zuriat agar dipermudahkan segala urusan mereka.
“Ya Allah kurniakan zuriat buat ibu-ibu semua yang menanti secepat mungkin dan permudahkan urusan para ibu yang semakin hampir dengan due date Amin,” kongsinya lagi sambil mengharapkan ibu yang menunggu kelahiran sepertinya turut dipermudahkan kelak.
Meninjau di ruangan komen, peminat MUA cantik jelita ini turut sama menitipkan doa buatnya agar kelahiran keempat ini dipermudahkan. Masing-masing tak sabar hendak menatap wajah ‘bunga’ yang dinantikan Bellaz dan suami. Semoga dipermudahkan.
Setiap kali merancang untuk balik kampung, perasaan memang bercampur-baur. Rasa seronok nak bertemu keluarga yang dirindui, tapi dalam masa yang sama, perlu bersedia dari segi kos dan persiapan. Perjalanan ini bukan sekadar perjalanan biasa ia adalah satu bentuk pelaburan dalam hubungan kekeluargaan dan kenangan bersama.