Rawatan IVF apabila ia gagal akan memberikan kesan yang sangat mendalam kepada semua wanita dan pasangannya yang terpaksa melalui pengalaman pahit ini. Tekanan emosi yang kuat boleh menyebabkan kesan sampingan fizikal seperti perasaan murung dan juga pergolakan rumah tangga. Perasaan sedih, keliru dan marah bercampur-baur.

Di manakah silapnya? Kenapakah rawatan IVF ini tidak berjaya? Adakah ianya gagal kerana telur tak cantik? Sperm yang tidak elok? Salah doktor? Salah pakar embriologis?

Rawatan IVF Gagal, Di Mana Silapnya? Doktor Jelaskan Punca Dan Langkah Yang Boleh Dilakukan

Menurut Dr Natasha Nor, pertanyaan ini mungkin akan bermain-main di fikiran. Kegagalan rawatan IVF memberikan impak sebegini mungkin disebabkan oleh pasangan terpaksa melalui rawatan yang agak invasif dan intensif yang mengambil masa, tenaga dan kos yang agak mahal.

Di samping itu, kegagalan rawatan IVF yang sepatutnya mempunyai kadar kejayaan yang bagus dan merupakan rawatan kesuburan yang terakhir menyebabkan pesakit merasakan begitu hampa dan rungsing memikirkan yang mungkin harapan mereka untuk menjadi seorang ibu sudah menjadi tipis atau tiada sama sekali.

IKLAN

Sebenarnya, sebelum menjalani rawatan IVF, setiap pasangan perlu bersiap sedia untuk mengharungi pengalaman yang penuh dugaan dan mencabar ini. Walaupun, kejayaan IVF dalam kitaran 30-40% dan kadangkala mungkin mencecah kepada 50% – 60%. 1 dalam 3 atau 2 pasangan yang melakukan IVF akan mengalami kegagalan. Oleh itu, setiap pasangan perlu bersedia akan kemungkinan yang mereka terpaksa menghadapi kenyataan pahit tersebut. Akan tetapi, adalah diharapkan agar semua pasangan yang menjalani IVF tetapi rawatannya gagal supaya sentiasa tabahkan hati dan kuatkan semangat untuk meneruskan perjuangan mereka. Kadangkala, rawatan IVF hanya berjaya setelah kali 2 atau 3.

Rawatan IVF Gagal, Di Mana Silapnya? Doktor Jelaskan Punca Dan Langkah Yang Boleh Dilakukan

Di samping itu, bagi persiapan untuk rawatan IVF yang kali kedua atau seterusnya, disarankan agar hendaklah membuat persediaan dan merujuk semula kepada rawatan IVF yang sebelumnya. Apakah langkah-langkah yang boleh diambil agar peluang untuk kejayaan IVF seterusnya akan berjaya. Perbincangan dengan pakar yang merawat hendaklah dibuat dan faktor-faktor kegagalan IVF dikenalpasti:

IKLAN
  1. Adakah kualiti telur kurang elok?
  2. Adakah kualiti sperma kurang memuaskan?

Sekiranya kualiti telur / sperma tidak elok ini akan menjejaskan kualiti embrio yang dihasilkan?

  1. Adakah terdapat masalah lain seperti saluran fallopian tiub yang bengkak i.e ‘hydrosalphinx’?
  2. Adakah dinding rahim semasa meletakkan embrio nipis?
  3. Adakah terdapat kesulitan semasa proses ‘oocyte retrieval’ or ‘egg pick up’ disebabkan telur mungkin tinggi?
  4. Adakah kesulitan semasa hendak meletakkan embrio?
  5. Adakah kualiti embrio cantik tetapi masih tidak mengandung? Ini mungkin mempunyai masalah dari segi ‘implantasi’ embrio tersebut. Ini dikenali sebagai ‘implantation failure’.

Rawatan IVF Gagal, Di Mana Silapnya? Doktor Jelaskan Punca Dan Langkah Yang Boleh Dilakukan

Setelah faktor-faktor ini dikenalpasti, barulah kita dapat mengambil langkah-langkah yang tertentu seperti:

IKLAN
  • mengambil supplemen yang sesuai bagi menambah baik kualiti telur dan sperma
  • menukar protokol stimulasi – mengubah ubat stimulasi dan menaikkan dos ubat
  • membuat pembedahan untuk membuang / meng’klip’ fallopian tiub yang bengkak(‘hydrosalpinx’) atau menurunkan telur yang tinggi
  • memberi / menukar ubat rawatan untuk dinding rahim yang nipis
  • mengambil ubat supplemen atau rawatan untuk mengecutkan masalah endometriosis yang aktif

Rawatan IVF Gagal, Di Mana Silapnya? Doktor Jelaskan Punca Dan Langkah Yang Boleh Dilakukan

Oleh itu, susulan perbincangan setelah rawatan IVF yang gagal adalah penting dan perlu dilakukan agar isu-isu tersebut dapat diketahui dan langkah-langkah penambah baikkan dapat dibuat.

Bagi pasangan yang mempunyai lebihan embrio yang dibekukan selepas rawatan IVF yang sebelumnya, bolehlah berbincang mengenai proses ‘Frozen Embryo Transfer’ (FET). Ini adalah proses dimana embrio yang dibekukan dan kemudiannya dinyahbekukan dan seterusnya diletakkan ke dalam rahim. Sekiranya embrio yang dibekukan itu adalah elok, kejayaan prosedur FET adalah baik. Terdapat ramai pasangan yang telah berjaya hamil selepas prosedur FET.

Sumber: drnatashanorfertility

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI