Apam mekar merupakan kuih yang tidak lekang dek masa. Kuih ini memiliki tekstur yang gebu, lembut dimulut dan sedap. Dan semestinya kuih ini menjadi kegemaran anak-anak kerana warnanya yang sangat cantik.

Ikuti resepi yang dikongsi ini. Selamat mencuba!

Resepi Apam Mekar Paddle pop🌸

Resepi Apam Mekar Paddle Pop, Guna Sukatan Cawan & Kukus Sahaja

IKLAN

Bahan-bahan:

1 cawan setengah gula
3 biji telur
1 makan ovellet
2 penutup perisa ros
3 cawan tepung gandum
1 cawan air gas aiskrim soda

IKLAN

Resepi Apam Mekar Paddle Pop, Guna Sukatan Cawan & Kukus Sahaja

Cara penyediaan:

IKLAN
  • 1 cawan setengah gula + 3 biji telur + 1 sudu makan Ovellet + 2 penutup perisa ros..
    (Mix Smpai Kembang bewarna putih)
  • 3 cawan tepung gandum + 1 cawan air gas aiskrim soda .. (Masukan secara berselang seli kedalam bancuhan pertama tadi.. sehingga habis.. mix sebati Hingga Gebu..
  • Bahagikan dengan beberapa jenis warna yang disukai.
  • Masukkan kedalam beg pipping, potong sikit muncung depannya.
  • Masukakn cupcake kedalam acuan lompang.
  • Pippingkan adunan ikut suka warna dan mesti kena sama penuh dan tinggi dengan bekas cupcake tadi.
  • Panaskan Pengukus dengan api besar dan kuat, bagi air gelegak lama sikit.
  • Baru kukuskan Apam Mekar ni selama 10minit.
  • Api Memang kena kuat dan paling besar.
  • Balut tutup pengukus dengan kain bersih.

Resepi Apam Mekar Paddle Pop, Guna Sukatan Cawan & Kukus Sahaja

Kredit:Wifedyah Hbbylie

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI