Salah satu makanan kegemaran anak-anak adalah donut. Tambah pula kalau dapat makan yang lembut dan sedap rasanya. Pendek kata tak cukup satu kalau anak makan.
Perkongsian resepi donut daripada Puan Asma Mohamed senang je mama nak buat untuk anak-anak. Guna sukatan cawan sahaja, lembut dan enak untuk dijadikan sarapan atau bekal anak-anak ke sekolah.
Buat banyak-banyak jadikan stok untuk simpan sebagai frozen food. Boleh dinikmati bila-bila masa yang anak-anak mahu.
Selamat mencuba!
DONUT KAMPUNG-Sukatan Cawan
Bahan-bahannya:
2 cawan Tepung Gandum
3/4 sudu teh Yis
3/4 cawan Air Suam kuku
Tambahan 2 sudu besar lagi air jika perlu**
1 sudu besar Gula Pasir
1/2 sudu teh Baking Powder
1 sudu besar Marjerin
1/4 sudut teh Garam
Salutan : Gula Kastor/Gula Halus
Ads
Cara penyediannya :
Masukkan gandum dan semua bahan di atas KECUALI yis & air ke dalam mangkuk . Gaul hingga rata .
2. Kemudian masukkan Yis & juga Air (Jika adunan masih keras boleh tambah lagi dalam 2 sudu besar Air). Gaul sebati dan uli sehingga licin lebih kurang 10 hingga 20 minit
3. Kemudian bahagikan kepada 8 biji bebola kecil dan bulatkan . Letak atas dulang yang ditabur sedikit gandum .Kemudian tutup selama 10 minit
Ads
4. Setelah itu tekan sedikit dibahagian tengahnya dan tutup semula . Tutup selama 15 minit
5. Kemudian bolehlah dibuat lubang . Peram lagi sehingga ia naik 2 kali ganda (Kurang lebih 25-30 minit)
6. Panaskan minyak dan goreng guna api sederhana dengan sekali balik sahaja
7. Sesudah masak angkat dan toskan minyaknya
8. Kemudian bolehlah disalut dengan gula kastor/gula halus ketika ia masih suam
Ads
Tips :
Angkat donut menggunakan spatula plastik ATAU scraper plastik yang disapukan dengan sedikit tepung ketika hendak menggoreng .
Dengan cara di atas ia akan mengelakkan donut anda daripada menjadi kempis disebabkan oleh tekanan daripada jari anda.
Selain biskut cornflakes madu yang sentiasa menjadi biskut kegemaran anak-anak kita, apa kata ubah kelainan denganm Cornflakes Crunchy ini pula raya kali ini. Menariknya cara hendak membuatnya cukup lah mudah. Hanya kepalkan sahaja dan sadurkan bersama cornflakes.
Resipi chef masakan popular di media sosial, Azlina Ina Fans ini confirm jadi dan rasanya pun amatlah puas hati. Jadi jom main kepal-kepal dengan anak. Hasilnya cukuplah mantap.
Kacau sebati gula perang, shortening, esen vanila dan kuning telur. Kemudian baru tambahkan badam serbuk, soda bikarbonat, baking powder. Kacau rata adunan.
Kemudian masukkan tepung jagung dan kacau lagi.
Masuk tepung gandum dan serbuk cornflakes. Kacau sebati.
Tambahkan minyak. Kacau lagi.
Ok last tambah lagi 1 cawan tepung gandum. Adunan memang lembik sikit.
Last tambah 1 cawan badam yang dah siap bakar awal.
Ok jadi doh cantik.
Bulatkan dan golek kat cornflakes yang kita ramas tadi.
Loyang sapu majerin, panaskan oven 150 5 minit kemudian bakar biskut suhu 160 masa 25-30 minit api atas bawah.
Anak bijak IQ adakah disebabkan oleh faktor pemakanan ataupun genetik semata-mata? Sebenarnya pertumbuhan otak anak ada kaitanya dengan pemakanan anak-anak. Otak yang sihat datangnya daripada pemakanan yang sihat. Ikuti perkongsian daripada Dr Rizal Abu Bakar.
Kenapa otak power penting untuk anak?
Otak yang power dapat memproses matlumat dengan laju. Tiada lagi ‘errr’ atau tak ingat barang letak mana. Senang untuk mengingat apa yang dipelajari. Keputusan cemerlang. Senang hati ibu bapa.
Saya mahu kongsikan cara untuk POWER-kan otak anak kita:
1. Berjalan
Dalam kajian di jurnal Frontiers in Public Health tahun lepas dapati berjalan 10 minit tingkatkan kapasiti menjawab soalan matematik bagi pelajar. Memori mereka jadi lebih baik.
Lebih menarik lagi pelajar yang tidak cemerlang akademik tunjukkan lebih peningkatan dalam ujian matematik. Bolehlah jadikan berjalan ini aktiviti keluarga. Atau di saat anak buntu dengan kerja sekolah, minta anak berjalan dahulu. Sambung kerja sekolah kemudiannya.
Kajian lain di Journal Experimental Biology 2017 pula dapati berjalan kaki tingkatkan aliran darah ke otak. Peningkatan darah di otak naikkan prestasi otak dan baiki memori. Berjalan je kot. Power kan?
Sekarang mari kita lihat tips kedua.
2. Beri Anak Makan B.I.T
Kita adalah apa yang kita makan. Anak kita pun sama. Anak kita adalah apa yang mereka makan. Mereka makan jajan, itu tanda bahaya akan datang.
Beri anak kita makan B.I.T:
Buah Berries – Contohnya blueberries, cherry, blackberries dan strawberries. Beri kuasa besar pada hippocampus anak-anak. Memori jadi power.
Ikan – Ikan kembung contohnya ada omega 3 yang tinggi. Bagus untuk otak. Ini makanan wajib untuk anak-anak. Tuna dan salmon pun bagus.
Telur – Ia ada Choline. Penting untuk perkembangan memori anak-anak. Menu wajib sarapan.
Makanan mempengaruhi sikap anak. Beri kesan kepada tingkah laku. Tinggalkan impak kepada prestasi otak.
Perlu hati-hati dalam menjamu anak. Usah meracun anak sendiri. Apa lagi yang boleh di dijamu? Saya ada kongsi 11 Makanan Terbaik Untuk Otak. Silakan cuba.
Selain berjalan dan makan, jom beralih ke poin seterusnya.
3. Berzikir Untuk Tambahkan Sel Otak
Kajian dari Harvard University tahun 2011 mendapati bahawa zikir besarkan hippocampus. Pusat memori dan belajar. Bayangkan apabila hippocampus besar. Apa akan jadi pada kemampuan mengingat dan belajar? Bukankah lebih hebat?
Kajian ini juga dapati amygdala, pusat TAKUT manusia menjadi kurang aktif. Tiada ketakutan. Muncul TENANG. Timbul DAMAI. SubhanAllah hebatnya zikir ini. Kajian dari Yale University pula dapati ia mampu tenteramkan fikiran liar kita.
Fikiran yang melompat sakan dari satu topik ke topik lain tanpa henti. Bahasa Sains Otak ialah Monkey Mind. Bukankah apabila fikiran tidak melayang, kita terasa DAMAI?
Suruhan zikir ini juga menurut kajian di UCLA tingkatkan bahagian grey matter (bahagian kelabu) otak. Bahagian ini punya sel otak yang paling banyak.
Maksudnya?
Mudah. Sel otak bertambah dengan zikir. Hebat sungguh!
Zikir juga meningkatkan aktiviti pada bahagian Posterior Cingulate Cortex. Bahagian ini adalah pembekal motivasi. Studi jadi panjang. Pelajar lebih fokus pada studi. Pesan pada anak, andai mahu impak maksima pada otak, pada studi, zikir perlu di hati.
Boleh pesan anak untuk zikir sebelum study selepas ni?
Sekarang kita lihat point seterusnya, bab yang kita tidak ambil peduli sebelum ni.
4. Tidur Awal Supaya Hormon Dapat Bekerja
Ini adalah perkara yang sering terlepas pandang. Ramai orang tidak peduli. Apalah yang ada pada tidur. Tidur ini istimewa. Allah ciptakan tidur khusus untuk kita. Apabila tidur tidak cukup, maka ada bahaya yang bakal menimpa.
Apa dia?
Kesan tidur tidak cukup:
1. Memori – prestasi memori merudum 2. Keputusan – kemampuan membuat keputusan juga merosot 3. Perubahan hormon pada otak. Boleh membawa kepada kemurungan. 4. Tingkatkan risiko kegemukan 5. Jadikan kita cepat lapar. Pastikan anak cukup tidur. Tidur antara 6 hingga 8 jam untuk dewasa penting.
Tidur 9 jam untuk remaja dan kanak-kanak itu wajib.
Waktu tidur akan muncul ‘makcik cleaner’. Muncul di perut. Namanya melatonin. Tugasnya mudah. Mencuci. Proses healing semulajadi mengambil tempat. Andai tidur lewat, ‘makcik cleaner’ ini tidak dapat menjalankan tugas.
Bayangkan tandas yang tidak dicuci seminggu atau dua minggu. Bagaimana rupa dan baunya?
Sanggupkan kita masuk ke tandas sebegitu. Begitu juga dengan tubuh kita. Perlu dicuci dalam dalam. Melatonin perlu dibiarkan bekerja.
Apabila tidur kurang dari enam jam kadar kelembapan siapkan kerja naik 3 kali ganda. Begitu juga dengan kesalahan. Kajian ini dimuat dalam jurnal saintifik Lancet. Perlu ambil berat.
Tips seterusnya agak mencabar. Menarik di mata, sedap di mulut, belum tentu baik untuk otak.
5.Elak Makan Jajan Demi Otak Cantik
Tadi saya ada kongsi makanan B.I.T. Supaya tidak terjebak ke dalam dunia jajan. Sekali terperangkap, sukar mahu keluar. Iklan jajan ada di mana-mana.
Saya terangkan dapatan kajian kesan makanan ringan ke atas otak:
-Bahagian otak yang terlibat dalam pembelajaran, memori dan kesihatan mental iaitu hippocampi menjadi kecil. -Mengurangkan hormone BDNF di dalam otak. Tugas hormon ini ialah memelihara sel-sel otak dari rosak. -Lebih terdedah kepada kemurungan, kerisauan dan nyanyuk. -Menyebabkan keradangan pada otak.
Ia juga mengganggu pembentukan memori sekurang-kurangnya 3 minggu setiap kali kita mengambil makanan ringan. Kefahaman dari kajian ini ialah makanan ringan atau jajan merosakkan otak.
Kita jadi sukar untuk belajar. Memori gagal terbentuk selama tiga minggu setiap kita berjajan-jajan. Yang terburuk sekali ianya mengecilkan otak.
Lebih buruk otak anak-anak yang sedang membesar. Andai kita pemberinya, kitalah juga punca bodohnya anak kita.
Mahu anak pandai hentikan jajan.
Adakah jeruk termasuk?
Ya. Termasuk sekali. Begitu juga cereal.
Poin seterusnya masuk bab puji anak. Puji anak perlu kena dengan caranya. Supaya kesan lebih efektif.
6.Puji Usaha Anak, Bukan Hasil
Apabila kita puji anak dengan sebut “Pandailah Along. Tahniah!” ia akan jadi racun minda.Apabila kita beri pujian seperti di atas, kita programkan otak anak kita bahawa berjaya atau gagal ditentu oleh faktor luaran. Bukan dalaman.
Faktor luaran ini akan matikan aktiviti STRIATUM. Ini bahagian motivasi di OTAK. Motivasi anak akan cepat padam.
Mereka akan pilih aktiviti yang senang. Mereka cenderung untuk tidak buat apa yang sepatutnya dibuat. Sebabnya? Takut gagal. Apabila gagal tiada dendangan pujian akan didengar. Lebih baik tidak buat. Mereka tidak akan jadi berani.
Cara yang lebih baik ialah puji USAHA- nya. Katakan “Along berjaya ini sebab Along studi kuat ni. Tahniah Along atas usaha kuat Along.”
Fokus pada USAHA. Apabila pujian diberi pada USAHA, ia aktifkan STRIATUM. Aktiviti di STRIATUM akan jadi lebih panjang.
Sebabnya? Faktor dalaman menjadi penentu. Bukan luaran.
Faktor dalaman ini akan jadi kekuatan pada anak. Sistem operasinya akan bermula dari diri sendiri. Bukan faktor luar. Bukan sebab disuruh. Anak akan studi atas kemahuan sendiri. Mereka lebih cenderung mulakan inisiatif.
Sanggup hadapi cabaran besar. Tidak mudah mengalah. Konklusinya, puji USAHA bukan sifat. Pandai itu sifat. Rajin itu sifat. Puji CARA kerja mereka.
Fokus pada USAHA dan CARA itu mesra OTAK. Faktor dalaman ini akan jadi kekuatan pada anak. Sistem operasinya akan bermula dari diri sendiri. Bukan faktor luar. Bukan sebab disuruh. Anak akan studi atas kemahuan sendiri. Mereka lebih cenderung mulakan inisiatif.
Sanggup hadapi cabaran besar. Tidak mudah mengalah. Konklusinya, puji USAHA bukan sifat. Pandai itu sifat. Rajin itu sifat. Puji CARA kerja mereka. Fokus pada USAHA dan CARA itu mesra OTAK.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila anak tolak nasi, berhari-hari sanggup tak makan nasi memang buntu mama dibuatnya kan? Tapi mama tak boleh ‘give up’, mama kena lebih kreatif supaya anak-anak dapat khasiat yang secukupnya. Antara resipi yang mama boleh olah menggunakan nasi adalah resipi jejari nasi bersama jagung. Jom cuba!
JEJARI NASI BERSAMA JAGUNG
Sesuai sangat menu ni untuk anak-anak yang tolak nasi boleh pelbagaikan kreativiti resepi nasi untuk anak-anak. Sesuai juga untuk anak yang suka mengunyah tapi tak tahu nak bagi apa. Nak bagi jajan tak elok untuk anak. Elok la buat ni😊 jejari ni rangup di luar lembut di dalam tau 😁
Blend nasi, sedikit jagung, ikan bilis dan air suam . Blend hingga hancur. Kemudian tuang dalam mangkuk dan masukan tepung jagung dan sedikit tepung gandum.
Adunan tak terlalu cair. Pekat adunan lebih kurang pekat macam kita nak buat cekodok. Bila adunan dah digaul sebati masukan adunan ke dalam piping bag. Potong depan piping mengikut saiz yang korang suka.
Panaskan minyak(perlukan minyak yang banyak),bila minyak dah panas masukan adunan yang dah dimasukan dalam piping bag tadi. Kalau saya bentukan panjang-panjang atau korang boleh ubah ke bentuk yang korang suka. Goreng hingga kekuningan kemudian boleh angkat dan hidangkan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!