Burger adalah alternatif sajian untuk si kecil. Syaratnya ia mesti dibuat sendiri dan bukannya menggunakan patty daging yang siap diproses. Ia homemade!
Tidak dinafikan ibu ayah akan sentiasa mencari jalan agar anak makan sajian yang dihidangkan. Sajian yang berkhasiat dan seimbang penting bagi memastikan tumbesaran si kecil pada tahap yang optimum.
Resipi burger ayam dari The Baby Little Fat ini boleh mama papa gunakan untuk menyediakan patty daging ayam untuk sajian burger si kecil. Bahan yang diperlukan juga tidak banyak dan rencam. Cuma yang tinggal ialah kerajinan dan kesungguhan.
Mini Homemade Chicken Burger
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN
Isi ayam
Telur
Tepung gandum (unbleached)
Bawang putih
Paprika
Bawang besar Holland
Roti ban kecil (plain baby bun)
LANGKAH PENYEDIAAN
#1 Masukkan ayam boneless dan masukkan dalam blender kering atau food processor. Kalau takde semua tuuu guna je blender biasa. Tambah air sikit kalau tersekat di skala 4.
Ads
#2 Ini adalah daging ayam yang siap dikisar.
#3 Tambahkan bawang holland, telur dan bawang putih. Kemudian kisar sekali lagi. Bawang holland adalah senjata kesedapan burger ini.
Ads
#4 Masukkan paprika.
#5 Sediakan pinggan yang ditabur tepung untuk diletakkan patty yang siap dibentuk nanti.
Ads
#6 Buat bentuk bulat kecil bersesuaian dengan saiz ban. Masukkan dalam peti sejuk beku untuk kekalkan bentuknya kira-kira selama 30 minit.
#7 Kemudian anda boleh goreng dengan minyak sedikit sehingga patty masak. Letakkan patty daging ayam ini di tengah roti ban yang telah dibelah.
Siap untuk dihidangkan untuk anak dan seisi keluarga.
Terlalu kerap bagi anak makan nasi boleh buat anak hilang selera tau. Apa kata para ibu tukar selera anak dengan sesuatu yang sangat menarik. Seperti pasta karbonara dengan menggunakan resepi yang sangat mudah. Pasti anak makin berselera dan dapat menambah berat badan juga.
Nasi putih merupakan sumber karbohidrat untuk anak- anak. Tetapi, banyak lagi sumber karbohidrat lain yang boleh digunakan untuk menggantikan nasi putih seperti pasta, kentang, roti, oat dan macam- macam lagi.
Kandungan gandum dalam pasta membuatkan seseorang berasa lebih cepat kenyang. Kalori yang terkandung dalam pasta agak tinggi. Para ibu haruslah memberi pasta kepada anak dengan jumlah kalori yang diperuntukkan dalam sehari bagi mengekalkan kesihatan anak.
Jumlah kalori yang tinggi boleh diseimbangkan dengan menambah banyak sayur- sayuran, protein tanpa lemak seperti ikan, mengehadkan jumlah penggunaan minyak atau boleh digantikan dengan unsalted butter, dan menggantikan keju dengan yis makanan.
Cukup khasiat dalam satu hidangan. Baik untuk anak, mudah untuk ibu sediakan. Jom kita lihat resipi pasta karbonara yang dikongsikan.
Resipi ini dikongsikan oleh Ieyra Azlan di Kumpulan Facebook Resepi Makanan Bayi.
RESEPI PASTA KARBONARA
Mummy buatkan dia pasta karbonara harini.
Alhamdulillah, dia suka. Sampai licin dia makan.
Bahan- bahan:
– Unsalted butter
– Bawang putih
– Carrot
– Ayam (rebus dan cincang ikut tekstur baby boleh makan)
– Broccoli (buat sama macam ayam tadi)
– Susu fullcream
– Cheese
– Pasta baby (saya guna bran Heinz)
Cara- cara:
1. Tumis bawang putih dengan unsalted butter tu.
2. Masukkan susu fullcream.
3. Masukkan carrot dan broccoli.
4. Masukkan ayam.
5. Masukkan cheese.
6. Akhir sekali, masukkan pasta dan gaul sebati.
Bukan sahaja mudah, malah sedap dan mengenyangkan untuk anak- anak. Para ibu boleh cuba untuk tarik selera anak dengan menu baharu. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak tak sihat mulalah susah nak makan. Lagi-lagi masa si kecil tak sihat lagi lah pening sebab langsung tak selera makan. Kebanyakan resipi dalam ni gunakan bahan/makanan yang bantu tambah selera makan, tingkatkan imun dan sebagainya.
Ibu boleh cuba resipi yang dikongsikan Puan Yatie Eimra yang mungkin boleh menambat selera anak-anak yang tak sihat.
Pasta Sup Ayam
Hari pertama Fydh demam, langsung tak nak makan. Selalu kalau dia tak selera makan nasi, saya masakkan pasta/spaghetti atau bihun. Alhamdulillah saya buatkan pasta sup, dak Fydh ni makan gak akhirnya. Saya masukkan kismis dalam sup ni untuk tambah selera makan anak di samping berikan rasa masam-masam manis sikit.
Bahan-bahan:
Bawang merah – dihiris
Bawang putih – dihiris
Halia – dihiris
Isi ayam
Kiub bone broth
Kiub sup homemade
Sedikit lada hitam
Secubit mixed herbs (optional)
Lobak merah/cauliflower/sayur pilihan
Kismis
Pasta/makeroni
Air secukupnya
Garam pink
Minyak zaitun untuk menumis
Daun sup
Cara-cara:
Tumis bahan² yang dikisar dengan sedikit minyak zaitun.
Masukkan semua bahan kecuali daun sup. Masukkan air secukupnya untuk pastikan pasta masak sekata.
Lepas masak, taburkan daun sup untuk aroma yang lebih wangi.
* lebihkan sayur jika suka. Saya parut carrot supaya dak Fydh ni tak boleh pilih-pilih & buang masa makan tu pun cauliflower & daun sup tak boleh masuk mangkuk dia, kang kompem langsung tak nak makan.
Ayam Masak Halia
Resipi ayam masak halia biasanya ada sos tiram. Tapi since masak untuk anak tak sihat, saya tak letak sos tiram & tepung jagung (makanan proses lemahkan imun). Sesetengah resipi, kena goreng ayam dulu. Untuk versi yang lebih sihat ni ayam dibiarkan masak dari stim/wap air je. Boleh lebihkan halia (upkan imun) & lada hitam (tambah selera) jika anak dah pandai makan pedas sikit. Sebabkan tak tambah tepung, bawang perlu dikisar untuk pekatkan sikit kuahnya. Untuk sayur, saya gunakan cendawan & carrot (kurangkan mukus). Resipi ni sesuai gak tuk anak setahun++ makan dengan nasi lembik.
Bahan-bahan:
Bawang merah – dikisar
Bawang putih – dikisar
Halia – dikisar & dihiris
Sedikit serbuk lada hitam
Ayam 3-4 ketul/isi ayam
Cendawan/carrot/sayur pilihan
Buah tomato
Air secukupnya
Garam pink, madu asli
Minyak untuk menumis
Cara-cara:
Bawang merah & bawang putih dikisar bersama sedikit halia.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.
Tumiskan pula cendawan sehingga keluar airnya. Biarkan merenih seketika.
Masukkan ayam, lada hitam dan halia yang dihiris & air secukupnya. Tutup tudung periuk supaya ayam masak sekata.
Setelah ayam empuk masukkan carrot/tomato/sayur pilihan dan gaul sebati.
Perasakan garamnya. Biarkan merenih seketika sebelum tutup api.
Tambah madu untuk imbangi rasa menggantikan gula.
*tip apabila memasak cendawan dari chef – cendawan perlu dimasak lama untuk naikkan flavournya dalam masakan.
Agar-agar Sedut Nabeez Kismis
Siapa cakap orang sakit tak boleh makan dessert? Masa sakit dah tentu selera makan anak dah kurang. Tak salah pun bagi anak makan sikit dessert asalkan yang berkhasiat. Kali ni nak share agar² sedut nabeez kismis (air rendaman kismis semalaman) yang elok untuk anak demam & melegakan tekak. Agar² boleh sejukkan badan & nabeez kismis lak bertindak sebagai antibakteria & antioksidan yang membantu menentang jangkitan, redakan demam juga boleh tingkatkan selera makan.
Tempoh hari masa Fydh demam & selesema, hari ke-3 tu demam dah kebah pun. Tapi start batuk jenis chesty cough (kahak masih sikit tapi pekat sampai susah nak keluar) lak. Doc check tekak dah bengkak & luka. Sebabkan batuk dia teruk sangat, hari ke 4 tu Fydh demam balik. Selain penjagaan demam yang betul, pengambilan ubat ikut dos & masa yang ditetapkan, boleh juga berikhtiar dengan jaga pemakanan. Kali ni mak² bolehlah buat dessert lak tuk anak yang demam & tak selera makan tu.
Nabeez kismis:
1-2 sudu makan kismis
½ cawan air masak
Rendam semalaman atau paling kurang 8-12 jam pada suhu bilik (supaya khasiat dapat larut ke dalam air dengan baik).
* kalau rendam pagi, petang dah boleh guna.
Bahan agar-agar sedut:
2 sudu penuh (guna sudu kfc) agar² tali (potongkan pendek² supaya senang nak sukat)
1 cawan air (250ml)
3 biji kurma merah (kering) – optional
½ cawan nabeez kismis
Sedikit madu
Buah²an pilihan (pastikan buah yang anak makan)
Cara-cara:
Pastikan basuh dulu agar² tali & tapis. Masukkan ke dalam periuk bersama kurma merah & secawan air.
Masak dengan api sederhana sehingga mendidih & agar² tali larut sepenuhnya. Tutupkan api.
Campurkan air nabeez kismis. Tambahkan sedikit madu. Masukkan ke dalam bekas & biarkan suam sedikit. Sejukkan dalam peti sejuk sekurang²nya 2 jam.
Tambah buah²an potong sebelum hidang.
* untuk anak yang dah besar boleh sedut agar² macam tu je. Tapi untuk anak kecik, makan dengan sudu supaya tak tercekik pulak kismis tu.
* kalau anak tak suka agar² yang lembik, boleh lebihkan agar² tali masa masak.
Hari ni saya buat agar² sedut perisa oren & nanas lak. Agar² oren & nanas ni tinggi vitamin C, elok untuk anak demam. Tapi kalau anak sakit tekak/tekak dah luka jangan buat perisa oren & nanas ye. Asid boleh menyebabkan keradangan pada tekak yang dah luka.
Jus oren
2 biji oren
Gunakan lemon squeezer, ambil jus dari 2 biji oren. (Jgn blend sebab nak dapatkan pulp/sari oren). Tambah sikit air untuk cukupkan setengah cawan (jika saiz oren kecil)
Bahan agar-agar sedut:
2 sudu penuh (guna sudu kfc) agar² tali (potongkan pendek² supaya senang nak sukat)
1 cawan air (250ml)
Sedikit nanas dipotong
½ cawan jus oren
Sedikit madu
Cara-cara
Pastikan basuh dulu agar² tali & tapis. Masak bersama secawan air.
Campurkan agar² ke dalam air & masak dengan api sederhana sehingga mendidih & agar² tali larut sepenuhnya. Tutupkan api.
Campurkan nanas yang telah dipotong & jus oren tadi. Tambah madu jika suka. Kacau sebati.
Masukkan ke dalam bekas & biarkan suam sedikit. Sejukkan dalam peti sejuk sekurang²nya 2 jam.
* kalau anak tak suka agar² yang lembik, boleh lebihkan agar² tali masa masak.
* yang saya buat ni, saya tambah sesudu sunquick sebab anak memang tak makan buah oren/minus jus oren kecuali tambah sunquick jer.
Sebut sahaja ayam, anak-anaklah yang paling suka. Asal sahaja menu berasaskan ayam, mula semangat anak mahu makan. Bukan ayam masak merah, apa kata kali ini kita sediakan Ayam Masak Palembang pula. Berebut anak makan.
Jom cuba resipi perkongsian Pn Qaseh Jue Aisya yang menjadi kegemaran anak-anaknya. Wajib cuba!
Anak anak saya kalau boleh, nak ibu depa masak ayam hari-hari pun tak apa.
RESEPI AYAM MASAK PALEMBANG
Bahan-bahan: Untuk 1 ekor ayam
Bahan A (kisar)
Bawang besar -2 biji(sederhana)
Bawang putih -5 – 6 ulas
Halia – besar ibu jari
Bahan B:
Serbuk kunyit
Daun kari -2 -3 tangkai
Kicap manis – 1/2 cawan
Cili blend – ikut pedas (2 senduk nasi)
Asam keping – 2 keping besar
Santan – 100ml
Minyak untuk tumis
Garam dan gula secukup rasa
Gaulkan ayam dengan kunyit dan garam. Goreng setengah masak dan ketepikan.
Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, halia sampai naik bau. Masukkan cili blend. Tumiskan sampai pecah minyak.
Masukkan kicap. Kalau nak lebih hitam tambah kicap pekat. Masukkan daun kari.
Tumiskan sekejap, masukkan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan asam keping dan kemudian masukkan ayam. Masak sehingga ayam empuk.
Masukkan santan dan biarkan mendidih. Boleh dihidangkan. Kalau kering sangat masukkan air sedikit.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINIhttps://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/