Anak kadang-kadang tak nak makan nasi waktu sahur. Tak berselera katanya, jadi apa kata mama papa buatkan menu simple untuk anak waktu sahur. Untuk anak yang boleh berpuasa pun sesuai, mama pun tak penat nak sediakan sarapan pagi buat si kecil.
Jom cuba resepi Sandwich Jagung yang dikongsi ini, memang sangat mudah!
Resepi Sandwich Jagung Airfryer 🥪🌽
Terjumpa resepi ni dan terus cuba memandangkan semua bahan dah sedia ada kat rumah. Sis ubah suai sikit bahan dari resepi asal, sangat sedap 😋 bukan je sedap tapi juga mengenyangkan 😍
Bahan yg perlu ada untuk 1 hidangan:
– 2 keping roti
– 1 keping cheese
– Jagung kukus
– Mayonis
– Cheese parut
– Chicken ham
– Serunding ayam brand
Sebut saja Mac & Cheese, anak-anak mula melompat riang. Mana tidaknya, keju dengan kuah pekat likat buat anak paling suka. Mak-mak makinlah suka kerana mudah cara membuatnya.
Nak lagi mudah tapi sedap dan likat, perkongsian resipi Mac & Cheese dari Wan LuQman ini paling mudah. Siap tip pekatkan kuahnya. Jom cuba!
Hari ni anak-anak request nak makan mek and cheese. Tengok mostly barang semua dah ada kecuali cheddar dan macaroni pasta je. Beli kat kedai depan rumah ni je.
Happy gile diorang dapat makan mac and cheese. Dulu pernah beli kat zus coffee, not bad rasa dia. Sebekas RM12 tapi frozen punya lah. Bila kita order, mereka akan panaskan dalam microwave.
Tapi ni semua nak makan mac and cheese, buat sendiri save sikit.
Bahan-bahan:
400gm macaroni
400ml Fresh Milk
150gm Shredded Cheddar Cheese
Keju Mozzarella
Mix Herbs, Black Pepper dan Garam
1 ulas bawang holland
Chicken Meatloaf
Mula-mula rebus macaroni. Kander rebus dalam 4 minis je, half cook sebab nanti nak sambung masak dalam kuah. Kalau nak rebus masak sekali dalam kuah pun boleh, korang tak payah rebus asing dan tak perlu buat roux dah.
Sebab kalau korang rebus/masak sekali air macaroni tu berkanji dan akan bantu pekatkan kuah tu dah.
Cairkan dalam 60gm butter, kemudian tumis bawang holland. Masukkan 1sb tepung gandum dan gaul sekata. Ini proses untuk buat roux tau. Roux (butter + tepung) ni sebagai agent pemekat kuah.
Masakan barat kalau nak pekat kan kuah akan guna roux. Bukan guna tepung jagung. Roux ni korang boleh buat banyak sekaligus sampai dia berketul. Kemudian simpan. Bila-bila nak pakai, cubit sikit dan masukkan ke dalam gravy untuk pekatkan.
Kemudian, masukkan susu.
Masukkan shredded cheddar cheese. Kalau takde, guna je slice cheese tu dalam 5-6 keping. Cuma block cheddar ni rasa dia lebih cheesy. 1 pek shredded cheddar ni 200gm, harga dalam rm11 sepaket.
Masak sampai kuah dah nak pekat dan berat.
Masukkan macaroni yang telah direbus tadi.
Masukkan mix herbs, serbuk lada hitam dan garam. Kalau anak² nak makan, boleh je tambah gula tu kasi ada manis sikit. Tapi bawang Holland tu dah membuatkan dia manis semula jadi.
Last sekali masukkan chicken meatloaf. Kalau ada pepperoni pun boleh.
Gaul sekata dan rasa. Kemudian siap. So creamy sooo delicious!
Taburkan lebihan cheddar cheese dan taburkan mozzarella cheese. Tapi sebab aku terlupa mozzarella cheese aku tak cukup, sikit je yang ada dalam peti. Korang beli dan tabur banyak-banyak atas ni. Susun chicken meatloaf lagi. Boleh jugak jadikan bekalan untuk anak sekolah.
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.
Selain perasa CBB, CFS, serbuk ikan bilis dan serbuk ayam homemade, Mirepoix juga tidak kurang hebatnya dalam memberi rasa kepada makanan bayi. Bukan hanya rasa bahkan mirepoix juga dikatakan baik untuk menaikkan selera anak kecil kita. Bagi anak yang tidak mahu makan, mama boleh cuba resipi ini.
Paling penting cara hendak menyediakannya juga teramat mudah. Hanya gunakan tiga bahan sahaja dalam cara pembuatannya. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Farisha Sofea ni. Ringkas.
MIREPOIX ( BAHAN PERASA ) UNTUK BABY
Pernah dengar pasal mirepoix tak? Selain cbb dan cfs , mirepoix juga salah satu bahan perasa dalam masakan anak anak. Ramai yang mengatakan bahawa bahan bahan ini membantu untuk menaikkan selera makan anak anak.
Antara bahan yang digunakan untuk menyediakan mirepoix ialah bawang holland, celeri dan lobak merah. Bahan ini dipotong kasar dengan nisbah 2 : 1 : 1. Mudah je kan bahan bahannya.
Mirepoix ini sebenarnya sos asas dalam masakan dan sering digunakan dalam masakan seperti sup, stew dan marinate. Kalau anak anak macam dah tiada selera makan tu cubalah buat mirepoix ini. Siapa tau boleh tarik selera anak makan kan.
Bahan Bahan:
2 cawan bawang holland
1 cawan lobak merah
1 cawan seleri
2 sb minyak zaitun
Potong kasar ke semua bahan.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan bahan sehingga kekuningan menggunakan api kecil. Tidak perlu lama kerana hanya mahu mengeluarkan aroma sahaja. Sejukkan seketika.
Kemudian kisarkan bahan bahan tersebut. Tuangkan ke dalam bekas dan simpan di dalam peti bahagian sejuk beku.
Siap!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kuih tradisional antara kuih yang dicari-cari sepanjang Ramadan ini. Kuih Telaga Emas ini tidak kurang hebatnya. Teksturnya lembut, berlemak dan cukup manis kala suapan pertama ke mulut.
Resipi hebat Farisha Sofea ini amat mudah untuk dicuba. Anak-anak pasti suka kerana saiznya yang comel ditambah dengan kelembutan dan rasa manisnya. Jangan lupa masukkan senarai menu untuk berbuka esok hari. Jom cuba!
Ekzema anak berkait dengan asma dan resdung ibu bapa melalui fenomena Atopic March, satu perjalanan alahan yang boleh bermula sejak bayi jika tidak dikawal awal.