Sebut je tart nanas, pasti semua membayangkan rasanya yang gebu dan cair di mulut bila mengunyahnya.
Ditambah pula dengan inti nanasnya yang masam manis, tak sedar boleh habis sebalang.
Mungkin bagi yang ada anak-anak kecil, biskut ni kurang digemari. Maklumlah anak-anak ni kalau berasaskan coklat itu yang akan dituju dulu.
Anak kalau tak mahu makan nasi, mama pasti rasa susah hati. Bimbang perut anak sentiasa kelaparan kerana tidak dibekalkan dengan karbohidrat tinggi. Sebenarnya bukan nasi sahaja pembekal karbo, mama boleh kreatifkan diri dengan mencuba bebola kentang atau keledek yang rasanya lebih manis tetapi menyihatkan.
Resipi Bebola Keledek Keju yang dikongsikan oleh Puan Mariatun Bibi ini boleh anda cuba sediakan buat anak. Insyaallah kenyang dan anak pun suka.
Saya buat Bebola Keledek Keju ni untuk anak-anak. Anak-anak pun suka.
Resepi Bebola Keledek Keju
Bahan-bahan:
Ubi keledek
Tepung gandum
keju dan serbuk roti
minyak untuk mengoreng
Caranya:
Rebus ibu keledek sampai empuk. Biarkan sejuk dan masukkan tepung gandum. Saya agak-agak je letak tepung. Uli sampai tak melekat kat tangan. Ala macam kita nak buat Kuih Keria tu.
2. Buat bulat-bulat keju macam dalam gambar. Kalu tak mahu letak keju pun tak apa, ikut la nak letak inti apa.
3. Ambil ubi yang dah di uli dengan tepung tadi,tekan dan letakkan keju di tengahnya. Bulat-bulatkan semula.
4. Dah habis buat bulat, bolehlah salutkan dengan serbuk roti. Dah habis boleh la goreng.
Kredit: Mariatun Bibi
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Disaat kenaikan harga semua barang yang tidak terjangkau dek akal, lebih-lebih lagi pada harga minyak dan ayam, ada baiknya kita memilih cara masakan yang lebih sihat menggunakan air fryer untuk anak-anak dan keluarga.
Bukan hanya lagi jimat bahkan lebih sihat serba serbi. Bosan dengan ayam, apa kata jadikan Kentang Bakar Berempah ini sebagai kudapan untuk anak-anak di petang hari.
Ayam mahal, minyak mahal, maka kita makan kentang bakar sahajalah. Kita guna air-fryer atau oven untuk buat hidangan ni. Mudah, tapi anak-anak pasti suka. Sesuai buat kudapan.
Kentang Bakar Berempah by Kamarul Ariffin Nor Sadan
Bahan-bahan: (3-4 orang makan)
½ kg kentang kecil
1 sudu besar empingan cili
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu kecil daun parsli kering
1 sudu kecil daun basil kering
3 sudu besar minyak masak
2 sudu serbuk keju parmesan
Garam secukup rasa
Kita sedia bahan-bahan. Kalau tak ada daun parsli atau basil kering, guna sahaja daun oregano.
Agar cepat empuk, potong kentang kepada 2 atau 4 bahagian, basuh dan rebus. Terpulang pada kalian nak kupas kulitnya atau tidak, tapi pada saya kulit tu yang akan buat sedap nanti.
Setelah kentang empuk, tos kentang, dan masukkan dalam mangkuk. Taburkan rempah ratus kita tadi serta minyak masak ke atas kentang. Saya gunakan minyak rendaman tomato yang kita buat tempoh hari.
Minyak rendaman tomato bakar tu akan menyedapkan lagi kentang kita ni.
Susun kentang, kulit di bahagian bawah. Jangan letak banyak sangat tau, nanti tak garing luaran kentang tu.
Set suhu sekitar 120-150°C dan masa 15-20 minit. Sejujurnya, hasil gorengan air fry tak sesedap deep fry, tapi apa boleh buat, keadaan memaksa. Haha! Kena jimat minyak masak.
OK ni hasil selepas 20 minit. Belum cukup garing. Kita terbalikkan kentang. Nak kulit dia pula garing. Biar luarnya rangup dan berempah, dan dalamnya empuk-empuk manis.
Kali ni kita set 200°C untuk 10 minit. Jika tak ada air-fryer atau oven, boleh goreng tohor (pan fry) guna kuali leper. Cuma kena rajin balik-balik kentang agar tak geseng.
Fuh itu dia hasilnya! Dah nampak menyelerakan. Kalau nak hidang dah boleh dah ni, tapi saya terbalikkan semula, dan tambah lagi 5-10 minit untuk dapatkan kerangupan yang saya mahukan.
Letak atas pinggan, tabur keju parmesan sikit, hias dengan tomato ceri, dan hidang dengan mayonis atau sos kegemaran kalian. Gurih! Pedas, masin, manis dan berlemak.
Banyak cara untuk menarik perhatian anak-anak kecil untuk makan. Salah satunya adalah menyediakan nasi dalam bentuk bebola yang dikepal kemas dengan salutan telur. Menariknya bukan hanya kepalan nasi biasa bahkan disalut dengan telur dan oat yang tinggi khasiat ditambah pula dengan campuran lobak merah yang menyihatkan.
Resipi ringkas tetapi berkhasiat yang dikongsikan oleh Puan Noriza Rahman ini boleh dijadikan menu sarapan buat anak-anak. Jom cuba!
Petang semalam sempat goreng bagi anak-anak makan. Yang paling selera si Humaira lah. Dia ni bab makan agak cerewet juga, tak mau pedas. Yang jenis nuget chicken ball ni dia layan. Tu yang meqza buat ni.
Meqza check peti ais ada ayam, ada carrot. So, apa lagi teruih buat lahhh. Serbuk roti takda, meqza salut saja dengan rolled oat. Dari tak makan berbulan-bulan bagus juga bagi depa ni merasa. Kan jimat! Ok, moh kita tengok resipi mudah ni.
Bahan-bahan:
½ pot beras (ini meqza guna tin sardin)
3 ketul ayam (bahagian dada)
2 biji carrot
Meqza masak ½ pot beras. Kiranya masak bagi nasi tu lembik. Senang nak kepai buat bulat-bulat. Ayam dalam 3 ketoi isi. Ambik bahagian dada lah part ni. Meqza potong kecik-kecik.
Takde tumis-tumis atau goreng-goreng bagai okeh. Ayam mentah bodo gitu ja. Sebab, satgi nak goreng juga. Carrot meqza parut halus dalam 2 biji.
Bila dah sedia semuanya, kita gaul saja dalam satu bekas. Jangan lupa letak garam sikit, bagi ada rasa orang kata (tapi anak dua tahun ke bawah jangan letak garam). Then, buat kepal bulat-bulat macam fish@chicken ball tu. Kemain pakai plastik, tak mau tangan belemoih satgi cepat basi nasi tu. Depa kata lah.
Telor ni saiz C, dalam 3 biji gitu. Doh yang dah siap kepal, celup letak dalam ni. Salut bagi elok na. Satgi bila goreng dia tak pecah.
Lepas tu, masuk dalam serbuk oat pulak. Kalau tak mau blend oat tu kena cari serbuk roti. Golek golek doh tu sampai tertutup habis. Then letak dalam bekas lain.
Dah siap. Tadaaaa! Banyak juga bila kira. Ni Meqza buat banyak sebab nak frozen. Bila bila boleh goreng. Sat saja habis sekali makan.
Haaaa, tengok Humaira makan. Walaupun rasa plain, dia tetap makan sampai tinggal separuh. Sedap katanya. Kanak-kanak tak pandai menipu kan?
Kongsi Tip Masak Kalau orang dewasa nak makan, boleh tambah spices dan daun bawang bagi wangi dan beraroma. Nak lagi umphhh letak la cheese. Perghhh! Bila makan tu cheese meleleh-leleh keluaq.
Kalau nak kata sedap macam juai di supermarket nu, idok lah. Tapi sangat sihat untuk anak-anak. Sebab takda tambahan gula atau perisa lain.
Memasak gaya meqza yang ada 2 anak kecik menyusu ni perlukan ketangkasan, kerajinan dan timing yang tepat. Kalau anak ni teriak ka apa, kena layan depa dulu. Habih layan depa sambung pulak. Ohhh terasa macam #supermommy. Power kan! 🤣
Sesambil masak tu Ustaz Abdullah Khairi pesan baca ayat 4 surah Yusuf, hembus lah kat makanan hat kita sediakan ni. Doalah moga anak-anak sayang kita lebey dan suami pulak puji inilah masakan paling sedap di abad ini.
Chill.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.