Selain dohnya yang gebu dan sedap, inti tart nenas juga memainkan peranan. Resipi tat nenas yang dikongsikan chef media sosial, Azlina Ina ini bukan biasa-biasa. Intinya penuh dan padu.

Nak buat macam mana? Azlina Ina tak lokek berkongsi resipi bahkan siap tip untuk semua. Padu!


Resepi ni mak bagi memang untuk di tiru dan dibuat jual. Untuk pengetahuan tart nenas double gemok ni dah terjual beratus ribu bekas dan kami buat by hand made bukan kilang. InshaAllah kalau dah terjual banyak makna nya sedap la tu kan alhamdulillah.

Kat sini mak bagi resepi yang sukatan dia tak perlu double ulang banyak kali sesuai kalau korang nak buat niaga ramadhan ni.

Resepi Tart Nenas Double Gemuk Azlina Ina, Puas Makan Inti Padat, Padu Sungguh!

Resepi tart nenas double gemok. Resepi versi niaga.

Bahan-bahan:
500g pure butter tatura salted
5 sudu besar susu pekat
1/2 cwn gula pasir halus (kalau tak suka doh manis kurang kan gula)
3 biji kuning telur sahaj (saiz A atau B)
Sedikit pewarna kuning lemon
Sedikit esen vanila
4 sudu besar minyak sapi
1/2 cwn susu tepung *
1 sudu besar tepung beras *( kalau suka jenis rangup bukan gebu)
2 sudu besar tepung custard *
1 cwn tepung jagung
6 cwn tepung gandum cap rose ( ayak )

Untuk sapuan kuning telur lepas menggulung tart tadi
– 5 biji kuning telur
– 1/2 cwn susu segar
– sedikit pewarna kuning lemon

Jenis jem yang sedap, pilih tulisan premium AAA. Antara jenama yang sedap Yusof taiyob dan Youyie

Resepi Tart Nenas Double Gemuk Azlina Ina, Puas Makan Inti Padat, Padu Sungguh!

1. Satukan butter (suhu bilik), susu pekat, gula, kuning telur, pewarna kuning, esen vanila, minyak sapi. Kacau guna senduk, sekadar sebati sahaja.

IKLAN

2. Ayak bahan bertanda * dan masukkan dalam adunan tadi. Kacau rata.

Resepi Tart Nenas Double Gemuk Azlina Ina, Puas Makan Inti Padat, Padu Sungguh!

3. Tambah tepung jagung, kacau lagi.

4. Last tambah tepung gandum yang dah diayak sikit-sikit sambil uli guna tangan sampai doh lembut tak lekat di tangan & boleh dibentuk. Berhenti tambah tepung ok.

Resepi Tart Nenas Double Gemuk Azlina Ina, Puas Makan Inti Padat, Padu Sungguh!

5. Terap doh letak inti, gulung cantik-cantik, susun dalam dulang, lapik dulang dengan baking paper supaya tak lekat bila dah siap bakar nanti.

6. Sapu kuning telur pada permukaan tart.

IKLAN

Resepi Tart Nenas Double Gemuk Azlina Ina, Puas Makan Inti Padat, Padu Sungguh!

7. Panaskan oven set suhu 170-180°c masa 20-30 minit atau sampai masak. Ikot suhu oven masing-masing ye.

8. Dah masak biar sejuk dulu baru susun dalam balang.

Resepi Tart Nenas Double Gemuk Azlina Ina, Puas Makan Inti Padat, Padu Sungguh!

Tip Perlu Tahu!

* Tips gentel inti jem nenas supaya tak lekat di tangan.

* Simpan sekejap jem dalam peti, sebelum gentel inti sapu minyak kat tapak.

IKLAN

* Tips gentel jem bia nampak gemok bukan gentel bujur tapi bulat.

* Tips sapuan kuning telur cantik berkilat, masuk kan sedikit minyak masak dalam sapuan kuning telur.
* Tips tart tak berkulat, bakar suhu rendah dan masa panjang kan.

Resepi Tart Nenas Double Gemuk Azlina Ina, Puas Makan Inti Padat, Padu Sungguh!

* Tips tart tak berkulat, pilih inti nenas colour coklat lebih pekat sebab kalau colour kuning pucat pengeluar guna nenas muda dan tart mudah berkulat sebab inti banyak air dan gula sebab nenas muda tak manis tawar.

Selamat mencuba!

Menarik: Aduhai Berketak-Ketak, Usia Nak Masuk 3 Bulan, Anak Neelofa Dah Nak Pandai Meniarap!

Resepi Tart Nenas Double Gemuk Azlina Ina, Puas Makan Inti Padat, Padu Sungguh!

Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!

Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI