Bekalan dan stok aiskrim yang banyak di rumah pastinya buat anak-anak teruja. Makin galaklah anak-anak buka peti ais mencari makanan mereka.
Aiskrim durian homemade ini bukan hanya anak-anak bahkan pastinya buat seisi keluarga teruja. Sudahlah resipi ringkas, rasanya dah tentu kebabom. Sedap sungguh! Jom cuba resipi aiskrim empat bahan perkongsian resipi Cik Puan Hasnah.
Siapa yang ada kebun durian atau boleh beli durian yang murah-murah tu, boleh la cuba buat aiskrim durian ni. Memang sedap giler, lagi sedap dari aiskrim durian musang king RM26 1 bekas tu. Kat bawah ni resepi dia.
Resepi aiskrim durian
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
2 sudu bsr ovelet
3-5 ulas durian
Ads
Campurkan semua bahan, mix 20 hingga 30 minit atau hingga gebu.
Ads
Tuang dalam bekas dan letaklah dalam frezer satu malam.
p/s: Kalau nak color menarik letak sikit pewarna kuning.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam keadaan ibu sediakan makanan untuk bayi bawah setahun kadang-kadang boleh buntu apa nak masak. Asyik-asyik menu tu je. Betul tak? Anak pun cebek mulut bila tengok asyik-asyik menu yang sama.
Haa.. Apa kata buat kelainan sikit kali ni. Buat begedil versi baby pula. Ingat orang dewasa saja boleh makan bergedil. Anak kita pun sekali-sekala nak juga rasa makanan yang lain selain menu utamanya bubur nasi.
Perkongsian resepi oleh Ibu Husna Najla di facebooknya sangat mudah. Berikut step by step nak hasilkan bergedil cheese dan orang dewasa pun boleh makan.
❤️BERGEDIL CHEESE ❤️
Sesuai untuk bayi 8 bulan ke atas
Bahan-bahan:
Unsalt butter Bawang holand Isi ayam Bawang putih Cream cheese Kentang Carrot Brokoli Daun sup
Cara-cara:
1)Tumis bawang putih & Holland dengan Unsalt butter sampai kuning.. Masukkan isi ayam.. Goreng sampai kekuningan…
2)Cream cheese, brokoli, carrot, kentang stim sampai lembut..
3)Dah siap semua lenyek je.. Masukkan sedikit daun sup daun bawang.. Buat doh…
4)Boleh celup telor & goreng untuk diri sendiri @ anak toddler…
Selamat mencuba..
P/S make sure baby tak ada allergik cheese @ ayam. Cheese tak nak letak pun tak apa.
Waktu minum petang bersama anak-anak tidak harus dibiarkan begitu sahaja tanpa menikmati sepinggan kuih kegemaran anak-anak bersama minuman pilihan. Raikan hari yang panjang bersama anak-anak dengan menyediakan minuman ala koktail yang sarat dengan buah-buahan terpilih ini.
Bukan koktail biasa tetapi resipi istimewa ini cukup sedap malah rasanya kaw-kaw, hasil gabungan buah-buahan terpilih. Resipi tuan punya, Zaky Mat Ali ini bukan biasa-biasa. Nak tahu macam mana rasa enaknya, jom kita cuba. Memang terbaik!
Saya rasa bersalah kalau tak share resepi ni dengan tuan puan kerana air ni teramat sedap!!
Bahan- bahan:
1 tin susu sejat
1/2 tin susu pekat
1 tin buah laici
1 biji buah naga
2 biji buah mangga
Cincau
Ais secukupnya
Kuih talam sentiasa menjadi kesukaan kita. Berbeza kuih talam biasa, Talam Kanda Versi Pandan Gula Melaka yang dikongsikan oleh Pn Irene Qistin ini cukup istimewa.
Mana tidaknya, ia dihasilkan oleh biji sagu sebagai bahan utamanya. Memang power dan super sedap. Jom intai cara menghasilkannya.
Resepi Talam Kanda Versi Pandan Gula Melaka @ PGM. Resepi yang telah saya olah dari resepi asal. Mendapat permintaan tinggi dari pelanggan-pelanggan talam kanda saya.
Pada yang nak berniaga bagi menjana pendapatan keluarga saya halalkan resepi ini dunia akhirat. Pada yang nak buat makan-makan sendiri bersama keluarga begitu juga saya halalkan dengan ikhlas. Doakan agar saya dipermudahkan segala urusan dunia akhirat ye.
Lapisan bawah(sagu – Pandan)
200g biji sagu putih
100ml air
170g gula putih
1sdk garam
100ml santan
2sdb paste pandan
1sdk pewarna hijau
Bilas biji sagu dan rendam serta titikkan pewarna hijau – kacau rata. Rendam selama 15 minit. Kemudian tapiskan/toskan.
Ambil bekas masukkan gula, air, santan, garam, paste pandan & pewarna. Kacau sehingga larut sebati. Masukkan biji sagu tadi. Masukkan ke dalam loyang yang telah dilapikkan dengan plastik dan kukus selama 30 minit. Gunakan loyang 10″.
Lapisan tengah (Ubi)
600g ubi parut
100g gula putih
100ml air
200ml santan
1sdk garam
3g tepung kastard
1sdk pewarna kuning
Parut ubi kemudian toskan airnya – asingkan. Di dalam bekas lain masukkan gula, air, santan, garam, tepung kastard & pewarna kuning.
Kacau hingga larut sebati. Kemudian masukkan ubi tadi dalam bancuhan dan kacau sebati. Lapiskan pada lapisan pandan tadi dan kukus untuk 30 minit lagi.
Lapisan atas (sagu – gula melaka)
200g biji sagu putih
180g gula melaka
2sdb gula putih
100ml air
100ml santan
1sdk garam
1sdk pewarna coklat
Bilas biji sagu dan rendam serta titikkan pewarna coklat-kacau ratakan dan rendam selama 15 minit. Kemudian tapiskan/toskan.
Di dalam bekas lain masukkan gula melaka yang telah direndamkan dengan 100ml air tadi. Seeloknya langkah ini dibuat awal-awal tadi supaya gula larut sepenuhnya.
Masukkan gula putih,santan dan garam. Kacau hingga sebati. Masukkan biji sagu berwarna coklat tadi. Lapis diatas lapisan ubi tadi dan kukus lagi 30 minit. Siap!
Sejukkan beberapa jam, kemudian baru boleh dipotong. Gaulkan dengan kelapa parut. Kelapa parut hendaklah dikukus dengan sedikit garam & daun pandan. Kukus selama 10-15 minit.
Nota : * Gunakan pisau plastik (pisau talam) untuk potongan cantik dan tak melekat.
* Semasa memotong talam dan gaul dengan kelapa parut sila gunakan sarung tangan supaya mudah urus dan talam tidak mudah basi. Seeloknya gunakan air tapis untuk membuat talam. Ini juga bagi mengelakkan talam dari mudah basi.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!