Sekiranya anak-anak anda sukakan pisang, bolehlah cuba resipi ini. Hasilnya apam yang lembut dan gebu, dah tentu anak-anak akan sukakannya!
Untuk ibu yang suka memasak untuk bekalan anak ke sekolah, apam pisang gebu ini sangat mudah untuk anda buat. Resipi dari Farisha Sofea ini sangat ringkas:
💓 APAM PISANG GEBU MAMA SOFEA 💓
Bahan-Bahan :
1 cawan pisang (dah dilenyek)
1/2 cawan gula perang / gula biasa
1 cawan minyak masak / minyak jagung
2 biji telur gred A
1/4 sk esen pisang (optional)
Bahan Ayak :
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sk soda bikarbonat
2 sk serbuk penaik
Artikel Menarik: [Bubur Nasi Dengan Singo Pear, Redakan Batuk Demam Anak, Ibu Ni Sediakan Resipinya!]
Cara-Cara :
- Di dalam bekas masukkan gula, minyak, esen pisang dan juga telur. Kacau sebati.
Masukkan pula pisang dan juga bahan ayak .
Untuk mendapatkan urat pisang, pisang yang telah dilenyek diperapkan seketika.
Perap semalaman pun boleh.
Jika mahu membuat adunan waktu pagi, boleh perapkan pisang yang dilenyek pada waktu malam. Tak perap pun tak apa . - Kemudian kacau rata sehingga semua adunan mesra. Rehatkan adunan 15 – 30 minit. Sementara itu panaskan pengukus.
- Oleskan acuan dengan sedikit minyak dan tuangkan adunan sebanyak 3/4 acuan.
Ulang sehingga habis. - Kukus selama 20 minit menggunakan api sederhana. Siap 💓
Artikel Menarik: [Resipi CFS Mudah Cara Tasha Manshahar, Gigih Masak Untuk Muammar Tersayang!]
#Jika anda mahu mencuba resipi ini untuk bayi anda, tidak perlu diletakkan gula. Untuk rasa manis semula jadi, boleh tambahkan puri kurma. Jangan gunakan terlalu banyak, anda hanya perlu agak-agak saja. Jika terlalu banyak, akan mempengaruhi rasa apam pisang ini.
#Resipi ini sesuai untuk bayi yang berusia 9 bulan ke atas dan tidak mempunyai alergi terhadap telur.
#Sekiranya anda mahu makan apam pisang ini, boleh buatkan dua adunan. Asingkan yang bergula untuk anda dan untuk bayi bolehlah gunakan puri kurma. Selamat mencuba!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI