Bagi yang pernah mencuba ayam Domino’s pasti tahu keenakan hidangan tersebut. Sesiapa yang teringin ayam Dominos bolehlah mencuba resipi yang dikongsi oleh Puan Fiza ini.
Cara penyediaanya sangat mudah dan bahan-bahan yang digunakan juga boleh didapati di dapur rumah sahaja. Ikuti resipi ini.
Ayam Panggang Ala Dominos
Ads
Sekilo drumstik yang kecik tu yer…kalau ikut resepi asal guna sekor ayam..cuci bersih..toskan.
Bahan-Bahan;
Ads
120g sos cili
120g sos tomato
120g sos tiram (yang ni saje-saje makcik tambah)
2sb madu (yang ni pon makcik tambah)
2sb gula
1sb garam
1sb serbuk cili
2sb lada hitam
2ulas bawang putih di tumbuk lumat
60g butter
Cara Penyediaan;
-Masak kesemua bahan sampai butter cair
-Sejukkan
-Lumur pada ayam dan letak sedikit minyak
-Perap (lagi lama lagi sedap)
-Bakar suhu 180°-200° ikut oven masing-masing qpi atas bawah…
-30-40 min (ikutlah nak garing mane yer..jangan rentong sudah😅)
Kuih koci mungkin sudah sebati dengan kehidupan kita. Namun kuih yang satu ini sedikit berbeza. Hampir sama dengan kuih koci, namun kuih permata zamrud yang cantik ini rasanya sedikit berbeza. Lebih manis dan berlemak.
Resipi yang dikongsikan oleh Farisha Sofea ini nampak mudah hendak disediakan. Rasanya lembut dan berlemak. Jom cuba!
Kuih permata zamrud merupakan sejenis kuih yang enak dan mempunyai rasa lemak manis seperti kuih koci. Seperti namanya , kuih ini juga comel dan cantik tetapi warnanya tidak sama dengan kuih koci.
Terdapat dua bahagian pada kuih ini iaitu bahagian berwarna hijau dan putih. Bahagian berwarna hijau diperbuat daripada tepung pulut dengan inti kelapa. Manakala bahagian luarnya pula yang berwarna putih merupakan campuran daripada santan pekat , tepung beras serta sedikit tepung gandum dan tepung jagung.
Bahan A :
2 cawan tepung pulut
3/4 cawan air pandan
sedikit pewarna hijau
Bahan B :
2 cawan santan pekat
1/2 cawan tepung beras
2 sb tepung jagung
2 sb tepung gandum
1/2 sk garam
Bahan Inti Kelapa :
1 cawan gula merah
sedikit gula pasir ( optional )
1/4 cawan air
1 helai daun pandan
2 cawan kelapa parut
2 sb tepung jagung
Untuk membuat inti, cairkan gula merah bersama air dan daun pandan di atas kuali. Kacau sebati sehingga gula hancur ke semuanya. Masukkan kelapa parut. Gaul sebati sehingga kering.
Masukkan tepung jagung, gaul rata. Tutupkan api. Tuangkan ke dalam bekas dan ketepikan seketika.
Untuk membuat doh pula, masukkan tepung pulut ke dalam bekas. Satukan pewarna hijau dan air pandan. Tuang sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh.
Bulat bulatkan doh kepada beberapa bahagian kecil, ketepikan.
Masukkan pula ke semua Bahan B ke dalam periuk. Kacau sehingga tiada adunan tepung yang berketul. Masak di atas dapur dengan api perlahan sehingga naik wap sahaja, ketepikan.
Sediakan acuan lompang , sapu sedikit minyak pada acuan. Ambil satu doh dan leperkan.
Masukkan inti kelapa dan tutupkan doh dengan kemas. Bulatkan semula doh dan masukkan ke dalam acuan. Ulang proses sehingga habis.
Tuangkan Bahan B tadi ke dalam acuan. Pastikan adunan santan tidak menutupi adunan doh. Susunkan di dalam pengukus.
Panaskan pengukus dan kukus selama 10 minit menggunakan api sederhana atau sehingga masak.
Sesekali tanpa nasi, mee menjadi pilihan yang cukup mengenyangkan. Bosan dengan mi goreng basah, apa kata kali ini kita cuba mee kuah udang pula untuk sekeluarga. Mak mentua pasti makan bertambah dan puji. Sedapnya bukan main.
Resepi Mee kuah udang menantu disayangi mak mertua.
Bahan-bahan:
1 peket mi kuning
Kulit/ kepala udang goreng -blend/tapis/simpan air udang
2 biji bawang -potong suka hati
4 ulas bawang putih
3-4 sudu cabai blend
6 sudu tomato sos
Sedikit sayur sawi
Sedikit udang kertas laut -ikut saiz
Fish cake (tak boh pun takpa)
Teloq ayam -rebus sehingga masak
Daun bawang, cabai hidup
Tumis bawang besar, bawang putih dan cili blend.
Dah pecah minyak masukkan air secukupnya.
Blend udang tadi, tambah air ikut suka nak cair atau pekat.
Masukkan tomato soup tadi. Bila mendidih, masukkan udang.
Masukkan sawi dan perasakan dengan garam dan perasa.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Waktu berpantang adalah waktu untuk ibu-ibu berehat setelah penat melahirkan bayi. Dalam tempoh berpantang, ibu-ibu hanya mahukan rehat yang cukup untuk memulihkan kembali badan dan juga tenaga.
Keadaan badan yang masih lemah membantutkan ibu-ibu untuk melakukan kerja berat seperti memasak, membasuh dan sebagainya lebih-lebih lagi bagi ibu-ibu yang mengambil keputusan untuk berpantang sendiri tanpa pertolongan daripada orang tua ataupun confinement lady.
Persediaan awal sebelum kelahiran boleh dibuat, seperti yang dikongsi oleh puan Azizan ini ketika dihubungi oleh pihak Pa&Ma, dia telah membuat persiapan apabila usia kandungan masuk 35 minggu dengan menyiapkan lauk-lauk berpantang bagi memudahkan urusan suaminya kerana dia bakal berpantang di rumah sendiri kali ini. Ikuti perkongsian ini.
Saya tengah menunggu hari nak melahirkan anak ke3 dan kalini berpantang sendiri. Alhamdulillah dah siap-siap masak lauk berpantang untuk di frozen kan… Masak untuk suami dan anak-anak juga.
Masa yang diambil dalam 5 hari jugak untuk saya siapkan semua menu .. Ada yang selang sehari … Bukan hari-hari masak. Dalam sehari saya larat masak 3 menu saja.
Total semua menu ada 10, setiap menu saya bahagikan dalam 2 bekas. Mudah bila nak berpantang nanti, boleh ambil sahaja bekas yang mahu dipanaskan nanti.
Hanya dalam RM260 sahaja termasuk kos bekas-bekas makanan tu yang diperlukan. Anak pertama dan ke-2 saya berpantang di rumah mak saya. Tapi husband yang akan buat semuanya sebelum pergi kerja termasuk masakan makanan berpantang tapi kalini saya berpantang sendiri, ada anak-anak lain jugak. Dari situ saya tefikir biar suami fokus dekat anak-anak yang lain selain uruskan hal rumah dan kerja-kerja dia jadi saya masakkan siap-siap untuk lauk berpantang nanti.
Saya tak nak husband lama-lama dekat dapur nanti, tambah dengan anak kecil yang lain jadi saya masak siap-siap dan frozen kan sahaja lauk-lauk ni. Nanti bila bersalin senang, suami tinggal panaskan, masak nasi dan makan dengan ulam-ulaman.
Saya mula masak lauk-lauk ni masuk kandungan 35minggu, bila dah masuk 35 minggu bila-bila masa sahaja akan bersalin jadi sesuai untuk masak lauk berpantang ni.
Beberapa resipi dikongsi disini bagi yang ingin mencuba, resipi ini sangat mudah disediakan, cepat dan bahan-bahan juga sangat simple. Selamat mencuba!
Resepi Air Asam
Bahan-Bahan:
Tomato di blend dengan air
Tomato di potong dadu
Garam
Gula
Bawang besar hiris-hiris dadu
Belacan kalau suka (saya tak letak)
Asam jawa sikit bagi masam-masam
Cara Penyediaan:
Campur semua bahan, gaul sampai sebati kemudian perasakan dengan garam dan gula untuk dapatkan rasa masam manis, masin sikit. Adjust ikut selera masing-masing. Siap!
Resipi Ayam Stim Halia
Bahan-Bahan:
Bawang putih di cincang
Halia di hiris
Kicap manis
Minyak bijan
Gula
Garam
Cara Penyediaan:
Gaul kesemua bahan dengan ayam. Perap selama satu jam, kemudian sedia untuk di masak secara stim. Siap!
***Memudahkan kerja suami jugak … tak payah lama-lama dekat dapur nak sediakan makanan 😊
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Hebatnya pengetua ini! Dalam 100 hari boleh cantikkan satu sekolah. Artikel lanjut di SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!