Bayi yang mula tumbuh gigi boleh makan makanan jejari (Finger Food) seperti biskut khas untuk bayi yang berumur 6 bulan keatas. Pada usia ini bayi sudah boleh makan sendiri. Tanda-tandanya ialah apabila bayi sudah mula memegang makananya sendiri.
Ibu-ibu pasti gembira tengok anak berselera bila tiba waktu makan kan? Jadi untuk memastikan makanan yang anak kita dapat sentiasa segar dan bersih, apa kata mama-mama cuba resipi di bawah. Mudah dan sangat comel.
Ads
Resipi Baby Cookies (Teething Biscuit first attempt)
– Pukul Unsalted butter sampai kembang – Masukkan puri kurma – Masukkan tepung gandum dan tepung jagung – Uli sampai doh tak melekat di tangan dan bentuklah mengikut cita rasa – Bakar pada suhu 170c selama 10-15 minit sampai keperangan
Seakan sudah menjadi lumrah bagi anak-anak kita, kepingan roti jarang dihabiskan dengan pantas. Sudahnya roti terbiar hingga hampir tamat tempohnya. Pastinya ia satu kerugiaan. Ada cara untuk menarik perhatian anak-anak kecil dengan kepingan roti ini.
Selain mengolah menjadi cucur atau apa jua resipi berasaskan roti, Roti Bakar 3 bahan ini antara resipi terlajak mudah yang boleh dicuba di rumah. Hanya sapukan dengan tiga bahan seperti biasa dan bakar. Habis licin anak-anak makan. Pasti!
Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Ziera Xiera ini. Super mudah!
Beli roti dari Ahad hari tu, tak ada sorang pun yang makan, pagi ni buat kan roti bakar. Aii licin pulak dia orang makan. Senang hati tengok roti dah habis.
Roti bakar * Potong kerak di bahagian tepi roti, kalau tak nak potong pun boleh ikut suka.
* Sapu kaya (tak kisah jenama apa) , jangan kedekut nak sapu lebih ya, ni yang buat sedap meleleh nanti seiring dengan cair butter tu.
* Pastikan buttercup (kalau nak lagi sedap guna lah pure butter yang mahal tu) dalam keadaan keras, potong sekeping-sekeping, kemudian potong kepada 3 bahagian, susun atas roti yang dah di sapu kaya tadi.
* Bakar dalam oven suhu 200c 10-15 minit. Ikut pada garing yang kita nak.
Siap!
EPISOD 8 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: SI CILIK BERJIWA BESAR
Setiap parents pasti menginginkan anak-anak yang berjiwa besar. Mempunyai semangat tolong-menolong, akhlak yang baik serta menghormati orang tua. Oleh itu, ibu dan ayah sendiri harus menunjukkan contoh terbaik untuk menjadi ikutan anak-anak. Mereka umpama kain putih, ibu ayahlah yang bertanggung jawab untuk ‘mencantikkan’ hiasannya.
Saksikan Episod ke 8, PA&MA Journey Bersama JoviaNina, setiap Rabu jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Cucur kembung viral ini bukan hanya menggunakan bahan yang ‘simple’ tetapi cara penyediaanya pun sangat mudah. Boleh cuba untuk makan petang bersama anak-anak kan. Dihidang pula bersama kuah kari, memang membangkitkan selera!
Resepi Cucur Kembung
Dapat juga resipi terbaik boleh buat memang sedap lembut je cucur ni walau makan esok pagi..
Bahan-bahan:
Tepung gandum
1 biji telur
Air panas yang mendidih
Cara Penyediaan: Kalau nak buat yang manis letak gula dan garam je sikit. Kalau nak cekodok berperisa boleh letak maggi cukup rasa, garam, udang, carrot, bawang kemudian blend je..
Gaul tepung dengan sebiji telur. Baru masuk air panas yang mendidih sikit-sikit biar tepung kembang. Boleh masuk bahan blend tu(Kalau nak berperisa). Adunan jangan lembik agak-agak boleh getel je.
Tip tak nak melekat, renjis air kat tangan dulu baru getel bulat-bulat.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila bayi mencecah umur 6 bulan, bayi sudah boleh diberikan oatmeal. Oatmeal bagus untuk bayi kerana dapat menguatkan fungsi otak, membantu pertumbuhan tulang, membantu pertumbuhan gigi, dan dapat melindungi jantung dan pembulu darah. Kalau ibu-ibu pening memikirkan resipi apa yang sesuai, boleh cuba 3 resipi oat ini.
Dapatkan promosi oat di sini. Gunakan kod promo untuk harga yang istimewa.
TEA TIME!
Muffin ni xde guna telur dan xde guna tepung. Tekstur yg terhasil adalah lembut luar dan dalamnya lembut serta lembab sbb kite guna rice & oats tanpa telur tanpa serbuk penaik. Jd xde la kot risau anak tecekik ke apa. Juz a simple muffin rekaan ibu kimi.
Sukatan dalam resepi ni boleh dpt +-14 ketoi muffin ketebalan 2inci diameter 6cm. Bole bahagi 2kalau nak buat sikit. Ni ibu makan sama ngan kimi so no hal la bnyk pun. Bole mkn pg petang.
Cara-cara 1. Toskan oat yg telah direndam semalaman terlebih dahulu. Tekan2 sikit bg air yg meresap dlm oat keluar. Kisar sedikit supaya tekstur oat sedikit hancur. 2. Cairkan butter dan masukkan puree epal. Api sederhana. Kacau sentiasa. Masak hingga caramelise. Ketepikan. 2. Campurkan oat bersama nasi lembik. 3. Masukkan puree kurma, pisang, applesauce dan serbuk kayu manis. Gaul sekata. 4. Panaskan over 200c terlebih dahulu. 5. Masukkan adunan ke dalam tray muffin yg telah di lenser mentega. Hiaskan dgn hirisan pisang dan oat yg berbaki (jika ada) 6. Bakar suhu 200c api bawah selama 35min. Api atas 5min. Siap.
Xpayah cucuk2 sbb mmg dlm nya lembab x kan kering
Menu oat yg ke 2: Menu ni sedap rasa mcm mkn nasi jugak. Creamy rasa die kimi suka betul. Laju je abis nya.
CHEESY PUMPKIN BROCCOLI OATMEAL (2x makan)
Bahan-bahan 3/4cup rolled oat -direndam semalaman bersama tepung dan lemon 1ulas bawang putih dicincang Pumpkin secukupnya – dadu Brokoli secukupnya – kukus dan cincang Cream cheese (atau cheddar) Hirisan isi ayam 1/4tsp serbuk kunyit *optional 1kiub stok ayam 1tsp Unsalted butter Air
Cara-cara 1. Toskan oat yg teelah direndam. 2. Cairkan UB dan tumis bawang putih hingga kekuningan. 3. Masukkan ayam, pumpkin, serbuk kunyit da stok ayam. 4. Tambahkan air dan masukkan oat. 5. Masak hingga semua bahan masak sekata (oat ayam dan pumpkin) 6. Apabila air hampir kering masukkan cheese dan brokoli. Gaul sekata hingga cheese cair sepenuhnya. Tutup api. Siap
DRAGON FRUIT OATS COOKIES
Bahan-bahan
3/4cup oat yg telah direndam
1 1/2cup tepung gandum
1tbsp tepung jagung
3/4cup puree dragon fruit
125gm unsalted butter
Cara-cara 1. Toskan oat dan tekan2 utk keluarkan air yg meresap. 2. Gaul sebati butter bersama puree dragon fruit dan oat. 3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Adunan memang lembik dan melekat sikit2 pd tangan. Jgn tambah tepung nnt biskut keras jgn slhkan sy! 4. Lenserkan loyang dgn butter. Dan jemput2kan adunan (mcm nak buat cekodok tu) atas loyang jarak2 kan sikit sbb nnt adunan akan merebak. Kalau xjarakkan nnt deorg kawen 5. Bakar pada suhu 200c selama 15min api atas bawah. (Pastikan oven da dipanaskan dulu ye). 6. Keluarkan dan sejukkan terlebih dahulu sebelum masuk dalam bekas kedap udara. Kalau masuk panas2 nnt cookies jd lempeng
Jom la makan cicah ngan susu sedappp..
Dapatkan promosi oat di sini. Gunakan kod promo untuk harga yang istimewa.
T. Vishakan mencipta rekod MBOR selepas berjaya menjawab 53 soalan sifir dalam masa satu minit. Ketahui kisah kanak-kanak berusia enam tahun yang memiliki bakat luar biasa dalam matematik.