Resipi bayi untuk usia enam bulan, menu sebulan mudahkan mama masak untuk si cilik. Bagi yang baru kali pertama bergelar ibu sudah pasti tiada pengalaman menyediakan makanan buat si comel.
Apabila bayi sudah mencapai usia enam bulan, bermula fasa peralihan untuk si kecil menikmati makanan. Ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian agar makanan si kecil sihat dan berkhasiat.
Resipi Bayi Usia Enam Bulan
Untuk makanan pertama bayi sebaik-baiknya dimasak sendiri menggunakan bahan segar menerusi cara pengolahan selamat. Sayur dan buah-buahan organik adalah pilihan terbaik kerana terhindar daripada risiko pencemaran.
Berikut dikongsikan menu mengikut hari untuk bayi enam bulan.
Mudahkan Mama Masak Untuk Si Cilik
Ads
Nutrisi yang diperlukan bayi pada usia enam bulan:
1. Protein
Ads
Protein membantu dalam memelihara dan memperbaiki jaringan tubuh pada bayi sehingga mengawal fungsi tubuh oleh enzim. Protein diperoleh dari ikan laut seperti ikan salmon, ayam dan daging.
2. Lemak
Lemak berfungsi sebagai sumber tenaga untuk bayi. Lemak yang diperoleh daripada ikan sangat baik untuk perkembangan bayi pada usia enam bulan.
3. Karbohidrat
Karbohidrat adalah sumber tenaga pertama yang diperlukan bagi bayi yang diperoleh daripada susu ibu. Bagi bayi enam bulan, jumlah karbohidrat yang diperlukan adalah 68.8 gram sehingga 89.4 gram. Karbohidrat boleh didapati daripada beras putih atau merah.
4. Vitamin dan mineral
Hampir semua vitamin diperlukan untuk tumbesaran bayi terutama pada usia enam bulan. Vitamin A, B, K, E, D dan vitamin C diperoleh daripada beberapa sayuran seperti bayam, labu, brokoli dan tomato. Sumber buah-buahan yang disarankan adalah mangga, pisang, oren, betik, avokado, pir dan epal.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Bukan semua anak-anak kita suka makan nasi. Ada juga anak-anak yang suka makan roti berbanding nasi. Makan roti kosong pun dah cukup sedap pada anak kita. Bagi mama yang mempunyai anak yang terlebih suka makan roti, apa kata kali ini mama tak payah beli. Kita cuba buat sendiri roti.
Roti Silang yang dikongsikan oleh Z-n Ucuk di facebooknya menerusi Happy Baby Food Malaysia ini nampak mudah kerana tidak menggunakan bahan yang banyak. Hanya tiga bahan sahaja. Uli doh seperti biasa dan kemudian silangkan atau buatlah ikut bentuk kesukaan anak-anak kita. Jom!
Hari ni try buat Roti Silang, untuk makan petang Nia. Mudah dan senang sebab guna tiga bahan saja.
Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil yis
1 sudu kecil minyak masak @ unsalted butter
Campurkan semua sekali bahan. Tambahkan air sikit. Uli adunan sampai jadi doh yang tak melekat di tangan. Biarkan sekejap dalam 15 minit.
Lepas 15 minit bolehlah start menyilang atau buatlah apa-apa bentuk yang anak-anak suka.
Dah siap, goreng. Hiasan tu just tabur susu tepung full cream je.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selain menyediakan menu utama seperti nasi, ketupat, rendang dan sate sempena jamuan Hari Raya, mesti kita tidak terlepas dengan menu pemanis mulut juga dijadikan hidangan untuk para tetamu. Paling mudah sekali untuk dihidangkan adalah agar-agar yang boleh dibuat dengan cepat! Jadi, ada tak resepi agar-agar yang menarik untuk dicuba?
Mestilah ada. Tak payah susah susah cari pemanis mulut di luar, anda boleh buat agar-agar ini sahaja dan pastinya akan dipuji oleh tetamu yang datang ke rumah. Juadah pencuci mulut yang begitu mudah untuk disediakan dan bahan-bahan mudah didapati.
Terbaik dihidangkan ketika sejuk, sungguh nyaman dan sedap. Cuma perlu diingat ketika merebus agar-agar api janganlah terlalu kuat kerana jika menggelegak di atas api yang terlalu kuat susu cari akan berketul-ketul dan teksturnya menjadi tidak cantik. Jom lihat resepi yang dikongsikan.
Resepi ini dikongsikan oleh Noor Fatin Hazwani di Kumpulan Facebook Masak Apa Hari Ni.
RESEPI AGAR- AGAR
Sumber foto: Facebook Noor Fatin Hazwani
Alhamdulillah Dengan jayanya siap agar- agar untuk jamuan raya suami tercinta jam 1.30 pagi. Yelah, dah ada baby kecil memang perlu tunggu baby tidur dulu.
Nah resipi, ni untuk 70 bekas ya.
Bahan- bahan: – 3 setengah bungkus agar- agar tali – Sukatan air ikut penyediaan pada plastic agar- agar – Gula batu ½ cawan – Susu cair 2 tin – Susu pekat 1 tin – Kek butter 200gram (kalau takde ganti dengan roti keping dalam 5 keping) – Pewarna ros dan hijau epal – Essence vanilla – Biji selasih
Sumber foto: Noor Fatin Hazwani
Cara- cara: Lapisan hijau: • Masak 1 bungkus agar- agar tali tu dengan sukatan air yang betul, gula batudan setengah tin susu pekat, kemudian masukkan kek butter @ roti 2- 3 keping (yang direndam dengan 1 tin susu cair) kemudian letak pewarna hijau dan layerkan dalam bekas pudding.
Lapisan putih: • Sambal tunggu lapisan hijau sedikit keras, buat lapisan putih ulangi langkah yang sama macam lapisan hijau. Cuma kali ini letak vanilla essence. Dan lapis dalam bekas.
Lapisan merah: • Masak agar- agar tali bersama gula batu dan kemudian letak pewarna rose, saya guna cordial rose. Yang ni tak perlu letak kek atau susu ya. Nak plain je. Lepastu masukkan biji selasih yang dah direndam air panas, kemudian lapis.
Untuk baby yang gemar menu western boleh guna pasta sauce. Macam-macam menu boleh buat dengan pasta sauce ni. Memudahkan kerja. boleh digunakan untuk pizza, cheezy wedges, potato loaded dan macam-macam lagi menu.
Beef bolognese sauce🍖
Tomato pes
Capcicum ( red) – kisar
Unsalted butter
Bawang holland
Bawang putih
Serbuk ayam
Daging kisar
Cara- caranya
✏️Tumiskan bawang putih dan bawang holland bersama unsalted butter sehingga naik bau
✏️Masukkan tomato pes dan capcicum, tambah air jika perlu
✏️ Masukkan daging kisar. Nak guna ayam pon blh. Biarkan sehingga daging masak
✏️Perasakan dengan serbuk ayam. Boleh add on herb. Dah siap!
Cara-caranya
✏️Panaskan unsalted butter dan kemudian masukkan puree jagung
✏️Masukkan full cream milk dan cream cheese, biarkan sehingga pekat
✏️Perasakan dengan serbuk ayam
✏️Dah siap.
Creamy pumpkin sauce
Puree labu
Unsalted butter
Full cream milk
Cream cheese
Serbuk ayam
Cara-caranya
✏️Panaskan unsalted butter dan kemudian masukkan puree labu
✏️Masukkan full cream milk dan cream cheese, biarkan sehingga pekat
✏️Perasakan dengan serbuk ayam
✏️Dah siap.
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.