Sesekali bertukar menu, anak-anak pasti keriangan. Menu bihun sup sentiasa jadi kegemaran anak-anak kita. Apa kata kali ini kita tambahkan sedikit bebola ayam bagi menambahkan lagi khasiat pada anak.

Resipi simple gabungan bihun sup dan bebola ayam ini memang sedap. Jom cuba resipi perkongsian Khairul Nisah. Memang sedap!

Resipi Bihun Sup Bebola Ayam Buat Anak Kenyang, Sedap Sungguh, Bahan Pun Simple!

 


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Harini Ajyad sarapan Bihun Sup dan lunch Soto Bebola Ayam.

BIHUN SUP.
Bahan 2 :
Bawang putih seulas*
Bawang merah sebiji*
Halia*
Bihun faiza direbus
Sawi dicelur
Daun sup
Telur
Carrot
Cfs
Sup bunjut
Serbuk ikan bilis homemade sesudu.

Resipi Bihun Sup Bebola Ayam Buat Anak Kenyang, Sedap Sungguh, Bahan Pun Simple!

Tumbuk bahan bertanda(*). Tumis bahan yang ditumbuk tadi.

IKLAN

Dah garing-garing masukkan air secawan besar. Masukkan sup bunjut, carrot, cfs dan serbuk ikan bilis. Tunggu mendidih.

Bila sudah mendidih bolehlah letak telur. Pastikan telur masak sempurna.
Dah masak boleh angkat.

Hidangkan bihun, tuang sup, hiaskan dengan sawi dan daun sup. Siap!

Resipi Bihun Sup Bebola Ayam Buat Anak Kenyang, Sedap Sungguh, Bahan Pun Simple!

BEBOLA AYAM VERSI AJYAD

IKLAN

Bahan-bahan:
Isi ayam 4 keping
Bawang merah sebiji
Bawang putih seulas
Carrot separuh batang
Sawi sehelai
Telur sebiji
Tepung jagung 2sudu
Tepung gandum unbleached 2sudu

Resipi Bihun Sup Bebola Ayam Buat Anak Kenyang, Sedap Sungguh, Bahan Pun Simple!

Satukan semua bahan dalam chopper. Kemudian chopped/blended semua bahan. Ketepikan dulu.

Panaskan seperiuk air. Dah mendidih masukkan bebola yang telah dibulatkan dengan tangan yang berminyak.
(Tangan mesti berminyak baru tak melekat).

IKLAN

Kemudian tunggu sampai bebola timbul. Dah timbul angkat.

Dah siap!

Menarik: Baru 1 Tahun 10 Bulan Dah Tak Pakai Pampers, Cara Ibu Ni Potty Train Anak Memang Sempoi

Resipi Bihun Sup Bebola Ayam Buat Anak Kenyang, Sedap Sungguh, Bahan Pun Simple!

Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.

Nak join? Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/bakat-cilik/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60179701167

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI