Bagi penggemar keju, biskut dengan gabungan keju pastinya biskut yang dicari-cari pada hari raya nanti. Resipi air tangan Azlina Ina ini wajib anda cuba.

Mana tidaknya, cheese Cheddarnya terasa cair di mulut sebaik gigitan pertama. Memang padu. Jadi mama wajib cuba pada anak-anak nanti.

Resipi Biskut Cheddar Cheese, Sekali Gigit Cair Dalam Mulut, Padunya!


Asalamualaikum, yang gemar cheese, yang teringin buat biskut ada rasa cheese mencair di mulut boleh cuba ya. Jomm cheddar cheese cookies.

Bahan-bahan:
3 ++cawan tepung gandum goreng tanpa minyak bagi ringan
1 cawan tepung jagung ayak dgn 1 sk baking powder+1 sb emplek
250g pure butter dan 1 sb shortening
125 g cream cheese tatura
1 cawan gula halus
2 biji kuning telor
1 sk asen vanilla
1/4 cawan susu tepung/serbuk badam
500g /2 block 250g cheddar parut untuk hiasan

Resipi Biskut Cheddar Cheese, Sekali Gigit Cair Dalam Mulut, Padunya!

IKLAN

Langkah 1
Tepung jagung, tepung gandum satu kan. Kacau rata.

Langkah 2
Mix kan butter, gula dan shortening sehingga sebati tapi tak perlu kembang.

Masukkan cream cheese, esen vanilla & kuning telur. Putar lagi bagi sampai elok sebati, kemudian masukkan tepung sikit demi sikit sambil tangan gaul-gaul sebati sekejap.

IKLAN

Resipi Biskut Cheddar Cheese, Sekali Gigit Cair Dalam Mulut, Padunya!

Kemudian dah rasa nak jadi doh uli sehingga doh tak melekat pada tangan. Tepung tambah ikut keperluan kalau doh lembut sangat. Tambah lagi sikit tepung ya.

Resipi Biskut Cheddar Cheese, Sekali Gigit Cair Dalam Mulut, Padunya!

IKLAN

Rehatkan doh dalam 15-20 minit, pastikan bekas bertutup ya. Kemudian gelek kan doh tebal ikut la korang rasa sesuai. Potong2-potongkan dia memanjang, sapu telur kuning atasnya dan tabur cheddar yang di parut tadi.

Resipi Biskut Cheddar Cheese, Sekali Gigit Cair Dalam Mulut, Padunya!

Panaskn oven, bakar pd suhu 170-30 minit ikut oven masing-masing. Kalau tak cukup masak tambah masa, biar brown sikit bawah baru rangup.

Menarik: Brownies Raya 5 Bahan, Guna Sukatan Cawan, Gerenti Dapat Kedut Atasnya

https://www.youtube.com/watch?v=5qT-eibZakY&list=PLUcB90SvZ16twU9NmZBQHAPc2uyKx20vG&index=10

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI