Sebut sahaja coklat chip, anak mesti berebut-rebut nak makan. Nak tak nak, mama kenalah buat sendiri dari menempah dari orang lain. Tak susah pun nak buat biskut coklat chip kegemaran ramai ini. Hanya gaulkan sahaja dan bakar.

Jom cuba resipi simple lagi mudah yang dikongsikan oleh Rosmaliza Omar. Jom cuba!

Resipi Biskut Coklat Chip Ala Famous Amos Paling Senang, Kacau Terus Bakar!


Sementara tunggu waktu berbuka share dulu resepi BISKUT CHOC CHIP ALA FAMOUS AMOS yang saya buat semalam. Sedap dan paling best bau dia semerbak satu rumah.

BISKUT CHOC CHIP ALA FAMOUS AMOS

Bahan² A
250 gm butter
1 1/4 cawan sugar perang
1 sdk esen vanila
1 biji telur

Bahan² B
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 sdk baking powder
1 sdk soda bikarbonat
6 sdb minyak masak/ minyak jagung
*2 cawan cip coklat (masukkan akhir sekali)

IKLAN

Resipi Biskut Coklat Chip Ala Famous Amos Paling Senang, Kacau Terus Bakar!

1. Satukan semua bahan-bahan A dan kacau sebati. Rata saja.

2. Bila bahan A dah sebati/rata masukkan pula bahan B dan kacau rata semua bahan di atas kecuali cip coklat. Bila dah sebati, baru tambahkan pula 2 cawan cip coklat.

3. Bila dah sebati, masukkan adunan ke dalam peti sejuk selama setengah jam.

4. Keluarkan adunan dan sudukan atas loyang pembakar. Adunannya memang lembik sikit.

IKLAN

Resipi Biskut Coklat Chip Ala Famous Amos Paling Senang, Kacau Terus Bakar!

5. Jarakkan adunan semasa membakar sebab biskut akan mengembang.

6. Bakar selama 20 minit suhu 150ç api atas bawah.

Selamat mencuba gerenti puas hati!

IKLAN

Menarik: Cair Hati Dah Pandai Sebut Mommy, Comel Sebut Penuh, Fazura Teruja Anak Dah Pandai Sebut Mommy

Resipi Biskut Coklat Chip Ala Famous Amos Paling Senang, Kacau Terus Bakar!

Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/

Resipi Biskut Coklat Chip Ala Famous Amos Paling Senang, Kacau Terus Bakar!

Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI