Resipi biskut telur, menu kudap-kudap waktu petang untuk anak-anak. Sememangnya biskut kering menjadi pilihan kudapan yang cukup popular dalam kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.

Enak dinikmati bila-bila masa sama ada untuk sarapan pagi, minum petang dan minum malam, biskut kering sering dihidangkan bersama kopi dan teh ‘O’ panas. Pendek kata biskut kering sangat sesuai dijadikan makanan untuk mengalas perut sebelum waktu makan utama.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Adizul Semerbak berkongsi menu biskut telur. Mungkin ramai tidak menyangka biskut kering yang biasa dicicah bersama kopi dan teh ini boleh dijadikan satu menu yang cukup unik.

Menurut AdiZul, hidangan tersebut enak dinikmati begitu sahaja tanpa perlu dimakan bersama nasi atau roti. Biskut telur ini sangat sedap dimakan ketika masih panas.

Berikut resipi biskut telur seperti yang dikongsikan oleh Adizul Semerbak

BAHAN-BAHAN:

10 biji telur
1/2 kg biskut petak kecil
Bawang besar/bawang merah
Cili hijau/merah
Sedikit garam
4 sudu makan minyak masak
Sedikit marjerin

IKLAN

LANGKAH DEMI LANGKAH:

1. Hiris bawang dan cili.

Resipi Biskut Telur, Menu Kudap-kudap Waktu Petang Untuk Anak-anak

2. Pukul telur dalam mangkuk. Masukkan sedikit garam. Campurkan dengan bawang dan cili yang telah dihiris tadi.

3. Seterusnya masukkan biskut, gaul-gaul dan biarkan seketika.

IKLAN

4. Panaskan kuali, masukkan minyak masak. Apabila minyak telah panas, kecilkan api dan masuk biskut tadi.

Resipi Biskut Telur, Menu Kudap-kudap Waktu Petang Untuk Anak-anak

5. Balik-balikkan supaya semua biskut masak sekata. Boleh juga tambah sedikit marjerin di dalam kuali semasa membalik-balikkan biskut. Siap untuk dihidangkan.

Resipi Biskut Telur, Menu Kudap-kudap Waktu Petang Untuk Anak-anak

IKLAN

Ada warga maya memaklumkan bahawa ibu bapanya biasa memasak menu itu untuk dinikmati seisi keluarga. Rupa-rupanya ramai juga warga maya yang pernah makan menu istimewa berasaskan biskut kering ini.

Sumber: Adizul Semerbak ( Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official)

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI