Bosan dengan sayur yang direbus setiap hari, apa kata ubah selera berpantang dengan resipi yang cukup istimewa untuk diri sendiri. Blackpaper Roasted Salmon atau Salmon Panggang Lada Hitam ini antara menu istimewa untuk anda yang berpantang. Bukan hanya berpantang, bagi ibu yang sedang berdiet pun amatlah sesuai.
Namun bagi yang berpantang, gantikanlah kentang dengan bawang putih goreng dan nasi panas yang pastinya membuatkan tubuh lebih hangat. Resipi ringkas tapi padu yang dikongsikan oleh Dapur Cheyah ini nampak cukup menarik. Jom cuba.
Haaa selalu dengar chicken roasted je kan kan. Pastu kalau sebut salmon mesti ramai yang grill grill aje. Kalini cheyah buat resepi paling senang atas muka bumi dan paling enak sekali. Jom terjah resepi.
Bahan-bahan
1 keping ikan salmon
1 sudu besar lada hitam
3 ulas bawang putih
1/2 biji carrot potong memanjang
2 biji ubi kentang potong empat
1/3 brokoli
Secubit garam
Ads
1. Tumbukkan bawang putih, lada hitam bersama garam. Tumbuk bagi lumat dan biji lada hitam hancur tak berketul.
2. Lumurkan pada ikan salmon. Lumur bagi sebati dan kedua belah kena serta perap selama 2 minit sahaja.
Ads
3. Taburkan bahan-bahan sayuran lain tu. Panaskan oven pada suhu 150 darjah celcius dengan api atas bawah.
Ads
4. Masukkan salmon kita tadi. Bakar selama 25 minit. Tak perlu terbalikkan dia. Biar je dia masak. Hihi
Gluten ialah protein yang terdapat di dalam tepung dan beberapa jenis gandum lain. Makanan yang disenaraikan sebagai “bebas gluten” adalah khusus untuk mereka yang tidak boleh menerima gluten.
Golongan yang tidak mempunyai toleransi terhadap gluten akan menghasilkan tindak balas imun yang tidak normal apabila gluten dicerna oleh badan.
Perkara yang paling biasa dialami oleh individu yang mempunyai ketidaktoleransian terhadap gluten adalah, penyakit seliak. Ia merupakan tindak balas negatif dalam sistem pencernaan akibat pengambilan gluten.
Bagi bayi yang mempunyai alahan terhadap gluten, mama boleh cuba resepi yang dikongsi oleh ibu ini. Selamat mencuba!
Antara menu #glutenfree untuk baby iffat.. orang kedah kan.. mami dia banyak jamu cucoq jela habuan snacking.
1. Finger food labu 2. Cekodok ubi kentang + ayam 3. Cek mek molek inti puree kurma 4. Cucoq badak ubi keledek tak dak inti 5. Lempeng pisang
Selamat mencuba. Semoga bermanfaat. Semoga baby kita semua terhindar dari segala penyakit yang berbahaya dan semoga immune baby kita kuat.
Resepi finger food labu manis:
Labu manis
Tepung beras
1. Kukus labu sampai lembut. Lenyekkan.
2. Biar labu sejuk baru masukkan tepung beras
3. Bentukkan finger food ikut bentuk yg diingini.
4. Goreng seperti biasa
Resepi Cekodok ubi kentang + ayam :
Ubi kentang
Unsalted butter ( ub )
Isi Ayam potong dadu
Mixed herb
Bunga kobis/brokoli
Carrot yg disagat
Tepung ubi/tepung beras
1. Kukus ubi kentang, isi ayam & bunga kobis sehingga lembut. saya kukus asing.
2. Lenyek ubi kentang semasa masih panas bersama UB. Sejukkan suhu bilik.
3. Isi ayam dah sejuk saya carikkan bagi lagi halus.. nak blend isi ayam tu pon boleh. Ada homemade stock ayam lagi bagus. Boleh skip rebus isi ayam.
4. Lenyek bunga kobis. Sejukkan suhu bilik.
5. Apabila semua dah sejuk. Satukan ke semua bahan ke dalam ubi kentang tadi trmasuk mixed herb dan tepung
6. Tepung agak² ja. Adunan jangan terlalu lembik. Jangan terlalu keras.
7. Bentukkan dan goreng. Kalau banyak boleh frozenkan.
Resepi cek mek molek inti kurma:
Ubi keledek ( ikut suka warna apa² pon )
Tepung beras
Puree kurma
1. Kukus ubi sampai lembut. Lenyekkan.
2. Biar ubi sejuk baru masukkan tepung beras
3. Bentukkan bulat² . Lenyekkan sedikit.
4. Masukkan puree kurma. Bentukkan seperti kuih cek mek molek.
5. Goreng seperti biasa.
Resepi cucur badak ubi keledek tiada inti:
Ubi keledek ( ikut suka warna apa² pon )
Tepung beras
1. Kukus ubi sampai lembut. Lenyekkan.
2. Biar ubi sejuk baru masukkan tepung beras
3. Bentukkan bulat² then leyekkan sedikit macam buat cucur badak.
4. Goreng seperti biasa.
Resepi Lempeng Pisang:
Pisang 2 biji
Minyak masak 1 sudu
Telur sebiji
Organic gluten free flour 2-3 sudu ( seperti dlm gambar last sekali ) boleh jgak nk guna tepung beras
1. Blend ke semua bahan sehingga sebati semua.
2. Kalau cayaq tambah tepung sikit lagi
3. Sapu pan dengan minyak dan Panaskan
4. Tuang adunan ke dlm pan.
5. Tunggu sehingga masak dua2 belah.
Lembut ja. Sedap pulak tu. rasa manis buah.. dah tak pyh nak tambah² gula. Kesihatan baby pon terpelihara.. inn shaa Allah.
Bukan hanya nak kenyangkan perut anak, bahkan seorang ibu akan berusaha untuk fikirkan pelbagai cara agar dapat tarik perhatian anak untuk makan. Asal sahaja anak suka makan satu-satu jenis makanan, ibu akan cuba usahakan sebaik mungkin. Bukan hanya makanan berat biasa, finger food atau jenis makanan berbentuk finger atau jejari dan bebola sememangnya sangat menarik perhatian anak-anak kita.
Inilah yang cuba dilakukan oleh ibu ini, Puan Sha Roziah Al Yahya yang menyediakan beberapa menu terbaik untuk anak kecilnya. Paling menarik bukan hanya nak kenyangkan perut anak sahaja bahkan kesemua menu ini disediakan khusus untuk mengajar anaknya memegang makanan.
Jadi pilihan terbaik adalah finger food, jenis jejari atau bebola kecil yang tak berbahaya. Pastinya homemade malah tersangatlah kreatif. Jom cuba!
Antara kudap kudapan untuk dik Hannan, ummi buat untuknya. Yang simple-simple je dan barang-barang yang ada di dapur. Aneka Finger Food dan kudap-kudapan ni lah ummi ajar dik Hannan memegang sendiri dan menyuap makanan di mulut dan menguyah.
Alhamdulillah sekarang dah pandai makan ayam goreng upin ipin dengan jayanya. Sekarang umur dah 13 bulan.
Tengah makan ayam upin ipin.
WEDGES MIX HERBS
Kentang potong-potong
Mix herbs untuk tabur kat atasnya
Tepung gandung/tepung jagung untuk salut sikit
Rebus kentang sampai separuh masak. Cuba cucuk dengan garpu, kalau dah boleh cucuk padamkan apinya.
Tapis dan bilas dengan air. Tabungkan sedikit tepung dan mix herbs.
Goreng sampai garing. Siap.
Untuk kudap-kudap dik Hannan petang ni. Ummi try gorengkan broccolo. Sampai berbunyi krup krap tu manja ummi ni makan. Macam biasa, dua-dua tangan nak pegang.
BROCOLI GORENG
Brokoli
Tepung gandung
Air
Bancuh tepung dengan air, tak pekat tak cair.
Celupkan brokoli yang dipotong tadi dalam bancuhan tepung ganding.
Goreng sampai garing. Siap dimakan.
Menariknya bukan gorengan sahaja, bubur pun ada nak ubah selera anak. Lempeng pun tak ketinggalan.
Bubur pasta sweet untuk dik Hannan. Walaupun simple je pasti ummi tak lepaskan peluang untuk merasak. Cara mudah ummi Hannan.
Rebus pasta dan sweet potato hingga lembut. Baru masukkan labu. Dah lembut semua baru masukkan santan.
Jangan lupa cuba kesemua resipi-resipi lain yang semuanya super kreatif untuk anak kecil yang baru nak pegang makanan. Gerenti anak suka. Siap mintak lagi dan lagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Herba dan rempah penambah perisa semula jadi untuk makanan bayi, mama boleh masukkan dalam masakan. Seperti yang kita ketahui, garam dan gula tidak disarankan untuk bayi di bawah 1 tahun.
Jadi bagaimana untuk menambahkan perisa dalam makanan anak? Idea ibu ini boleh anda gunakan. Puan Syida Dea Lurve’ A berkongsi 13 rempah dan herba yang digunakan dalam masakan anaknya.
Penambahan herba dan rempah menambah kesedapan masakan. Anak jarang sembelit. Mula gunakan dalam masakan anak semasa anak berusia 8 bulan.
Pati kurma digunakan untuk menambahkan rasa manis apabila anak berusia setahun ke atas. Manakala setelah anak 2 tahun barulah boleh diberikan garam.
Berikut ialah jenis-jenis rempah dan herba yang digunakan ibu ini dan kegunaannya.
Oregano ini sedap letak dalam aglio olio. Sesuai juga dimasukkan dalam egg muffin, carbonara, murtabak telur, fritters, daging perap. Semua sedap tapi jangan banyak.
Kalau nak bakar ayam, kentang, nak bagi warna merah-merah ala ayam goreng mamak, boleh gaul dengan parika ini. Rasa tak pedas langsung. Sedap pun sedap. Kalau anak sudah ‘lulus’ dengan capsicum baru boleh guna paprika.
Sesuai untuk membuat sos bolognese. Tabur mix herbs ini. Rasa dan baunya sangat sedap. Menyedapkan sup dalam pasta, dalam baked potato, masak lemak pun sedap. Wangi sahaja.
Sedap dan ada sikit rasa masin. Boleh menambah rasa dalam masakan. Kalau nak buat masak goreng-goreng kunyit, gaul lauk dengan bahan ini dan kunyit. Menyedapkan masakan dan bau yang menyelerakan. Boleh juga dimasukkan dalam masakan yang memerlukan bawang putih.
Tabur lepas pasta sudah siap ‘as garnish’. Boleh tabur atas telur, atas kentang putar, atas kuah-kuah pasta. Sedap dan wangi. Kalau jumpa yang segar lagi sedap tapi kalau tiada, yang ini pun sudah cukup baik.
Sesuai diletakkan dalam perapan atau apa-apa jenis masakan seperti sup, goreng-goreng sayur. Rasa sedap dan berangin.
Serbuk lada hitam ini bertindak sebagai immune booster. Kisar kering halus biji-biji ini. Setiap kali hendak digunakan, ambil hujung sudu masukkan. Letak dalam sup, marinate, goreng gorengan pun sedap. Letak sedikit sahaja, kalau terlalu banyak akan rasa pedas, anak tak suka.
Sesuai untuk masakan pastri. Rasanya semula jadi manis tapi tidaklah terlalu manis seperti gula. Boleh gaul dengan epal kemudian bakar, buat pie, tabur cinnamon dan tambah madu pun sedap. Boleh masukkan dalam pancake, muffin, tabur atas french toast, atau pastri. Sedap. Sweet and savoury.
Kalau masak sayur goreng boleh tambah. Titiskan sedikitkan minyak bijan (sesame oil) ini. Baunya ala makanan cina. Masuk dalam bubur pun bau sedap. Boleh guna untuk perapan. Bau masakan akan jadi semerbak.
Madu ini boleh dibeli di kedai makanan sunnah. Sesuai untuk anak-anak yang berusia 1 tahun ke atas.
Fungsi rempah ratus ini seperti cinnamon powder.
Lebih tertumpu pada masakan Itali seperti pasta atau pizza. Lebih kurang mix herbs tapi herba lain. Sedap dan wangi.
Ini jintan. Penambah rasa dalam masakan yang banyak juga gunanya. Selalunya dimasukkan dalam masakan bersama bawang putih. Sedap.
Pemanis yang paling banyak kegunannya dalam masakan. Gunakan sedikit sahaja. Boleh masukkan dalam masakan tom yam untuk seimbangkan rasa masam manis dan pedas seperti kari. Boleh juga dimasukkan dalam masakan seperti pancake, muffin dan juga biskut. Banyak gunanya ketika bayi berumur bawah setahun. Selepas umur anak setahun, boleh guna madu untuk natural sweet.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ekzema anak berkait dengan asma dan resdung ibu bapa melalui fenomena Atopic March, satu perjalanan alahan yang boleh bermula sejak bayi jika tidak dikawal awal.