Resipi Cheese Cake Raya Paling Mudah, 5 Bahan Je Dah Siap, Senang betul!

Share

Apa agaknya kek raya pilihan mama untuk keluarga tahun ini? Kek yang mudah dengan bahan yang ringkas sudah semestinya jadi pilihan.

Kek keju atau cheese cake lima bahan, perkongsian resipi @masakrumahlawa ini anda kena cuba. Padu betul!

Resipi cheesecake menggunakan air fryer. Standby raya. Menu cheesecake paling mudah. Cuma perlukan susu je. Sedap dan nampak cantik pulak tu.

Bahan-bahan:
2 biji telur
30gm gula
50gm tepung jagung
500gm susu segar
2 keping cheese

Kacau telur, gula, tepung jagung dan susu segar atas api yang kecil.

Menarik: Resepi Agar-Agar Pandan Kelapa, Guna Sukatan Mudah, Sedap Makan Sejuk-Sejuk!

Mudah Sangat Buat Bebola Coklat Ni, Hanya Kisar Biskut Marie, Tak Bakar Pun!

Resipi Kuih Sagupal Kegemaran Orang Pantai Timur, Sedap Berlemak, Nak Buat Pun Senang!

Bila dah panas masukkan dua keping cheese.

Sambung kacau lagi tanpa henti sampai jadi tekstur macam dalam gambar.

Tuangkan ke dalam acuan. Ratakan.

Masukkan dalam peti ais selama 3 jam.

Selepas tiga jam, potong kepada bahagian yang kecil. Sapukan telur kuning di atasnya.

Bakar menggunakan air fryer dengan suhu 180 C selama 15 minit atau sampai kekuningan di atasnya.

Siap untuk dihidang.

 

@masakrumahlawa Resepi cheesecake menggunakan air fryer 😍❤️ standby rayaaa #masakdirumah #resepitiktok #resepisimple #foodiemy #resepiniaga #cheesecake #resepiairfryer ♬ Pejam Celik Hari Raya – Iman Troye

Menarik: Makan Bulan Nak Jadi Best Friend Balik” Sebaknya Tengok Anak Awal Ashaari Lepas Rindu!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Pa&Ma

IKLAN