Sedar tak sedar, kita dah tiba ke penghujung Ramadan. Kalau tak ada aral melintang, kemungkinan esok seluruh umat Islam akan menyambut hari pertama Syawal. Selepas sebulan berpuasa, pada hari raya inilah kita akan ‘all out’ memasak hidangan teristimewa untuk keluarga. Selain rendang atau masak lodeh, menu lain yang menjadi kegemaran ramai adalah daging dendeng.
Sedap berlemak, kalau diletakkan cili akan terasa pedasnya. Dipadankan dengan lemang, ketupat ataupun nasi berperisa seperti nasi minyak atau nasi beriani memang mengena sungguh! Mungkin ramai yang fikir susah nak masak daging dendeng ni, tapi sebenarnya tak rumit pun. Bahan-bahan pun mudah nak cari.
Menerusi posting di laman Facebook Share Masakan Beraneka Resepi, Sarah Aleya berkongsi resipi daging dendeng yang mudah untuk dibuat sendiri yang dikreditkan ke akaun Cik Puan Julieta. Semua bahan rencah tidak perlu dikisar, cukup dihiris sahaja.
Ads
RESEPI DAGING DENDENG SEDAP
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg daging – potong nipis
BAHAN A:
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Ads
BAHAN B:
2 batang serai
3 helai daun limau purut
Kulit kayu manis & bunga lawang
1 senduk cili kisar
1/2 cawan kicap kipas udang
Sedikit air asam jawa & air rebusan daging
Ads
CARA MEMASAK:
1. Sediakan semua bahan-bahan dan bahan A dimayang halus. Ketepikan.
2. Daging dipotong nipis kemudian direbus hingga lembut.
3. Kemudian ambil anak lesung, tumbuk kepingan daging satu persatu.
4. Panaskan minyak masak dan goreng kepingan daging yang ditumbuk tadi. Jangan goreng terlalu lama kerana daging akan menjadi keras. Setelah siap digoreng, ketepikan.
5. Seterusnya tumis bahan A sampai kekuningan atau hingga garing kemudian angkat.
6. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bahan B pula. Pertama sekali masukkan serai, bunga lawang dan kulit kayu manis.
7. Bila sudah wangi, masukkan cili kisar dan sedikit air rebusan daging. Masak sampai terbit minyak.
8. Kemudian barulah dimasukkan kicap, air asam jawa, kepingan daging, gula & garam secukup rasa.
9. Akhir sekali masukkan bahan-bahan A yang digoreng tadi. Kacau sebati dan angkat. Sedia untuk dinikmati.
Selepas hari raya ini, menu ringkas seperti ikan goreng dan bilis sememangnya yang dicari-cari. Tak mahu ayam dan daging, apa kata kita cuba resipi ringkas Ikan Talapia ini.
Nak buat macam mana? Resipi ringkas perkongsian superdaddy, Khairul Abdullah iaitu Ikan Talapia Goreng Sambal Bendi ini kena cuba. Sedap terlebih!
Ikan Talapia Sambal Bendi gittuhh. Ikan garing rangup bersambal ni memang feveret semua orang kan? Aku pulak jenis campak sayur sekali dalam tu. Sekali harung senang. Lauk dan sayur siap sekali. Nak buat pun mudah aihh.
Bahan-bahan nak kena ada:
1 ekor ikan talapia/siakap, letak garam kunyit.
5-8 bendi, dicelur dulu dan baru potong serong.
3 sudu cili kisar
3 ulas bawang putih dikisar
2 ulas bawang merah dikisar
½ biji bawang besar dikisar
½ biji bawang besar dipotong bulat
2 sudu gula melaka
1 sudu kecil pes asam jawa
Garam secukup rasa
1. Goreng ikan sampai garing dan ketepikan.
2. Tumis cili kisar dan semua bahan kisar sampai garing dan harum pastu masukkan pes asam jawa dan gula melaka.
3. Dah pecah minyak elok masukkan bawang dan bendi. Kacau sekejap jer terus tutup api. Tuangkan atas ikan tadi.
Sesekali layan scone bersama anak-anak memang seronok. Tak perlu beli, apa kata kali ini kita hasilkan sendiri scone untuk sekeluarga.
Paling menarik pastinya cukup mudah, hanya gunakan tiga bahan saja. Memang simple dan sedap. Jom cuba resipi perkongsian Mell Abd Rahman ini.
Tak payah pergi Cameron Highlands dah, orang Aloq Pongsu (kampung saya) pun boleh makan dah aih. Hebat tak sangga la makan scone oi.
Kalau beli seketoi RM4. Buat sendiri bahan tak sampai RM10. Saya nak share scones cuma menggunakan 3 bahan yang sangat-sangat senang dan mudah.
(Tapi ini versi tawar sebab kita akan makan dengan strawberry jam yang dah manis. So saya tak pakai gula. Lagipun saya sendiri dah manis.
OPTIONAL: Boleh pakai sedikit essen vanilla, sedikit gula castor dan sedikit garam (tapi untuk yang kali ini saya tak pakai)
Bahan-bahan seperti yang tertera: Jangan tiru jenama tu ye mak, sebab saya di Australia. Jenuh pulak nak pusing tesco nanti.
2 1/2 cawan tepung naik sendiri 1 cawan susu segar 130g (lebih kurang 1/2 cawan) butter
Saya ayak sikit tepung tu biar dapat tekstur gebu gebas dan kenalkan dengan butter. Gaul-gaulkan biar sampai jadi seperti serbuk roti. Seroi kata orang utara.
Lepas tu kita basahkan dengan secawan susu segar. Gaul chill-chill je tak payah uli ye.
(masa ni kalau yang suka manis tambah gula sedikit, essen vanilla dan garam. Ini optional saja ya)
Lepas tu ulilah sekejap sampai jadi doh. Rehatkan doh sekejap, dalam 10 minit.
Lapik baking paper atas dulang pembakar supaya tidak melekat. Kalau tak ada, sapu saja pakai butter sikit.
Kita leperkan sikit (tak perlu pakai roller) dan tekup bulat-bulat. Saya pakai acuan kecil konon-konon nak nampak comel.
Susunlah cantik-cantik atas dulang pembakar.
Ini juga optional. Saya suka permukaan scone nampak garing. So saya guna telur dan sedikir susu. Kacau sebati dan sapu atas scone.
Begini hasilnya (ini nak masuk 2nd bake, sebab tu paper tu dah ada kesan. Yang 1st tadi lupa nak snap).
Depend pada oven mak-mak ya. Kalau saya panas spa tu 250 degrees dan 15 minutes. (sebab saya suka garing. kalau taknak, kurangkan sikit suhu atau masa). Agak panas tapi cepat masak.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Asyik makan biskut dengan air milo je untuk kudapan dalam pantang, jemu tau. Para ibu berpantang pun nak makan lain daripada yang lain dan sedap juga. Apa kata para suami buatkan isteri berpantang potato garlic. Senang sangat resipinya. Bagus juga untuk kesihatan ibu atau isteri berpantang.
Kentang mempunyai banyak khasiat yang berguna untuk tubuh badan. Kentang Sebagai penawar racun berlebihan yg semulajadi. Kentang membantu pertumbuhan bakteria dalam saluran pencernaan tubuh. Kandungan garam alkali menjadikan kentang sebagai salah satu makanan yang dapat menjaga kadar alkali dalam tubuh.
Kentang mempunyai khasiat potassium, vitamin C (sumber kedua selepas oren), membekalkan karbohidrat kompleks dan fiber atau gentian kepada gula darah dan pengawalan tekanan darah. Ia juga mengandungi vitamin B1, B2 dan B3 serta sedikit kandungan protein dan zat besi.
Kandungan potassium yang tinggi dalam kentang mampu mengurangkan risiko hipertensi, strok, melindungi jantung dan menolong transmisi pusat saraf serta melawan dinyah hidrat. Ubi kentang mempunyai indeks kekenyangan yang tinggi. Jadi memakan kentang boleh memberikan rasa kenyang yang lebih lama.
Jom lihat resepi potato garlic yang dikongsikan. Resepi ini dikongsikan oleh Aizah Zarirah di dalam Kumpulan Facebook Resepi Ibu Berpantang.
RESEPI POTATO GARLIC
Bahan- bahan: – 300gram kentang dikupas, dipotong dadu dan digoreng dahulu. – Minyak/ olive oil/ magerin – ½ bawang holland, potong ikut selera – 5 – 6 ulas bawang putih, hiris tipis – Garam (sesuaikan) – ¼ sudu kecil lada hitam (boleh diganti oregano + basil) – ½ sudu the parsley kering.
Cara- cara: 1. Tumis bawang holland dan bawang putih dengan margerin sampai harum. 2. Masukkan gentang goreng, kacau hingga sebati. 3. Tambahkan garam, lada hitam dan Italian mix herbs. 4. Kacau sebati dan check rasa dahulu. 5. Tabur dengan parsley kering atau nak lagi sedap boleh je tabur sikit keju parmesan. Tapi untuk yang on diet elak lah.
Mudah sahaja resepi yang dikongsikan. boleh buat untuk kudapan waktu petang. Anak dan suami pun boleh join makan sekali tau. Sedap dan berkhasiat. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!