Resipi Donat Rainbow Viral, Biar Perap Lama-Lama, Baru Comel Kembangnya!

Share

Melihat hasil donat orang lain yang kembang, bulat dan cantik mula rasa tertanya-tanya bagaimana tip untuk menjadikan donat cantik sebegitu.

Perkongsian tip ringkas oleh Che Azawimie Che Zahari yang menghasilkan donat pelangi ini anda kena cuba. Patutlah donat jadi kembang elok.


Rainbow Doughnuts. Berjam-jam buatnya. Makan sekejap je.

Resepi Rainbow Doughnuts.

Bahan-bahan:
1kg Tepung gandum @ tepung roti
1 paket kecik yis
1 sudu besor shortening
1 sudu teh gula
1 sudu teh garam
1 sudu teh k-fine @ pelembut roti.
Susu uht secukupnya
Perisa & pewarna

Mudah bangett. Campur semua bahan-bahan kering, masuk dalam mixer. Uli lah sampai jadi doh.

Susu tu masuk sikit-sikit je. Kalau rasa doh tak lekat kat tangan tu kira ok lah.

Bahagikan empat bahagian. Warnakan dan perisakan setiap bahagian.

Pastu roll satu per satu bahagian. Susun ikut warna pelangi. Roll lagi kasi nipis anggaran 2cm & terap je.

MENARIK:

Rezeki Terindah Dulu Ibu Sarat Bawa Perut Kini Bayi Kembar 3 Selamat Dilahirkan!

Suami Nakkan Yang Terbaik, Bukan Dayus, Suami Berkorban Lebih Dari Mampu Untuk Persiapan Isteri Bersalin!

Tak Berbaloi Stress Melampau, Rutin Simple Ni Buat Emosi Ibu Lebih Baik, Ubahlah!

Lepas terap tu baru la rehat bagi kembang elok.

Anggaran 2 jam gitu lah, baru comel kembangnya.

Pastu goreng la, minyak jangan panas sangat. Goreng tu kacau-kacau selalu, jangan tinggal macam goreng ikan. Kang hangit pulok.

Pastu gaul dalam gula kastor ye. Gaul masa panas-panas, jangan sejuk. Kang dok lekat gula tu.

Hujan-hujan ni memang jadi sangat la tapi gok kena sabor lah sebab doh lambat kembang kalau sejuk-sejuk ni.

Selamat mencuba lah ye.

Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.

Klik DAFTAR segera di https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

IKLAN