Cuti sempena Hari Malaysia ini apa kata kita cuba sediakan satu menu special untuk keluarga. Ikan Bakar Portugis ini antara yang boleh dicuba oleh mama. Paling menarik, resipi ini juga paling selamat untuk ibu yang sedang berdiet kerana ia tidak ditumis, hanya dikisar kesemua bahan dan dibakar hingga masak. Mudah.

Resipi yang dikongsikan oleh Dapur Cheyah ini cukup istimewa kerana ia menggunakan gabungan bahan perapan yang digunakan cukup menarik. Penambahan bunga kantan misalnya buat ikan bakar lebih sedap. Nak tahu macam mana rasanya jom lah kita cuba!


RESEPI IKAN BAKAR PORTUGIS SESUAI UNTUK ORANG DIET

Korang pun tahu cheyah punya resepi opkoslah mudah dan cepat. Paling penting is so sedapppp. Harini cheyah nak share resepi ikan bakar Portugis. Resepi ni bagi cheyah sangat sesuai untuk orang diet yang teringin nak makan bersambal. Sebab apa? Sebab ia tak tumis pun. Terus blander dan bakar je.

Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap
2 sudu besar cili kisar
3 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1 biji bunga kantan
2 batang serai
Hiasan tomato dan bendi
Garam dan gula secukup rasa
Daun pisang untuk lapik.
Sedikit minyak

IKLAN

1. Satukan semua bahan bahan di dalam blander. Kisar halus dan tambahkan garam serta gula. Kisar sebati.

2. Ambil daun pisang, lumurkan dengan sedikit minyak. Ikan siakap pula lumurkan dengan sedikit garam jika suka.

4. Masukkan bahan kisar atas ikan. Taburkan bahan hiasan dan bakar. Bakar sehingga ia masak. Settle.

Mudah bukan? Makan pun sedap. Cheyah ratah begitu saja. Rasa pedas, rempah, masin manis secukup rasa. Trylah. 🤗


EPISOD 4 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA : Persiapan Anak Terus Melawan Covid

Pandemik yang melanda dunia pada ketika ini amat membimbangkan ib ayah. Apatah lagi apabila anak-anak harus ke sekolah dan bergauk dengan kawan-kawan seperti biasa. Jadi apakah persiapan yang perlu ibuayah sediakan untuk anak-anak bagi melawan covid-19 ini?

Saksikan Episod ke 4, Journey Bersama Jovianina pada 16 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.

#PaMaJourneyBersamaJovianNina
#AstroRIA
#MajalahPAMA

Nak macam-macam info? Jom join channel Pa&Ma D Parents Channel https://t.me/pamadparents

Baca: Jangan Paksa Anak Tak Mahu Makan Ada Tipsnya Isteri Hafizul Kamal Kongsi Tips Baby Mudah Makan!