Resipi Koktail Buah Padu, Sukatan Banyak Untuk Anak Ramai, Puas Anak Makan!

Share

Jika membeli sebekas koktail buah, berebut-rebut anak makan. Memang tak pernah cukup bila dikongsi bersama. Apa kata kali ini kita sediakan sendiri di rumah dan mewahkan koktail dengan buah-buahan.

Tak perlu berebut, buat sekali banyak seperti resipi yang dikongsikan oleh Pn Zuraida ini. Baru puas anak makan.

Jom buat koktail buah.

Untuk kuah koktail:
1 liter susu full cream
1 tin susu sejat
3/4 tin susu pekat (ikut sendiri nak lebih @ kurang)
1/2 cawan non dairy Whipping (nak pakai brand apa pun boleh)
Secubit garam

Buah (ikut suka hati nk pakai buah apa)
Buah naga
Buah mempelam
Buah kiwi
Buah plum
Buah blueberry
Buah anggur merah
Buah anggur hijau
Buah anggur hitam
Buah mata kucing
Buah delima
Buah strawberi

MENARIK:

Rezeki Terindah Dulu Ibu Sarat Bawa Perut Kini Bayi Kembar 3 Selamat Dilahirkan!

Nampak Doktor Sambut Anak Kami, Sheryl Shazwanie Selamat Bersalin, Pengalaman Berharga Buat Azzam Sham

Tak Berbaloi Stress Melampau, Rutin Simple Ni Buat Emosi Ibu Lebih Baik, Ubahlah!

*Satukan semua bahan buah koktail dan kacau sampai sebati.

(Contoh ada gambar d bawah)

Sukatan ni banyak, sesuai majlis ka, anak ramai ka. Kalau nak buat sikit kurangkan sukatan.

Resepi halal dunia akhirat. Alhamdulillah.

Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.

Klik DAFTAR segera di https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Pa&Ma

 

IKLAN