Masakan telur bumbu kuning pedas ini berasal dari Indonesia dan seperti yang kita ketahui, makanan yang berasal dari seberang biasanya cukup dengan rasa pedas. Sudah pasti masakan yang pedas dari seberang ini sangat disukai oleh rakyat Malaysia.

BACA: Penting Ibu Ayah Tahu! Ada Tak Protein Susu A2^ Dalam Susu Formula Anak Anda? 

Saya first time masak resepi ni. Ambil dalam group ni jugak. Sedap sangat. Kuah pun pekat Terima kasih owner punya resepi. Saya copy paste resepi balik ye 🤗

RESEPI TELUR BUMBU KUNING PEDAS(INDONESIA)

Resipi Mudah Telur Bumbu Kuning Pedas Indonesia. Sedap Sangat, Rugi Tak Cuba!

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

Telur 8 biji ( direbus dan dibuang kulit )
Serai 1 batang ( dititik )
Cili padi hijau 10 batang
Lengkuas 3 cm dihiris
Tomato ( dibelah )
2 helai Daun limau purut ( dihiris )
1 helai Daun kunyit ( dihiris )
Santan fresh 700ml
Serbuk perasa
Garam
1-1½ cawan minyak
Bawang besar 1-2 biji ✨
Bawang putih 4 ulas ✨
Halia 3cm ✨
Kunyit hidup 3cm✨
Cili hijau 3 batang ✨
Cili padi hijau 10 batang ✨
Cili kering 7-10batang ✨

P/S = • Gunting cili kering dan rebuskan sehingga lembut . Toskan airnya dan bilas cili kering yang telah direbus tadi .
• Kisarkan sekali dengan bahan yang bertanda ✨

CARA MEMASAK

IKLAN

1. Panaskan minyak untuk menggoreng telur . ( Pastikan minyak betul2 panas ) dan masukkan telur , Goreng sehingga 1-2 minit ,. ATAU kulit telur diluar sedikit garing . Angkat dan ketepikan .

2. Gunakan minyak yg sama , tumis bahan yg telah dikisar tadi sehingga pecah minyak dan sedikit kering .

3. Masukkan santan ( API perlahan ) dan Gaulkan Dan masak sehingga sedikit kering

4. Kemudian,Masukkan serai , lengkuas , cili padi hijau , tomato , daun limau purut dan daun kunyit . Kemudian Gaulkan sehingga kering Dan pecah minyak

IKLAN

5. Masukkan garam dan serbuk perasa . Gaulkan rata

6. Masukkan telur yg telah digoreng tadi dan masakkan ia seketika

7. Angkat dan siap untuk dihidang

Kredit: Nurul Ateekah

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI