Nasi mentega, nasi beriani dan nasi ayam mungkin sudah menjadi kepakaran kita untuk memasak pada anak-anak dan suami. Apa kata kita ubah kelainan menyiapkan nasi kacang kuda pula untuk keluarga.
Resipi yang diilhamkan dari resipi Indo-Pakistani dengan Mediterrenean ini memang lain dari yang lain. Paling menarik hendak membuatnya cukup mudah, hanya campurkan sahaja semua bahan sekaligus. Senang.
Nasi kacang kuda/ chana pulao:
3 cawan beras (hari ini saya guna beras biasa, beras basmathi lebih cantik dan panjang
3 sudu teh minyak sapi
3 sudu teh garam/ secukup rasa
3 sudu teh biji jintan putih
1 helai daun bey
6 biji buah pelaga
6 sudu makan halia-bawang mesin
½ cawan susu sejat
1 tin 425 g kacang kuda (ambil dengan airnya sekali)
Air secukupnya supaya seinci dari permukaan semua bahan (kaedah yang diajar oleh Faiza)
Kaedah: Saya nak cepat jadi saya masukkan semua ke dalam periuk nasi elektrik, petik suis dan tekan butang ‘masak nasi’
Untuk ayam, saya guna 3 ketul sebelah paha ayam (chicken leg). Dengan menggunakan gunting/ pisau, buat potongan ugut/ acah-acah. Maksudnya potong tapi tak putus.
Saya guna 2 sudu makan za`atar, 1 labu bawang Holland dan 2 hiris lemon untuk perisakan ayam. Za`atar biasanya sudah ada rasa masin. Jika perlu, tambah garam.
Ads
Saya masak atas dapur gas menggunakan dulang pembakar yang dalam.
Guna dulang kedua sebagai penutup. Kalau tiada oven boleh juga gunakan kaedah ini. Bila ditutup, wap akan menyeluruh dan ayam masak sehingga tengah dan tiada darah. In shaa Allah. Gunakan api kecil.
Lepas separuh masa (~10 minit), renggangkan penutup. Masak selama ~5 minit lagi.
Buka penutup dan boleh nampak dah pecah minyak (tiada air lagi).
Ads
Kalih ayam dan biar bahagian satu lagi garing. Sekali-sekala siram minyak panas (baste) ke atas ayam.
Ayam siap. Garing dan berjus dengan bawang dab lemon garing.
Ads
Dengan minyak baki masak ayam, goreng cili muda (hijau) dan hirisan tomato (boleh juga belah dua sahaja jika mahu). Siap apabila melecur begini. Rasa cili dan tomato panggang begini ada sedap yang berbeza berbanding dengan rasa mentah atau rebus.
Semua ini siap dalam masa satu jam bermula dari siang ayam. Jemput cuba.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Daging mongolia antara menu yang sangat mudah disediakan. Bagi mama papa yang nak masak makanan berasaskan daging boleh cuba resipi daging mongolia yang dikongsi oleh Khairul Abdullah ini.
Balik tadi tengok ada daging dalam peti.
Okeh cun, kita masak Daging Mongolia. Sedap kau. Daging rangup dicampur pula rasa masin manis sos dia tu. Fuhhh bertambah. Macam biasa kejap lagi korang mintak resepi, so aku bagi siap-siap.
Nah resepi Daging Mongolia ala Superdaddy Khairul Abdullah.
Bahan untuk projek ini:
250gm daging.
½ cawan tepung jagung
¼ cawan minyak masak
½ cawan air.
7 ulas bawang putih,hiris nipis
2 inci halia, dimayang halus
5 sudu kicap tak kisah lah cair ke pekat ke
1 setengah sudu gula melaka, brown sugar pun boleh. White sugar pun oklah.
3 pokok daun bawang, dipotong 2 inci
Sedikit garam.
Cara melaksanakan projek ini:
1. Potong daging nipis-nipis, lawan urat tau. Lagi nipis lagi bagus. TIPS, masukkan dalam freezer bagi keras sikit so senang hiris nipis.Lepas tu gaulkan sedikit garam biar sekejap.
Lepas tu sadurkan daging dengan tepung jagung. TIPS, jangan campak terus semua dalam tepung atau campak tepung dalam daging. Kena ambik daging sekeping dua dan balik-balikkan atas tepung biar rata. Buat sampai habis dan ketepikan.
2. Panaskan minyak degan api sederhana dan goreng daging. Sebaiknya goreng sikit-sikit, kalau campak semua sekali nanti melekat dan tak cun. Goreng sampai garing keperangan tu. Angkat dan rasa satu rangup tak. Kalau rangup ok cun. Goreng sampai habis.
3. Dalam kuali yang sama dengan baki minyak tadi tumis bawang putih dan halia dalam 15-20 saat gitu dan masukkan air, gula melaka dan kicap. Gaul rata sampai didih dan masukkan sesudu tepung jagung lagi untuk bagi kuah pekat. Rasa dulu, tambah apa yang kurang.
4. Dah menggelegak, masukkan balik daging yang digoreng tadi bersama daun bawang (tambah cili atau lada hitam kalau nak pedas) dan kacau cepat-cepat. Agak semua dah rata terus angkat dan masukkan ke dalam bekas paling cun dan hias lawa-lawa.
Siap dan hidang segera.
Senang wehh, tak sampai 30 minit masak benda alah ni. Dah hias lawa tadi terus hidang dan makan. Jangan tunggu lama nanti rangup tu hilang.
Masakan dan menu ringkas semestinya dicari selepas jemu dengan menu raya setiap hari. Apa kata kali ini kita cuba resipi paling ringkas tapi cukup mantap yang dikongsikan oleh Pn Nurul Ateekah ini.
Resipi ringkas ala Thai tetapi padu ini memang sedap dengan gabungan rempah dan sayur yang mudah. Jom cuba!
RESEPI SOTONG PHAT PHET (THAI)
Masakan 2 Dalam 1 (lauk dan sayur), apa yang penting dalam masakan ini adalah AROMA, KEPEDASAN & KESEDAPAN yang membuatkan rasa mahu memakan lagi pada setiap suapan.
Bahan-bahan:
500gram sotong (dicuci bersih)
4 batang kacang panjang (dipotong serong)
5 batang cili padi merah (dipotong)
1 labu bawang merah (dipotong)
1 batang serai (dihiris)
4 helai daun limau purut
½ sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil belacan@fine shrimps sauce
2 sudu besar sos ikan
½ sudu kecil serbuk perasa
Garam (jika perlu)
Serbuk kunyit (hujung sudu kecil)
Bahan Kisar:
4 batang cili merah
4 batang cili hijau
1 labu bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit air
Panaskan minyak, tumis bahan yang telah dikisar tadi sehingga kering dan sedikit pecah minyak.
Apabila sudah kering, masukkan sotong yang telah dicuci bersih.
Masak sehingga sotong masak dan biarkan sedikit kering.
Kemudian, masukkan lada hitam, serbuk kunyit, belacan, serbuk perasa dan sos ikan. Gaul rata.
Akhir sekali, masukkan cili padi, serai, daun limau purut, bawang dan kacang panjang. Masakkan seketika dan tutup api.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selain makanan utama, makanan jejari juga elok diberikan kepada bayi anda. Makanan jejari boleh membantu bayi untuk makan sendiri dan bagus untuk perkembangan motor mereka.
Kalau mama papa terfikir nak sediakan makanan jejari untuk si manja, ikuti resepi Chicken Corn Finger yang dikongsi ini. Selamat mencuba!
Resepi Chicken Corn Finger
Bahan-bahan;
3 biji ubi kentang
Tepung jagung (agak-agak mase uli , tak lekat kat tangan. Nice!)
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.