Pecal dengan kuah kacang mungkin sudah terbiasa namun pecal terung dengan tambahan kuah santan mungkin begitu unik dan paling penting membangkitkan selera kita. Pasti nasi bertambah.
Dah lama tak masak. Rindu pula nak masuk dapur. Jadi hari ni, lepas selesaikan kerja, terus balik rumah, buka peti ais. Ada terung, ada cekur. Cun! Boleh masak pecal terung.
Pecal Terung
Bahan-bahan: 2-3 orang makan
1 batang terung besar
2 tangkai cili (merah atau hijau)
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
5-6 ulas cekur
1 sudu kecil asam jawa
1 inci belacan
1 helai daun kunyit
½ cawan santan
Garam dan gula secukup rasa
Cuci terung sampai bersih. Kemudian belah, dan rendam terung dalam air suam(bergaram) selama 15-30 minit. Kalau rendam air garam lebih cepat masak, dan lebih sedap!
Ads
Terung ini bokeh dibakar atas api, dalam kuali, atau di stim. Tutup kuali supaya cepat sikit terung tu lembut.
Jangan lupa terbalikkan terung supaya adil dan saksama.
Goreng bawang merah, bawang putih, cili, cekur dan belacan, sampai terbit aroma yang menyelerakan. Kalau suka pedas, gunakan cili api.
Ads
OK, lepas siap goreng, kita masukkan bahan-bahan tadi dalam pengisar.
Masukkan santan pekat dan asam jawa. Blend sebati.
Lepas kisar, masukkan balik dalam kuali. Tambah garam dan gula ikut citarasa masing-masing, dan renehkan sebentar. Jangan lama sangat. Dah siap, boleh tuang atas terung.
Ads
Macam ni! Tabur sikit daun cekur dan cili supaya cantik. Terung tu manis, kuah pecal tu masin dan berlemak. Ada rasa cekur yang menyelerakan. Asam pula menyebabkan air liur kecur.
Makan dengan nasi panas pun boleh jadi! Jemput makan!
Mesti korang teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000. Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Susu kurma memang menjadi rebutan ramai disebakan rasanya yang sangat sedap! Tapi tahukah anda, sebenarnya anda boleh buat sendiri susu kurma itu di rumah? Jauh lebih murah, dapat minum dalam kuantiti yang banyak, lebih sihat dan dijamin tiada bahan pengawet.
Berikut perkongsian untuk anda yang nak cuba buat sendiri jus susu kurma sedap!
Buat susu kurma sendiri JIMAT dan SEDAP!
Bahan-bahan
• 7-10 biji kurma (boleh ikut suka anda nak guna kurma jenis Ajwa, Barhi, Medjool, Noor atau apa-apa sajalah. Nak campur pun boleh)
• 1 cawan air kosong
• 2 cawan susu segar (full cream,fresh milk atau low fat – mengikut citarasa)
Bahan-bahan opsyen
• Madu
• Oat
• Kacang badam / gajus
• Kismis
• Buah tin
• Pisang
• Serbuk milo / koko / kopi
• Serbuk kayu manis
• Ketulan ais
• Aiskrim vanila
Cara-caranya:-
1. Belah kurma dan keluarkan bijinya.
2. Rendam isi kurma dalam air kosong semalaman. Sekiranya anda tidak mahu menunggu lama, boleh gantikan air kosong dengan air panas dan rendamkan kurma antara 10-15 minit.
3. Tuang kurma berserta air rendaman ke dalam pengisar dan masukkan sekali susu segar.
4. Kisar sehingga hancur.
5. Tuangkan ke dalam gelas dan boleh disejukkan terlebih dahulu atau dihidangkan terus.
Okey, siap sudah resepi yang amat senang dan sihat. Tidak ada gula tambahan dan korang sendiri mengenali setiap bahan yang digunakan. Jika korang guna kurma yang lembut dan manis, rasa milkshake ini akan menjadi lebih ‘kick’! Kalau anda mahu cuba untuk bereksperimen, bolehlah tambahkan bahan-bahan opsyen seperti di atas untuk variasi yang lebih menyelerakan.
Resepi date milkshake ini boleh menjadi milkboster susu bagi ibu-ibu yang menyusukan anak. Selain itu, ia amat sesuai untuk anda yang sedang berdiet kerana ia amat mengenyangkan dan boleh mengekang rasa lapar untuk tempoh yang panjang. Bulan puasa ni, eloklah kalau buat untuk waktu sahur dan berbuka.
Resipi apam nasi atau apam soda mungkin sudah terbiasa. Apa kata lebihan jagung yang kita jadikan apam jagung pula. Memang lain dari yang lain.
Hanya campurkan sahaja kesemua bahan dan kukus dengan api yang kuat. Jom cuba resipi perkongsian Norfazida Gda. Memang layan.
Saya beli jagung offer, hiris kemudian di frozenkan. Dalam keadaan dan cuaca sekarang ni boleh la guna, buat menu dengan bahan yang ada saja.
Apam Jagung
Bahan-bahan:
1 cawan jagung krim
2 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1 sk baking soda
1/4 sk garam
3/4 cawan gula
1 cawan minyak masak/jagung
2 sb susu pekat/susu jagung SAJI
1 biji telur gred A/B
Sedikit pewarna kuning
Sedikit jagung fresh -untuk hiasan
Ayak tepung gandum, baking powder dan baking soda. Tambahkan garam. Ketepikan.
Putar dan kisar gula, minyak jagung, susu pekat dan telur hingga sebati.
Masukkan bahan yang telah diayak tadi. Putar sampai sebati.
Akhir sekali masukkan pewarna kuning dan jagung krim putar atau kacau hingga sebati.
Panaskan periuk pengukus hingga air mendidih. Sediakan papercup yang dialas dengan acuan lompang/muffin atau bekas plastik. Sudukan adunan apam hingga penuh papercup. Taburkan sedikit jagung fresh diatasnya.
Kukus dengan api yang kuat selama 20-25 minit. Siap!
Bagi yang pernah mencuba ayam Domino’s pasti tahu keenakan hidangan tersebut. Sesiapa yang teringin ayam Dominos bolehlah mencuba resipi yang dikongsi oleh Puan Fiza ini.
Cara penyediaanya sangat mudah dan bahan-bahan yang digunakan juga boleh didapati di dapur rumah sahaja. Ikuti resipi ini.
Ayam Panggang Ala Dominos
Sekilo drumstik yang kecik tu yer…kalau ikut resepi asal guna sekor ayam..cuci bersih..toskan.
Bahan-Bahan;
120g sos cili
120g sos tomato
120g sos tiram (yang ni saje-saje makcik tambah)
2sb madu (yang ni pon makcik tambah)
2sb gula
1sb garam
1sb serbuk cili
2sb lada hitam
2ulas bawang putih di tumbuk lumat
60g butter
Cara Penyediaan;
-Masak kesemua bahan sampai butter cair
-Sejukkan
-Lumur pada ayam dan letak sedikit minyak
-Perap (lagi lama lagi sedap)
-Bakar suhu 180°-200° ikut oven masing-masing qpi atas bawah…
-30-40 min (ikutlah nak garing mane yer..jangan rentong sudah😅)
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.