Susah hati kan kalau anak tak nak makan nasi. Puas dipujuk tetap juga dia reject. Bila tak makan nasi, takut anak lapar. Macam-macam jenis lauk kita buat nak pastikan anak makan, tapi tetap gagal.

Buat bubur pun tak mahu. Anak cuma suka makan kudap-kudapan seperti cucur atau lempeng. Buntu juga dibuatnya kalau setiap hari itu saja yang anak mahu makan.

Baca Juga:

Makan Kenyang Tanpa Nasi, Patut Cuba Resipi Chee Cheong Fun Ni. Terlajak Sedap!

Resipi One Pot Nasi Ayam Superdaddy, Mudah Nak Buat. Rasa Confirm Terangkat!

IKLAN

Resipi Cucur Bilis Kentang Paling Mudah. ‘Confirm’ Berebut Makan Satu Keluarga!

Farisha Sofea ada berkongsi resipi nasi yang sangat mudah untuk dicuba. Bagusnya ia dijadikan bebola dan dapat menarik minat anak untuk makan.

Resipi Rice Ball Sesuai Untuk Anak Reject Nasi. Sedap Sangat, Paling Penting Kenyang!
Sumber foto: Facebook Farisha Sofea

Jom, tengok cara buat!

IKLAN

💓 POTATO RICE BALLS VERSI BABY 💓

Bahan-bahan:
1 cawan beras organik
1 cawan ubi kentang (dah direbus & dilenyek)
1/2 cawan dada ayam (dah direbus & dicincang)
2 sb lobak merah (dah diparut)
1 sb serbuk bilis
1/2 sb serbuk daging
1 sb serbuk keju
1/2 sb serbuk lobak
1/2 sb serbuk sayur
1/2 cawan tepung jagung

Resipi Rice Ball Sesuai Untuk Anak Reject Nasi. Sedap Sangat, Paling Penting Kenyang!
Sumber foto: Facebook Farisha Sofea

Cara-cara:
1. Satukan ke semua bahan dan kacau sebati.
2. Pastikan adunan menjadi doh yang tidak terlalu keras mahu pun terlalu lembut. Sapukan telapak tangan dengan sedikit minyak.
3. Kemudian ambil sedikit doh tersebut dan bentukkan menjadi bebola. Ulang proses sehingga selesai .
4. Boleh juga dimasukkan inti keju di dalam doh bebola jika suka.
5. Panaskan minyak menggunakan api sederhana dan gorengkan bebola sehingga garing dan keperangan.
6. Angkat dan toskan. Sedia dihidang.

IKLAN

Kalau mommies dah tak tahu caranya nak pujuk anak makan nasi bolehlah cuba resipi ini. Taklah susah dan pastinya sedap. Boleh juga dipelbagaikan bahan mengikut kesesuaian dan minat anak. Kita nak makan pun boleh, tambah rasa cicah dengan sos. Selamat mencuba!

Jangan panik! Jom, belajar cara handle situasi cemas. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/stay-safe/

Resipi Rice Ball Sesuai Untuk Anak Reject Nasi. Sedap Sangat, Paling Penting Kenyang!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI