Resipi sardin goreng rangup memang sentiasa jadi kegemaran kita. Bosan dengan bancuhan tepung biasa, apa kata kali ini kita cari kelainan dengan celup tepung goreng bestari pula. Memang sedap!
Ada ke yang suka makan roti sardin. Makan panas-panas lagi sedap, rangup. Dah sejuk pun masih rangup. Alhamdulillah. Dah lama tak buat, skill menggoreng pun dah lupa.
ROTI SARDIN
1 tin sardin ( besar )
10 biji cili api kampung
1/2 cili besar merah
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
(Semua bahan-bahan ni receh)
1 biji limau kasturi
Garam dan gula
Tumis bahan hingga layu. Masukkan sardin, hancur-hancurkan isinya. Masukkan sedikit air.
Masukkan hirisan bawang besar dan perahan air limau.
Ads
Perasakan garam dan gula. Kacau sebati. Siap!
Bahan-bahan:
1 cwn tepung gandum
1/2 cwn tepung goreng ayam bestari (pedas)
2sdb tepung jagung
2sdb tepung beras
Sedikit marjerin
Air agak-agak je -bancuhan tu nanti sederhana pekat
Pastu masukkan perencah pasti sedap, daun bawang dan udang geragau. Kacau sebati.
Ads
Inti letak atas roti dan gulungkan.
Hujung roti tu sapu dengan bancuhan tepung untuk bagi roti tu melekat.
Celup roti dalam bancuhan tepung dan goreng hingga garing.
Ads
p/s : Nak pedas lebihkan sukatan tepung goreng ayamnya ye. Roti tak perlu di lenyek ye.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ketika berpantang, pengambilan makanan yang berkhasiat bukan hanya penting untuk ibu tetapi bayi juga. Apabila si ibu makan menu yang tinggi khasiat, susu yang dihasilkan juga lebih berkualiti.
Ada sesetengah ulam yang bagus untuk ibu menyusu seperti pegaga kerana ia dikatakan dapat membantu memperbanyakkan penghasilan susu. Lebih baik lagi, susu juga pekat dan bagus untuk bayi.
Melalui grup Masak Apa Hari Ni? (MAHN), Pn. Azimah Abdul Malik telah berkongsi satu resipi yang sesuai untuk ibu dalam pantang.
Ikan Parang Masak Lemak Lada Hitam dengan Daun Pegaga. (Resepi Lauk Dalam Pantang Orang Dulu²)
Sebenarnya rindu kat air tangan arwah Mak. Resepi ni adalah lauk yang arwah mak masakkan untuk Kak Ngah masa bersalin 20 tahun dulu.
Resepi asal, ialah kunyit hidup ditumbuk dengan biji lada hitam. Masak macam masak lemak tapi masak hingga pekat sampai kering. (Orang dalam pantang kan x boleh makan berkuah) 😪
Arwah mak guna kunyit hidup & letak asam gelugor. Sedapnya masam², pedas lada hitam, berpeluh-peluh lepas makan.
Letak daun Pegaga. Cukup khasiat untuk lauk berpantang. Protien – Ikan Vitamin – Sayur Kunyit hidup – anti radang & bagi darah kotor keluar Lada hitam – bagus untuk panas kan badan Asam keping – kecut kan rahim
Tapi hari ni Kak Ngah derhaka sikit buat lauk ni ada berkuah sikit sebab nak bagi puas makan 😅😅.
Sape² yang berpantang boleh le cuba resepi ni. Bahan-bahan:
1 sb lada hitam (tumbuk)
3 inci kunyit hidup (tumbuk)
2 keping asam gelugor
Daun pegaga
1 cawan Santan pekat
3 ketul ikan pilihan (tenggiri / parang)
Cara-cara:
1. Ikan, bahan tumbuk, Asam keping di rebus guna satu stengah cawan Air.
2. Ikan dah separa empuk, masukkan santan pekat & pucuk pegaga
3. Perasakan garam, Masak dengan api sederhana hingga pekat / kering.
Melihat anak-anak yang masih bersantai di rumah sambil menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru melalui atas talian, terselit rasa bimbang dalam hati. Di manakah nasib masa depan anak-anak kita kelak?. Bagaimana kelak mereka boleh berdepan untuk menambah ilmu semula selepas hampir tiga bulan duduk di rumah. Pelbagai persoalan mula bersarang di minda seorang wanita bergelar ibu.
Timbul kegusaran dalam kalangan pelajar dan juga ibu bapa, adakah pembelajaran dalam talian memberi kesan yang sama seperti pembelajaran formal di dalam kelas?
Krisis Covid-19 yang melanda dunia pastinya tidak akan berakhir sehinggalah penemuan vaksin di mana jangkaan awal senario ini hanya akan berlaku sekitar tahun hadapan.
Adakah anak-anak kita perlu meneruskan pembelajaran dalam talian walhal pelbagai isu timbul akibat pembelajaran tidak formal ini seperti pelajar yang tidak mempunyai akses internet, pelajar yang tiada peranti malah kesukaran guru dan ibu bapa memantau prestasi pelajar menjadi persoalan yang masih belum berakhir.
Ketiadaan proses pembelajaran dua hala sebaliknya hanya membuat kerja rumah pastinya akan membuatkan anak-anak kita sedikit ketinggalan.
Menurut Pakar Epidemiologi dan juga Presiden Konsortium Akademik Kesihatan Awam Asia-Pasifik Kuala Lumpur, Datuk Profesor Awang Bulgiba Awang Mahmud; seperti yang dikongsikan oleh Astro Awani, terdapat dua perkara utama perlu diteliti sebelum sekolah dan IPT dibuka semula.
Persediaan rapi SOP normal baharu
Pelbagai SOP baru dikeluarkan kerajaan demi memastikan anak-anak kita benar-benar selamat untuk kembali ke sekolah sedikit masa lagi. Semua ini bagi memastikan anak-anak tidak ketinggalan dalam pembelajaran mereka selepas lebih 3 bulan berada di rumah.
Dengan melihat contoh beberapa negara yang sudah mula membuka kembali sekolah seperti di Perancis, Norway dan Denmark, mereka melaksanakan penjarakan sosial dengan berkesan, merekodkan suhu dan menghalang pelajar yang bergejala untuk hadir ke sekolah sama sekali.
Negara-negara ini mempunyai kelebihan apabila sumber mereka agak kukuh dari segi kewangan, kakitangan sokongan, guru serta jumlah kelas yang kecil berbanding saiz kelas sekolah awam di negara kita.
Bagaimana dapat dilaksana di negara kita?
Perancangan rapi serta sumber tenaga kerja dan sumber kewangan yang mencukupi amat diperlukan untuk melaksanakan kesemua ini dengan sebaiknya. Bagi memastikan keberkesanan langkah-langkah normal baharu, sekolah dinasihatkan membangunkan SOP sendiri di mana melaksana sistem penggiliran bagi memastikan saiz murid yang lebih kecil. Pelajar anak-anak golongan barisan hadapan dan golongan B40 perlu diutamakan selepas keutamaan diberikan kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan.
Malah menurut Datuk Profesor Awang Bulgiba Awang Mahmud lagi, sanitasi kawasan dan perkakasan sekolah perlu dilakukan dengan kerap. Ini memerlukan dana yang cukup dari kerajaan untuk membolehkan pihak sekolah dan IPT memberi tender kepada kontraktor kecil yang diberi tanggungjawab menjalankan proses nyahkuman di kawasan sekolah.
Laksanakan sistem penggiliran, apa nasib pelajar lain?
Pelajar yang perlu meneruskan pembelajaran dalam talian perlu diberi sokongan peralatan serta memastikan hanya mereka berada dalam lingkungan kawasan yang mempunyai kemudahan perkhidmatan internet sahaja boleh meneruskan cara pembelajaran sebegini.
Tiada peranti? Peranti diberi pinjaman oleh pihak sekolah atau IPT. PTPTN juga boleh memberi sokongan pinjaman kewangan jika pelajar perlu membeli peranti bagi tujuan tersebut.
Waktu pembelajaran dalam talian perlu mengikut jadual, diberi penekanan dan pemantauan berterusan dari pihak tenaga pengajar.
Tenaga pengajar tiada pengalaman menjalankan pembelajaran dalam talian? Kursus, kursus, kursus. Guru dan pensyarah IPT juga perlu diberi sokongan, gunakan masa yang ada sekarang untuk menambah kepakaran dalam bidang tersebut. Ini masa untuk mengubah paradigma menerima normal baharu. Tenaga pengajar perlu bersedia kemungkinan pembelajaran dalam talian diubah menjadi cara pembelajaran utama di masa akan datang.
Sudah hampir tiga bulan, pelajar duduk di rumah. Mereka tidak mendapat pendidikan formal dan kehilangan masa yang cukup berharga untuk menimba ilmu pengetahuan. ‘Restart’ belum tentu boleh ‘catch up’.
Malah sekiranya ia dibiarkan tanpa diberi perhatian sewajarnya, kita mungkin berhadapan isu ‘lost generation’, impak terburuk akibat krisis COVID-19 yang perlu kita elakkan sama sekali.
Kadang-kadang mama dah buntu nak sediakan menu untuk makan pagi atau sebagai kudapan makan petang.
Mama boleh jadi lebih kreatif dengan hanya menyediakan roti pisang rangup dan yang paling penting bahan-bahanya sangat simple! Selamat mencuba.
ROTI PISANG RANGUP SEDAP YAKKMATT.👍
Bahan senang dapat.
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1- Sapu majerin atas roti.
2- Susun pisang ikot kreatif sendiri.
3- Sapu lagi mejerin dan sapu kuning telur.
4- Tabur cheddar cheese atau gula perang.
5- Bakar dengan suhu 180°c, 5-7minit.
Siap!
Kredit : Hamizah Zakaria
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)