Ramadan ke 10 hari ini pastinya kita masih tercari-cari menu simple tapi padu untuk sekeluarga. Apa kata kali ini kita cuba resipi Siakap Kengsom Thai pula untuk anak-anak. Simple tapi menyengat!
Resipi perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ini rugi anda tak cuba. Sedap sungguh!
Dah lama tak masak! Hari kerja separuh hari, jadi giliran saya untuk jaga anak, sambil masak lauk berbuka puasa.
Kita masak lauk yang pakej lengkap dengan sayur sekali! Senang, sekali jalan.
Siakap Kengsom by Kamarul Ariffin Nor Sadan
Bahan-bahan:
1 ekor siakap
½ biji nanas
6 biji bawang merah ros
3 ulas bawang putih
2 tangkai cili merah
2 inci kunyit
1 inci belacan
2 inci lengkuas
1 batang serai
3 tangkai cili api/padi
1 biji limau nipis.
½ cekak kangkung
3 sudu sos ikan
Kisar bawang merah, bawang putih, kunyit, cili belacan dan ¼ nanas dengan 2 cawan air. Saya kisar nanas sekali supaya kuahnya lebih pekat. Jika suka kuah yang cair, tak perlu kisar nanas.
Ads
Masukkan dalam periuk, reneh sehingga bahan-bahan masak terutamanya cili. Kalau kering sangat, tambah air dan sambung reneh. Biasanya saya reneh 10 minit. Masukkan serai dan lengkuas. Tambah 2 cawan air.
Masukkan nenas yang dah dihiris setebal 1 inci. Masakan ni sedap guna nanas yang masam sikit, jangan yang terlalu ranum dan manis. Biasanya, masakan berasaskan ikan, serasi rasa masam.
Masukkan ikan siakap yang dibelah 3 bahagian. Kengsom ni memang aslinya guna ikan siakap, tapi kalau nak cuba ikan lain, maka silakan.
Ads
Perasakan dengan sos ikan. Jangan banyak sangat, tadi kita dah letak belacan, takut termasin. Jika tak ada sos ikan, ganti sahaja dengan garam.
Akhir sekali, perah limau nipis. Ada juga orang letak asam keping. Saya lebih suka guna limau nipis sebab ada rasa sitrus yang buat hidang ni rasa lebih segar (fresh). Siap!
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selain nasi, roti, pasta dan aneka mi, sesekali cuba ubah selera anak dengan pemakanan yang ringan tetapi mengenyangkan. Dimsum antara makanan yang boleh mengenyangkan seisi keluarga malah sihat kerana lengkap dengan protein serta sayur-sayuran.
Dimsum yang dijual dikedai mungkin terasa meragukan, jadi apa kata anda sediakan sendiri dimsum homemade halal yang sudah semestinya diketahui kandungan bahannya. Jika memilih untuk menyediakan sendiri kulitnya, resipi yang dikongsikan oleh Murizah Mahmad ini wajib anda cuba. Nampak cukup mudah dan sedap!
Sebab memang minat dan suka beli dimsum ni dulu, akak pun try la tengok dalam youtube and google pasal resepi dimsum. Tapi akak buat version dimsum halal yer. Bahan-bahan dia simple sangat uols.
Ni ha resepi dimsum homemade cara mudah dan cepat:
Bahan inti:
6 ketul isi ayam
Isi udang
Carrot cincang
Bawang holland satu labu -dicincang
Daun sup satu pokok
Lada hitam
Sos ikan secukup rasa
Tepung jagung 1/2 cawan
Perasa (optional)
Kalau ada sayur lain macam sengkuang or kobis pun boleh masuk. Gaul semuanya.
Bahan untuk kulit:
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
Garam dan satu sudu minyak
Air masak yang betul-betul panas
Gaul semua smpai jadi doh
Bila dah jadi doh bahagi 2 untuk warna kuning dan hijau.
Bahan untuk sos:
Selabu bawang putih
Cili besar merah
Cuka makan
Tepung jagung
(Semua bahan blend dan masak last baru masuk bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah)
Gula dan garam secukup rasa
Daun ketumbar dicincang halus (optional)
Bijan (optional)
Ok dimsum halal kukus jangan lama, biar ayam isi ayam tu berjus kalau kukus lama-lama rasa ayam hilang pulak.
Selamat mencuba.
Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.
Anak tak sihat mulalah susah nak makan. Lagi-lagi masa si kecil tak sihat lagi lah pening sebab langsung tak selera makan. Kebanyakan resipi dalam ni gunakan bahan/makanan yang bantu tambah selera makan, tingkatkan imun dan sebagainya.
Ibu boleh cuba resipi yang dikongsikan Puan Yatie Eimra yang mungkin boleh menambat selera anak-anak yang tak sihat.
Pasta Sup Ayam
Hari pertama Fydh demam, langsung tak nak makan. Selalu kalau dia tak selera makan nasi, saya masakkan pasta/spaghetti atau bihun. Alhamdulillah saya buatkan pasta sup, dak Fydh ni makan gak akhirnya. Saya masukkan kismis dalam sup ni untuk tambah selera makan anak di samping berikan rasa masam-masam manis sikit.
Bahan-bahan:
Bawang merah – dihiris
Bawang putih – dihiris
Halia – dihiris
Isi ayam
Kiub bone broth
Kiub sup homemade
Sedikit lada hitam
Secubit mixed herbs (optional)
Lobak merah/cauliflower/sayur pilihan
Kismis
Pasta/makeroni
Air secukupnya
Garam pink
Minyak zaitun untuk menumis
Daun sup
Cara-cara:
Tumis bahan² yang dikisar dengan sedikit minyak zaitun.
Masukkan semua bahan kecuali daun sup. Masukkan air secukupnya untuk pastikan pasta masak sekata.
Lepas masak, taburkan daun sup untuk aroma yang lebih wangi.
* lebihkan sayur jika suka. Saya parut carrot supaya dak Fydh ni tak boleh pilih-pilih & buang masa makan tu pun cauliflower & daun sup tak boleh masuk mangkuk dia, kang kompem langsung tak nak makan.
Ayam Masak Halia
Resipi ayam masak halia biasanya ada sos tiram. Tapi since masak untuk anak tak sihat, saya tak letak sos tiram & tepung jagung (makanan proses lemahkan imun). Sesetengah resipi, kena goreng ayam dulu. Untuk versi yang lebih sihat ni ayam dibiarkan masak dari stim/wap air je. Boleh lebihkan halia (upkan imun) & lada hitam (tambah selera) jika anak dah pandai makan pedas sikit. Sebabkan tak tambah tepung, bawang perlu dikisar untuk pekatkan sikit kuahnya. Untuk sayur, saya gunakan cendawan & carrot (kurangkan mukus). Resipi ni sesuai gak tuk anak setahun++ makan dengan nasi lembik.
Bahan-bahan:
Bawang merah – dikisar
Bawang putih – dikisar
Halia – dikisar & dihiris
Sedikit serbuk lada hitam
Ayam 3-4 ketul/isi ayam
Cendawan/carrot/sayur pilihan
Buah tomato
Air secukupnya
Garam pink, madu asli
Minyak untuk menumis
Cara-cara:
Bawang merah & bawang putih dikisar bersama sedikit halia.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.
Tumiskan pula cendawan sehingga keluar airnya. Biarkan merenih seketika.
Masukkan ayam, lada hitam dan halia yang dihiris & air secukupnya. Tutup tudung periuk supaya ayam masak sekata.
Setelah ayam empuk masukkan carrot/tomato/sayur pilihan dan gaul sebati.
Perasakan garamnya. Biarkan merenih seketika sebelum tutup api.
Tambah madu untuk imbangi rasa menggantikan gula.
*tip apabila memasak cendawan dari chef – cendawan perlu dimasak lama untuk naikkan flavournya dalam masakan.
Agar-agar Sedut Nabeez Kismis
Siapa cakap orang sakit tak boleh makan dessert? Masa sakit dah tentu selera makan anak dah kurang. Tak salah pun bagi anak makan sikit dessert asalkan yang berkhasiat. Kali ni nak share agar² sedut nabeez kismis (air rendaman kismis semalaman) yang elok untuk anak demam & melegakan tekak. Agar² boleh sejukkan badan & nabeez kismis lak bertindak sebagai antibakteria & antioksidan yang membantu menentang jangkitan, redakan demam juga boleh tingkatkan selera makan.
Tempoh hari masa Fydh demam & selesema, hari ke-3 tu demam dah kebah pun. Tapi start batuk jenis chesty cough (kahak masih sikit tapi pekat sampai susah nak keluar) lak. Doc check tekak dah bengkak & luka. Sebabkan batuk dia teruk sangat, hari ke 4 tu Fydh demam balik. Selain penjagaan demam yang betul, pengambilan ubat ikut dos & masa yang ditetapkan, boleh juga berikhtiar dengan jaga pemakanan. Kali ni mak² bolehlah buat dessert lak tuk anak yang demam & tak selera makan tu.
Nabeez kismis:
1-2 sudu makan kismis
½ cawan air masak
Rendam semalaman atau paling kurang 8-12 jam pada suhu bilik (supaya khasiat dapat larut ke dalam air dengan baik).
* kalau rendam pagi, petang dah boleh guna.
Bahan agar-agar sedut:
2 sudu penuh (guna sudu kfc) agar² tali (potongkan pendek² supaya senang nak sukat)
1 cawan air (250ml)
3 biji kurma merah (kering) – optional
½ cawan nabeez kismis
Sedikit madu
Buah²an pilihan (pastikan buah yang anak makan)
Cara-cara:
Pastikan basuh dulu agar² tali & tapis. Masukkan ke dalam periuk bersama kurma merah & secawan air.
Masak dengan api sederhana sehingga mendidih & agar² tali larut sepenuhnya. Tutupkan api.
Campurkan air nabeez kismis. Tambahkan sedikit madu. Masukkan ke dalam bekas & biarkan suam sedikit. Sejukkan dalam peti sejuk sekurang²nya 2 jam.
Tambah buah²an potong sebelum hidang.
* untuk anak yang dah besar boleh sedut agar² macam tu je. Tapi untuk anak kecik, makan dengan sudu supaya tak tercekik pulak kismis tu.
* kalau anak tak suka agar² yang lembik, boleh lebihkan agar² tali masa masak.
Hari ni saya buat agar² sedut perisa oren & nanas lak. Agar² oren & nanas ni tinggi vitamin C, elok untuk anak demam. Tapi kalau anak sakit tekak/tekak dah luka jangan buat perisa oren & nanas ye. Asid boleh menyebabkan keradangan pada tekak yang dah luka.
Jus oren
2 biji oren
Gunakan lemon squeezer, ambil jus dari 2 biji oren. (Jgn blend sebab nak dapatkan pulp/sari oren). Tambah sikit air untuk cukupkan setengah cawan (jika saiz oren kecil)
Bahan agar-agar sedut:
2 sudu penuh (guna sudu kfc) agar² tali (potongkan pendek² supaya senang nak sukat)
1 cawan air (250ml)
Sedikit nanas dipotong
½ cawan jus oren
Sedikit madu
Cara-cara
Pastikan basuh dulu agar² tali & tapis. Masak bersama secawan air.
Campurkan agar² ke dalam air & masak dengan api sederhana sehingga mendidih & agar² tali larut sepenuhnya. Tutupkan api.
Campurkan nanas yang telah dipotong & jus oren tadi. Tambah madu jika suka. Kacau sebati.
Masukkan ke dalam bekas & biarkan suam sedikit. Sejukkan dalam peti sejuk sekurang²nya 2 jam.
* kalau anak tak suka agar² yang lembik, boleh lebihkan agar² tali masa masak.
* yang saya buat ni, saya tambah sesudu sunquick sebab anak memang tak makan buah oren/minus jus oren kecuali tambah sunquick jer.
Selain kuih siput yang menjadi igauan kita di hari raya, Kuih Gunting juga tidak kurang hebatnya. Rasa sedap dan rangupnya buat kita tidak sedar habis sebalang. Lagi-lagi jika kuih gunting yang diadun dengan rasa yang sedap, rangup dan padu.
Resipi ringkas dan mudah yang dikongsikan oleh Salmah Hj Hassan ini memang meletop. Rupanya begini cara menyediakan kuih gunting yang sentiasa jadi dambaan kita di hari raya. Mudahnya!
Bahan-bahan :
1 kg tepung gandum
250 g marjerin
1 biji telur
1 Kiub ikan bilis
Minyak
*100 g bwg merah
*50 g bwg putih
*50 g ikan bilis
*50 g udang kering
*Cili kering -agak-agak
*Sedikit garam dan perasa
*Air 200 ml -utk mengisar
Kisar bahan-bahan bertanda *. Kisar sekali hingga sebati.
Tepung diramas dengan marjerin, masukkan telur.
Masukkan bahan kisar dan uli hingga rata. Masukkan daun kari yang telah dipotong dan uli lagi hingga doh tidak melekat lagi dijari. Agak-agak tidak terlalu lembek dan terlalu keras.
Bahagikan dan bulat-bulatkan doh supaya senang dicanai dengan kayu giling.
Panaskan dalam pan non stick sekejap tanpa minyak supaya keras. Sejukkan dan boleh dipotong/digunting seperti pada gambar.
Goreng dalam minyak yang banyak. Tos dengan tisu untuk serap minyak.