Tidak lama lagi kita semua akan mula berpuasa. Biasanya lauk yang membuatkan kita berselera makan adalah ikan kering, telur goreng dan telur masin. Sebut tentang telur masin ni, nikmatnya kalau dapat makan dengan nasi panas! Geng pula dengan ikan atau ayam goreng dan sambal.
Harga sebiji telur masin pun boleh tahan. Ada masa lagi kalau nak buat sendiri. Rupa-rupanya taklah susah nak dibuat, anda boleh ikut resipi Raja Amanina ni. Kita pun lebih yakin dengan kebersihan telur masin yang dibuat sendiri.
Ads
RESIPI TELUR MASIN, JERUK SENDIRI. KEJADIAN PUN ‘CANTIK’
Telur masin ni nina jeruk sendiri je.. Dah lama tak beli yang siap jeruk. Alhamdullilah cantik kejadiannya. Air garam tu nina masak hingga betul betul mendidih (orang kelantan panggil hingga naik bunga garam).
Ads
+TELUR MASIN+
-Telur itik 50 biji
*Cuci bersih dan jemur hingga betul betul kering
-Garam kasar 500gram
-Air 1.5liter
-2 helai daun pandan
Sebut sahaja Yong Tau Foo, terbayang kesedapan kuahnya dan dicelup panas-panas dalam air mendidih di pasar malam. Memang buat kita terliur.
Tak berkesempatan mencuba menu Yong Tau Foo pasar malam, apa kata anda cuba hasilkan sendiri di rumah versi diet yang sama sedapnya. Nak cuba? Jom ikuti perkongsian resepi Noorul Izzah Marzuki ini. Sedap!
Rasanya resepi yong tau foo yang biasa memang banyak dikongsi. Saya nak share resepi yong tau foo sayur untuk yang amalkan pemakanan rendah karbo/keto.
Alhamdulillah musim hujan ni ada yong tau foo dan sup, memang melegakan. Sosnya kurang gelaplah sebab kita tak guna kicap biasa/sos tiram. Boleh kukus atau goreng, rebus dalam sup pun boleh.
Bahan:
1 biji peria (potong kepingan, buang isi tengah)
1 biji terung (potong kepingan ½ inci, belah tengah supaya boleh diletakkan inti (dikapit) di tengah-tengah)
5 biji cili merah (belah tengah)
5 biji cili hijau (belah tengah)
6 biji kacang bendi (belah tengah)
Tauhu kering (belah tengah)
Kangkung (optional, untuk dicelur)
Intinya:
400-500g isi ikan/ayam (saya guna isi ikan kembung)
Garam pink himalaya secukup rasa
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu kecil serbuk lada hitam
½ sudu kecil xanthan gum (optional, sebagai pelekat, tak letak pun okay je)
1 tangkai daun sup/bawang -hiris halus
2 sudu besar cili merah dicincang
Blendkan, kemudian isikan dalam food processor/blender. Kemudian gaulkan semua bahan sehingga sebati.
Masukkan inti dalam sayuran yang dipotong dan tauhu kering.
Goreng sebentar dalam minyak panas. Nak kukus atau rebus pun boleh juga.
Bahan sos:
2 cawan cili blend/giling
Sedikit air
Sedikit tamari sauce/liquid aminos (pengganti kicap)
1 sudu kecil garam pink
1 sudu besar sweetener/lakanto/air monk fruit
1 sudu besar acv/cuka
Sedikit minyak kelapa
Sedikit mushroom seasoning (optional)
Tumiskan semua bahan sehingga sedikit garing. Masukkan air. Perasakan garam/gula. Dah siap, tabur bijan.
Nak bawa anak dekati alam dan jalan hujung minggu, jom ke Farm In The City.
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau penggemar steamboat pasti akan keluarkan kos yang besar untuk makan setiap kali ke kedai. Tapi sebenarnya kalau buat sendiri di rumah lebih jimat dan terjamin kebersihannya. Anak-anak pun selamat bermain dalam rumah dan tak terdedah dengan tempat-tempat panas di kiri dan kanan meja di restoran.
Kepada penggemar steambot, ahli keluarga pun ramai apa kata buat sendiri di rumah. Ikuti resipi sos steambot ala-ala Johnny’s yang dikongsi oleh Puan Nana Aziz.
Family sy pengemar steambot….klu mkn kat luar kekdg baget besar. So sy lebih suka buat sendiri….puas mkn….bole berulang2 kali…janji ada stok utk sos…di gambar sy ada sertakan resepi sos…menu ni bole mkn 2 versi…yong tau fu @ steamboat ( sy belajar dgn kawan yg pernah kerja kat Johnny’s restaurant) ni koleksi steambot yg sy buat….yg cucuk2 tu baru buat smlm…terajin ski
Sos yong tau fu
Bahan-bahan 2 sudu besar tauchu 2 sudu besar tepung jagung 2 sudu besar tepung gandum
3 sudu kicap pekat
3 sudu besar sos tiram
4-5 sudu gula
3 cawan air
Cara-cara Masukan semua bahan dlm blender, kisar halus…kemudian masak sehingga pekat… Jugak bole digunakan utk sotong kangkung
Kalau rajin boleh cucuk macam ni
Sos steamboat
Bahan-bahan
3 ulas bawang putih 1/2 inch halia 5 sudu besar cili kisar 2 sudu besar sos tiram 2 sudu besar gula 2 sudu besar minyak bijan 5 sudu sos plum 5 sudu sos cili Sedikit bijan hitam/ putih Daun ketumbar (anggaran rm1)
Cara-cara Blender daun ketumbar, bawang putih, halia Tumid semua kali bahan blender… Kemudian masukan segala jenis sos… Masak hingga pekat… Masukan bijan..masak sekejap…baru tutup api.. Sos ni tahan berbulan klu simpan dlm fridge..
Sy klu buat ….trus skali byk…sbb bila nak buat steambot sos dah ada…
Resepi sup simple je
Bahan-bahan Kiub ayam Daun ketumbar Bawang goreng Garam Ajinomoto
Macam-macam cara sudah mama cuba untuk pastinya anak kita makan sayur. Ada yang kreatif sembunyikan dalam nasi, buat bebola sayur, goreng rangup dan sebagainya. Salah satu cara adalah sediakan dengan bergedil yang selalu kita makan. Sedar tak sedar anak dah makan habis.
Resipi yang dikongsikan oleh Dr Nurhaya Yacob buat anaknya ini nampak menarik. Bukan buat saja-saja tapi banyak sangat khasiatnya. Selain baik untuk otak, ia juga baik untuk kalsium dan zat besi. Jom cuba!
BERGEDEL BROKOLI MAKANAN JEJARI ANAK 1 TAHUN KE ATAS
Kalau cerita dengan saya ni semua haruslah serba mudah. Terutama sekali apabila Cik Bunga sudah pun berusia 1 tahun 2 bulan sekarang. Maka mudahlah urusan menyediakan makanan untul seisi keluarga.
Masak satu jenis semua boleh makan.
Bergedel Brokoli ini adalah favourite seisi keluarga. Bila hujung minggu maka wajib lah saya sediakan, buat banyak supaya semua boleh makan.
Saya banyak masukkan sayuran hijau seperti brokoli dan batang seleri di dalam masakan baik makanan jejari mahupun makanan utama mereka.
Ini kerana sayur-sayuran ini memiliki kandungan zat besi dan kalsium yang tinggi. Maka tidak perlu bergantung lagi dengan susu kerana sumber makanan alami sudah mencukupi untuk mereka!
BERGEDEL BROKOLI
Bahan-bahannya:
Tepung gandum
Telur
Serbuk ikan bilis
Daun bawang
Brokoli
Keju parmesan
Cara-caranya adalah:
1. Gaul sebati semua bahan di atas dan bentukkan sesuai saiz dan bentuk keinginan ibu-ibu.
2. Goreng di dalam minyak yang panas.
3. Siap dah. Sedap kalau ‘deep’ dalam Mushroom Cheese atau Cheese spread.
Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.