Tauhu begedil memang sesuatu yang biasa kita buat sebagai juadah petang. Namun kali ini apa kata mama cuba sedikit kelainan begedil dengan menukar tauhu kepada kulit popia.
Kalau susah nak cari tahu pun tak apa, tukar sahaja kepada kulit popia. Rasanya yang rangup dicicah pula dengan sambal kicap memang padu!
RESIPI POPIA BEGEDIL
Bergedil daging
Bahan-bahan:
Ads
300 gram kentang
100 gram daging kisar @ daging burger
sudu teh lada sulah
Serbuk perasa
Setangkai daun bawang – hiris
Garam secukup rasa
bawang goreng
Minyak masak untuk goreng terendam
kulit popia
Bahan salut:
2 biji telur – pukul
Ads
Cara Penyediaan:
-Rebus kentang hingga empuk kalau nak goreng dulu pun boleh..goreng nanti begedil tak lembik sangat.
-Setelah sejuk, lenyek hingga halus.Campurkan kentang yang telah lenyek dengan daging kisar, daun bawang dan garam ke dalam mangkuk.
Ahli keluarga gemar makan makanan western? Susah nak makan nasi putih dengan lauk biasa? Kalau nak makan nasi mesti nak nasi yang ada rasa macam nasi tomato, nasi ayam dan seangkatan dengannya. Jangan risau, banyak menu simple yang para ibu boleh buat untuk seisi keluarga. Anak- anak pun boleh makan tau!
Salah satu menu simple yang boleh dibuat oleh ibu ialah macaroni goreng. Tak susah pun nak sediakan sajian ni. Boleh dijadikan sarapan pagi, minum petang, potluck untuk apa- apa jamuan pun boleh. Bahan yang digunakan juga tak susah pon nak cari. Boleh cari dekat pasaraya atau kedai runcit berdekatan dengan rumah.
Hidangan yang simple tapi mengenyangkan. Sesuai untuk dijamu kepada tetamu. Jom lihat resepi yang dikongsikan. resepi ini dikongsikan oleh Har Ryea di Kumpulan Facebook Masak Apa Hari Ni.
RESEPI MACARONI GORENG
Semalam buat potluck untuk sambutan rumah terbuka aidilfitri (last raya) di Taman kitaorang… payah betul nak dapat isi ayam kisar, pelbagaikan guna kepingan ayam burger. MACARONI GORENG Bahan- bahan: – Macaroni (rebus dan toskan) – Lada kering (rebus dan kisar) – Bawang merah (kisar) – Bawang putih (kisar) – Isi ayam kisar (harini guna kepingan ayam burger) – Udang hidup – 3 biji telur – Sayur campur – Sos tiram – Daun sup – Garam dan ajinomoto
Cara- cara: 1. Panaskan minyak, goreng isi ayam burger yang dihancur- hancurkan sehingga sedikit garing. 2. Masukkan bahan kisar tadi dan gaul rata… masukkan kiub ayam… biarkan sampai sedikit naik minyak dan wangi. 3. Masukkan ajinomoto, sedikit garam dan sos tiram, kacau rata jap. 4. Masukkan udang, kacau dan biarkan sekejap. 5. Masukkan macaroni bersama sayur campur… ratakan. 6. Masukkan telur di atas macaroni pastu gaul rata perlahan- perlahan. 7. Akhir sekali, taburkan daun sup, gaul rata. 8. Dah berwap, Alhamdulillah siap…
Lebih sedap dapat daging kisar atau isi ayam kisar, bila payah nak dapat kepingan untuk burger pun boleh ganti. Sausage pun okay.
Mudah sahaja resepi yang dikongsikan. Para ibu bolehlah buat untuk keluarga ataupun buat untuk apa- apa jamuan. Jimat masa dan tenaga. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.
Anak–anak ni ada yang susah nak suruh makan nasi. Kalau bagi makanan lain laju je makan. Cuba tengok apa kecenderungan anak kita suka makan. Biasanya pilihan anak yang mudah adalah nuget.
Jika tengok anak kita jenis suka makan nuget, apa kata tukarkan versi nuget sihat untuk mereka.
Resipi yang dikongsikan oleh Puan Widyana Ali cara membuat nuget nasi campur ayam pasti menyelerakan anak anda yang susah makan nasi. Paling penting padat nutrisi kerana ada nasi, isi ayam dan sayur-sayuran. Sekali-sekala olah resipi apa salahnya kan?
Bahan-bahannya:
Nasi putih Isi ayam Carrot Lada putih Garam pink himalaya secukup rasa Sedikit bawang putih Sedikit daun sup
Cara buat
Bahan untuk salut
Lepas ni, ibu boleh cuba ya. Bukan sahaja pembuka selera untuk anak, paling penting anak yang alah telur pun boleh makan.
Jenis-jenis najis bayi boleh berubah mengikut usia, susu dan pemakanan. Ketahui warna najis yang normal, tanda bahaya serta bila ibu ayah perlu membawa bayi berjumpa doktor.