Resipi sup ayam memang elok bagi anak yang demam makan untuk membantu cepat sembuh. Ia makanan berkhasiat yang membantu melegakan demam anak yang baru dijangkiti penyakit itu.

Doktor pun selalu pesan pada ibu-ibu supaya banyak memberikan anak makan cairan semasa mereka demam. Maklumlah si kecil biasanya hilang selera makan atau mengalami sakit tekak menyebabkan mereka susah nak makan semasa tak sihat.

Tetapi anak tetap perlu makan dan minum untuk mengekalkan air dalam badan serta mengelakkan daripada masalah dehidrasi pula. Untuk memastikan anak dapat khasiat daripada makanan semula jadi, sup adalah alternatif terbaik.

Kuah sup yang diperbuat daripada pelbagai sumber makanan berkhasiat seperti ayam, bawang putih, bawang merah, sayur-sayuran membantu memberi tenaga dan menjadi anti bakteria semula jadi yang diperlukan oleh badan.

Resipi sup ayam barli yang dikongsi oleh seorang ibu, Hayana Darliz sebagai cara alternatif merawat demam anaknya boleh dicuba juga oleh ibu lain.

Sekali lagi berjaya tumpaskan demam dengan resepi sup ayam barli ni. Tanpa ubatan dadah.

IKLAN

Adam demam panas tak kurang daripada 39.3 suhunya sejak pagi semalam. Kali ni dia jadi lemah sangat. Sepanjang hari lembik, tak selera makan.

Bagi hirup sup ayam ni, alhamdulillah pagi ni kebah terus.

Resepi sup ayam barli ni tak pernah kecewakan saya sejak dulu lagi.

IKLAN

Nah saya kongsikan resepinya.

Resipi Sup Ayam Barli, Cara Alternatif Ibu Ini Bantu Demam Anaknya Cepat Sembuh
Sup Ayam Barli

Bahan:

1. Ayam bahagian yang banyak tulang. Lebih baik guna ayam kampung atau ayam tanpa dicucuk antibiotik.
2. Halia yang banyak. Sebesar penumbuk pun tak apa. Hiris.
3. Barli dua sudu besar. Basuh dan tos.
4. Rempah 4 beradik. Kayu manis, pelaga, cengkih, bunga lawang.
5. Serai diketuk.
6. Batang saderi.
7. Bawang merah dimayang. 1 ulas sederhana.
8. Bawang putih cincang 5-7 ulas.
9. Apple cider vinegar atau cuka epal 1 sudu besar untuk 1 liter air.
10. Garam himalaya.

IKLAN

Cara masak:

1. Rebus semua kecuali bawang putih dalam pressure cooker. Tak ada pressure cooker pun boleh, jangan stress pulak.
2. Kalau guna pressure cooker rebusnya 20-30minit, kalau rebus biasa 45-60minit.
3. Rasa, adjust garam. Tutup api.
4. Tabur bawang putih cincang.

Hiruplah sebanyak mana pun sampai demam kebah. Nak jadikan rutin mingguan pun boleh.

Ayam boleh tukar kepada tulang lembu atau kambing. Guna pressure cooker sejam, periuk bisa reneh sejam setengah.

Semoga bermanfaat.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI