Naik buntu dibuatnya bila kehabisan idea untuk memasak. Resipi paling mudah dan tak peningkan kepala mak-mak pastinya sup. Mudah dan senang disediakan.
Apa kata kali ini kita cuba sup ayam berempah pula. Lebih ringkas tapi rasanya cukup umph. Jom cuba resipi perkongsian Zurina Zulkefli ini.
Sup Ayam pekat Berempah. Masak nya mudah je, semua orang suka makan.
Bahan-bahan:
Ayam – potong kecil
Paket serbuk rempah sup
Paket 4 sekawan rempah dan bunjut
Bawang besar
Bawang putih -tumbuk
Halia -tumbuk
Tomato
Kiub bunjut
Kentang -potong dadu
Air secukupnya
Berserta semangkuk ayam bahagian bertulang. Kalau banyak ayam, kena guna dua paket serbuk rempah sup.
Saya tak guna blender sebab saya lagi suka potong macam ni. Hiris sebiji bawang besar senipisnya.
Ads
Panaskan 3 sudu minyak masak lansung tumiskan bawang dan 4 sekawan. Masak sehingga layu.
Kemudian untuk bawang putih dan halia, saya suka tumbuk lumat. Kemudian masukkan ke dalam masakan, kacau sehingga naik bau harum.
Kemudian masukkan sebiji tomato merah yang dipotong dadu. Kacau sehingga tomato lembik.
Masukkan serbuk rempah sup dan sedikit air, kacau sebati.
Ads
Masukkan ayam. Gaulkan rata.
Masukkan dua mangkuk air dan sup bunjut.
Masukkan ubi kentang. Tutup periuk. Saya biarkan sup direneh selama 30 minit pada suhu api kecil.
Ads
Sehingga sup dah mendidih masak, boleh perasakan dengan garam dan sedikit kiub pati ayam.
Sedia untuk dihidang, taburkan daun sup dan bawang goreng.
Salah satu makanan yang lembut dan cukup sesuai untuk diberikan kepada anak-anak kita pastinya apam. Tidak kira samada apam mekar, apam nasi dan sebagainya, semuanya sesuai diberikan kepada anak-anak kita. Namun kawal kandungan gulanya agar tidak berlebihan untuk anak-anak kita.
Apam Pandan Legend ini antara apam sesuai. Baunya yang harum sudah membuatkan hati tidak sabar untuk menjamahnya. Apa lagi saat menanti kuih yang satu ini ketika sedang masak. Harum semerbak. Resipi yang dikongsikan oleh Pn Farisha Sofea ini mama wajib cuba.
Bahan Bahan:
3 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air pandan
1/2 cawan santan
1 cawan gula
1 sb yis
Sedikit garam
Sedikit pewarna hijau ( optional )
Bahan Lain :
Kelapa parut
Sedikit garam
(Kukus seketika )
Satukan ke semua bahan di dalam bekas yang besar.
Kacau sebati hingga tiada adunan tepung yang berketul.
Perapkan adunan selama 1 jam. Sementara itu panaskan kukusan.
Kacau adunan yang telah diperap dan tuangkan ke dalam loyang / acuan yang telah dioles dengan sedikit minyak.
Kukus selama 40 minit atau sehingga masak.
Sejukkan sebelum dipotong. Hidangkan bersama kelapa parut yang siap dikukus.
Siap!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kadangkala mama tiada idea nak masak apa menggunakan udang kan? Apa kata mama cuba buat udang masak berempah yang lazat dan menyelerakan ini.
Jom ikuti resipi perkongsian dari wanita ini!
https://www.youtube.com/watch?v=rxwlYXt_Hs4
Udang masak berempah😋
[su_button url=”https://www.goshop.com.my/products/canned-dry-packaged-foods/lagi-enak-ready-to-eat-3-x-9-packet-20164558?utm_source=pama&utm_medium=referral&utm_campaign=POC” style=”flat” background=”#ef472d” color=”#ffffff” size=”6″]Lagi Enak Ready To Eat 3 x 9 Packet[/su_button]
Resepi campak-campak
🦐 Udang setengh kg.
🥄 2sudu besar rempah kari babas Ayam/ikan.
🥄 2sudu besar serbuk Cili.
🥄 2sudu besar sos cili.
🥄 1sudu besar sos tiram.
🥄 1sudu besar Kicap ABC.
🥄 1sudu kecik lada hitam.
Sedikit garam dan perencah secukup rasa.
Daun kari 1 atau 2 pelepah.
Bawang putih dan bawang merah potong.
Sedikit air kosong.
Minyak untuk menumis.
Cara-masak:
Panaskan minyak dan masuk semua bahan-bahan, rempah dan sos kat atas tu👆. Masak sampi pecah minyak dan tambah air sikit-sikit je.
Bila dah pecah minyak, baru masuk Udang. Tambah garam dan serbuk secukup rasa. Masak sampai kering sikit dan tutup api.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.