Menyediakan tomyam memang mudah namun menjadikannya sedap seperti makan di restoran membuatkan kita mencuba pelbagai jenis resipi yang serasi.
Berkongsi resipi paling istimewa dan cukup mudah, resipi perkongsian Pn Asmida Nor yang mengisar pes tomyam bersama tomato dan cili ini nampak cukup istimewa. Sedap sampai bertambah nasi. Jom cuba teknik ini pula!
TOMYAM SIMPLE by Asmida Nor Setiap kali buat tomyam, mesti guna resepi ni je, resepi lain no no😆. Resepi ni pun dah sedap sampai bertambah-tambah nasik.(laki sis la). Nama lagi tomyam simple kan. Simple but sedap, haa gittchew. Ada yang nak tak? Boleh rujuk setiap gambar yo. Yang suka simple, wajib cuba!
Kisar tiga bahan ni.
Bahan-bahan:
Bahan kisar:
Tomato
Pes tomyam
Cili padi (ikut kepedasan korang nak, yang sis buat ni pedas-pedas manja gitu)
Carrot, bunga kobis, btg saderi, cendawan
Bwg besar,
Halia
Daun limau purut
Udang dan ayam
Blend bahan kisar, letak air sikit je. Jangan banyak sangat, nanti pes jadi cair.
Ads
Rebus dulu ayam sampai mendidih, bila mendidih masukkan pes yang kita kisar tadi.
Masukkan pula bawang besar, daun limau purut dan halia.
Lepas tu masukkan sayur-sayuran yang korang suka.
Ads
Masukkan cendawan pulak dan biarkan mendidih sekejap.
Masukkan udang/ sotong. Sis guna udang sajerr.
Perahkan air limau nipis. Yang sis guna sebijik ye, tak besar tak kecik, sedang-sedang je. Nak bagi masam-masam sikit. Perasakan dengan gula & garam secukupnya. Biarkan mendidih!
Ads
Tadaaa..dah siap. Simple je kan. Tapi kompomm bertambah-tambah nasi nanti huhuhu tambah pulak dengan telur dadar. Lagi umpphhh.. selamat mencuba!
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Agar-agar pandan santan sesuai untuk dijadikan menu pencuci mulut terutama waktu minum petang. Rasanya lemak-lemak manis enak dimakan ‘sejuk-sejuk.’ Menggunakan daun pandan, tentunya aroma agar-agar pandan santan harum dan secara tidak langsung membuka selera untuk menikmatinya.
Rupa berlumut agar-agar ini memang mampu menarik perhatian untuk menikmatinya. Mak-mak yang buntu nak masak apa untuk menu pencuci mulut, bolehlah cuba. Anak-anak mesti suka!
Resipi Agar-agar Pandan Santan, Rasa Lemak-lemak Manis
RESIPI AGAR-AGAR PANDAN SANTAN
BAHAN-BAHAN:
(Loyang 8 inci)
12 gram agar-agar tali
4 cawan air
4-5 helai daun pandan
200 ml santan
1 biji telur
125 gram gula/setengah cawan gula ( Resepi ini dikurangkan gula, kalau hendak manis boleh lebihkan)
Nampak Macam ‘Lumut’ Hijau
CARA MEMBUAT:
1. Kisar 4-5 daun pandan dengan 1 cawan air. Sudah siap kisar terus tapis. Siap air pandan.
Air pandan yagng sudah siap dikisar.
2. Kacau sebati 200 ml santan dengan 1 biji telur gred A. Kalau pakai santan kotak, pakai brand KARA. Berlemak elok. Kalau hendak kisar santan dengan telur pun boleh. Tekstur lebih halus. Sudah siap ketepikan.
3. Panaskan api dapur, masukkan 4 cawan air dan 12 gram agar agar tali. Biarkan mendidih. Api sederhana.
4. Apabila sudah mendidih, masukkan 125 gram gula, air pandan, santan dan telur serta 1 sudu kecil pewarna hijau. Kacau sebati. Mesti kacau dulu supaya tidak bergumpal.
5. Apabila sudah sebati, biarkan mendidih 1-2 minit. Jangan kacau ketika ini sebab hendak bagi santan terpisah dengan air.
6. Apabila sudah 1-2 minit, padamkan api dapur. Kacau beberapa saat dan terus masukkan dalam loyang 8 inci.
7. Biarkan set suhu bilik 30-40 minit. Selepas itu baru masukkan dalam peti sejuk selama 2 jam. Selepas itu bolehlah dimakan. Selamat mencuba!
Agar-agar pandan santan kalau dapat makan sejuk-sejuk memang best! Kalau cuaca panas, bawa keluar je dari peti sejuk terus makan. Rasa lega je ‘lalu’ ditekak.
Selain laksa, ada yang suka makan laksam? Kalau anda dan anak-anak peminat laksam dengan kuah lemak, lepas ni boleh buat sendiri di rumah. Kalau beli di kedai tak puas makan.
Ada masa, anda boleh cuba buat sendiri laksam dan kuahnya. Kadang asyik makan nasi pun bosan juga. Langkah nak buatnya sangat senang. Jika kita buat sendiri, barulah puas hati nak makan banyak mana pun.
Ini resipi yang dikongsikan oleh Puan Norsiah Mamat.
Dengan izin Allah dan ilmu hambaNya ini, jua milik Allah, saya nak kongsi cara-cara membuat laksam, ikut gaya saya ya.
Saya halalkan semua rakan yang ingin menggunakan resepi ini.
Resepi Laksam Cikgu Nor untuk satu bungkus tepung seberat 500 gram.
500 gram tepung beras, saya guna sahaja, apa pun cap. Tak ada yang khusus. Semua jadi elok jer.
3 sudu tepung gandum kalau cap biasa atau 5 sudu tepung gandum kalau cap Faiza.
Sudu yang saya guna untuk sukat tepung gandum ni, sudu makan ya. Buh penuh-penuh. Rumbu gituuu…
Laksam akan lebih putih dan cantik kalau guna tepung gandum Faiza.
1500 ml atau 1.5 liter air. Saya buh satu liter air suam dan 500ml, air tapis biasa. Air suam ya, jangan air panas.
Cara-cara nak bancuh tepung
– Masukkan tepung beras dalam bekas yang sesuai, tambahkan tepung gandum.
– Selepas itu, masukkan 1 liter air suam.Kacau sehingga tepung larut. Apabila tepung dah -larut dan tak ada yang berketul-ketul, tambah lagi 500 ml air. Kacau sebati.
– Seeloknya ditapis, sebab biasanya akan ada habuk-habuk dan kutu beras yang terapung selepas selesai membancuh.
– Rehatkan bancuhan tepung dalam kurang lebih 10 minit.
– Selepas itu dah boleh mula mengukus.
– Saya guna tudung periuk dan guna periuk mengukus atau saya panggil ‘kukusan’ untuk mengukus.
– Sebelum mula mengukus, sapukan minyak pada tudung periuk, supaya senang proses menggulung nanti.
– Setelah nampak wap keluar dari kukusan, itu tandanya laksam dah masak. Jangan terus buka selepas nampak wap keluar. Biarkan dulu anggaran dalam satu minit. Bagi laksam tu betul-betul masak.
– Buka tutup kukusan, tengok laksam. Laksam yang masak akan menggelembung masa kita buka. Apabila kita angkat, laksam akan rata semula pada tudung periuk.
– Nak mudah angkat, saya guna sudip kayu yang rata. Hulurkan ke bawah tudung periuk dan angkat.
– Selepas angkat, tegakkan. Tujuan untuk mengalirkan wap air yang ada pada laksam. Untuk mudah, saya guna tray telur. Sebab ada lekuk-lekuk. Untuk kebersihan, saya lapik kertas A4 kosong yang belum guna atas tray telur tu. Nak guna surat khabar lama pun boleh…letak tray telur tu rapat ke dinding. Jadi senang kita nak sandar.
– Biasa paling kurang saya guna 6 penutup periuk untuk dua kukusan. Saya kukus dua keping. Guna tudung periuk pertama dan kedua. Selepas angkat, tegakkan, biarkan sejuk seketika.
– Saya guna tutup periuk ketiga dan keempat. Kukus lagi. Apabila saya angkat tudung periuk ketiga dan keempat. Saya akan masukkan tudung periuk kelima dan keenam.
– Selepas itu, saya gulung laksam tudung periuk pertama dan kedua tadi. Begitulah seterusnya sehingga selesai. Saya guna masa setengah jam untuk kukus 500 gram tepung.
– Minyak pada tudung periuk perlu disapu setiap kali sebelum mengukus laksam untuk kepingan seterusnya.
– Tepung dalam bekas perlu sentiasa dikacau sebelum diambil untuk dikukus.
Saya rasa saya dah bagi step by step. Selamat mencuba. Perkongsian Lillahitaala dan dengan izinNya jua.
KUAH LEMAK LAKSAM (Dapur Cheyah)
10 ekor ikan selayang (rebus dan ambil isi sahaja)
1 kotak santan adabi
3 cawan air putih
5 ulas bawang merah
2 keping asam keping
1 sudu lada hitam (biji lagi ok dan cantik kuah tu tapi cheyah takde letak serbuk je) **Seeloknya tumbuk bagi bijinya hancur atau kalau tak suka nampak biji lada hitam, letak air sikit dan tapis.
2 sudu kecil garam
2 sudu makan gula
– Masukkan santan ke dalam periuk, tambahkan air ke dalam kotak. Campurkan ke dalam ikan dan blanderkan bagi hancur .
– Blanderkan bawang sekali dengan lada hitam. Masukkan dalam periuk. Letak asam keping dan panaskan.
– Masak guna api kecil je. Dah mendidih masukkan gula dan garam. Kacau sehingga ia betul-betul masak.
P/S: Sukatan santan dan ikan boleh ditambah ikut laksam yang disediakan.
CARA BUAT SAMBAL
Cili merah besar, cili kecil, sedikit belacan, perahan air limau kasturi, garam, gula. Campurkan semua dalam blender, blend. Jangan bubuh air, sebab cili besar tu dah banyak air.
Dah siap blend masukkan dalam bekas, potong kulit limau kasturi halus-halus masukkan ke dalam sambal. Pastikan kulit yang lembut atau limau kasturi yang masak. Kalau kulit limau keras, sambal akan jadi pahit. Buat ya, memang sedap.
Hujung minggu ini pasti mama dah mula terfikir-fikir apa menu nak disediakan untuk hujung minggu ni. Selain deretan makanan untuk mama dan papa, jangan dilupakan menu untuk anak-anak. Barulah anak makin selera dan makan.
Resipi Pisang Coklat Stik ni memang mudah nak disediakan. Malah nak buatnya tak sampai 15 minit. Hanya perlu cairkan coklat dan celup. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Rohana Awang Long ni. Sedap!
Hai uolls hari ni mama Ana nak kongsi 1 resepi snack yang super duper simple untuk ibu-ibu semua cuba ye.
Hah ni resepinya ” pisang bersalut coklat ditaburi coklat rice bak pelangi”..Perghh nama resepi pun tak beragak kan.
Senang je kan nak cari semua bahan tu. Ok jom layan cara nak buat plak.
Caranya:
Pisang yang dah siap freezer..
Potong dua pisang tu kemudian cucuk dengan lidi.
2. Siap cucuk simpan dalam freezer dulu sementara nak masak coklat.
3. Masukkan semua bahan yang bertanda ke dalam periuk dan masak atas api yang perlahan. Masak sampai coklat tu pekat sikit.
4. Siap masak coklat boleh celupkan pisang dan tabur coklat rice atas pisang tu.
5. Dah siap semua masukkan dalam peti ais 10 minit untuk bekukan coklat. Lepas 10 minit dah boleh makan.
Ok siap…
Macam mana senangkan?
Mama Ana gerenti si manja ibu semua mesti suka snack yang super sedap ni. Jom la try buat untuk si manja kesayangan. Tadaa siap bekukan coklat dan dah boleh makan
Kredit: Rohana Awang Long
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.