Anak sulung Dato Aliff Syukri dan Datin Shahida, Ammar Ahyan, 15, selamat berangkat ke tanah suci bagi menunaikan ibadah haji.
Menurut perkongsian Datin Shahida di laman instagramnya, dia menyifatkan anak sulungnya itu dikurniakan rezeki awal kerana berpeluang menunaikan haji di usia muda.
“Gambar masa kecil tu umur ammar 1 tahun..masa ni nenek @bondarozitaibrahim belanja kita pergi umrah”
“Sekarang ammar dah 15 tahun …Rezeki ammar dapat tunai haji di usia muda..semoga menjadi anak soleh dan abang yang dapat bimbing adik-adik”
Ads
Datin Shahida turut mendoakan anak sulungnya agar urusan menunaikan haji dipermudahkan.
Ads
Selamat Berangkat ke Arafah, Ammar…semoga dipermudahkan segala urusan.. Doakan keluarga kita🥰
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI
Perginya seorang suami dan bapa dalam keadaan isteri dan anak-anak masih memerlukannya benar-benar menguji hidup keluarga kecil ini. Siapa sangka suami yang sihat dan segala urusan keluarga hanya bergantung padanya telah pergi menghadap ilahi.
Perkongsian dari Puan Natipah Abu yang aktif sebagai sukarelawan telah turun menyantuni keluarga ini yang masih mempunyai anak-anak kecil.
Untuk urusan meringankan beban keluarga ini, pasukan sukarelawan turun menyantuni ibu dan tiga orang anak yatim ini di kediaman keluarga dengan sumbangan sejumlah wang tunai sebagaimana yang kita hajatkan sebelum ini.
Selain wang tunai, kita juga menyampaikan sebuah baby court amanah seorang hamba Allah. Alhamdulillah terima kasih semua atas sumbangan.
Apa yang menyedihkan, ibu muda ini telah kehilangan suami akibat kemalangan jalan raya hujung Januari lalu. Motosikal yang ditunggang oleh arwah suaminya, telah bertembung dengan sebuah motosikal lain yang ditunggang oleh pelajar sekolah. Bagaimanapun, pelajar tersebut terselamat.
Ketika hayat, arwah suaminya bekerja di kedai makan di bandar dan berulang alik dengan motosikal. Namun besarnya kuasa Allah, sebaik arwah suami pergi, ibu muda ini disahkan hamil anak ketiga.
Berita ini sungguh di luar dugaannya kerana anak keduanya sudah pun di bangku sekolah. Terlalu jauh jarak penantian mereka selama ini. Sayangnya arwah pergi tanpa sempat tahu, arwah bakal menjadi ayah lagi.
Biarpun teramat sedih namun ibu muda ini menganggap ianya satu anugerah dari Allah. Bayi perempuan yang lahir itu dianggap harta terakhir yang diwarisi dari arwah sebagai pengganti arwah suami untuk dia dan anak-anak yang lain berkasih sayang kelak.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bermacam cara suami isteri akan lakukan demi untuk membahagiakan pasangan masing-masing. Sebab itu orang kata wang bukanlah segala-galanya. Dalam perhubungan mesti ada keikhlasan, kasih sayang, sentiasa bertolak ansur dan membantu satu sama lain. Ini adalah kunci utama hubungan kekal hingga akhir hayat.
Menerusi laporan Harian Metro, demi menggembirakan insan tercinta, seorang suami, Syed Muhammad Shah Hasif Syed Othman sanggup menjahit 30 pasang baju raya untuk dipakai isterinya sepanjang Syawal nanti.
Sejak tahun pertama kahwin jahitkan baju untuk isteri
Syed Muhammad Shah Hasif, 29, atau mesra disapa Syed dari Seri Alam, yang tinggal di Klang, Selangor, berkata rutin itu dilakukan sejak tahun pertama mendirikan rumah tangga lagi.
Menurut Syed, isterinya, Fatin Syazwani Ishak, 23, tidak pernah meminta namun dia sendiri yang mahu menjahit baju raya berkenaan.
“Ini tahun ketiga saya menjahit baju raya buat isteri dan saya lakukannya kerana gemar menjahit.
“Malah, saya turut menjahit pakaian untuk dipakai isteri sewaktu majlis pertunangan dan perkahwinan kami, tiga tahun lalu.
“Isteri tidak cerewet, dia terima saja dan mengakui seronok kerana dapat menggayakan baju raya hasil kerja tangan saya,” katanya.
Demi isteri, buat persiapan sejak 6 bulan
Syed berkata, dia membuat persiapan enam bulan lebih awal untuk menghasilkan semua baju berkenaan.
Katanya, kerja menyiapkan baju itu dilakukannya sendiri tanpa bantuan sesiapa dan lazimnya ia siap sebelum Ramadan.
“Enam bulan sebelum hari raya, saya akan membeli kain untuk digunakan bagi menjahit baju.
“Bila ada kelapangan, saya akan menjahit baju berkenaan supaya semua 30 pasang baju siap awal dan dapat digayakan isteri sepanjang Syawal,” katanya yang mempunyai seorang cahaya mata berusia dua tahun diberi nama Syed Muhammad Nouie Jaeden El-Alawi.
“Sebagai kenangan jika saya tiada nanti”
Syed berkata, dia tidak berasa apa yang dilakukannya itu satu pembaziran, sebaliknya mahu baju itu menjadi kenangan buat isterinya seandainya dia tiada suatu hari nanti.
Menurutnya, dia tidak hanya menjahit baju untuk dipakai isterinya ketika hari raya saja.
“Ini kerana saya ada hasilkan baju untuk dipakai isteri ke majlis kenduri dan lain-lain lagi.
“Ini cara saya menghargai dan memberi kegembiraan buat isteri dan Syawal tetap perlu diraikan walaupun dalam tempoh pandemik Covid-19,” katanya.
Pernah pakai baju raya sama selama 8 tahun
Tambah Syed lagi, disebabkan pengalamannya sebelum ini, dia tak mahu anak dan isteri susah.
“Saya pernah pakai baju raya sama selama lapan tahun ketika zaman bujang dulu, jadi saya tidak mahu isteri dan anak melalui pengalaman sama,” katanya yang turut menghasilkan baju raya buat anaknya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparent)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tiada apa yang diharapkan seorang suami buat masa ni kecuali melihat semula isteri kembali sihat dan dapat melayari kehidupan berumahtangga serta sama-sama membesarkan empat anak yang masih kecil.
Isteri alami pendarahan dalam kepala
Itu yang diharapkan oleh Imam Baydowi Sumardi, 32, buat isterinya, Nur Hana Ismail, 27, yang hilang ingatan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 8 Ogos lalu.
“Buat masa ini mohon semua doakan isteri saya kembali sihat semula. Isteri telah mengalami pendarahan dalam kepala sehingga menyebabkan tempurung kepalanya terpaksa dibuka.
“Kami berdua terbabit kemalangan ketika dalam perjalanan untuk membeli barangan dapur dan makanan dengan menaiki motosikal di Jalan Impian Emas, Johor Bahru.
“Rantai motosikal saya putus dan terbelit pada tayar yang menyebabkan isteri tercampak, manakala saya terseret beberapa meter. Selepas dirawat di bahagian Unit Rawatan Rapi (ICU) selama tiga hari dan bergantung kepada mesin bantuan pernafasan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) selama tiga hari, isteri dibenarkan pulang pada 20 Ogos lalu.,” katanya yang bekerja sebagai penghantar barang.
“Isteri tak ingat saya, anak dan ibunya sendiri”
Imam Baydowi berkata, sejak kemalangan itu, dia tidak bekerja kerana perlu menumpukan sepenuh perhatian kepada isteri. Mujurlah ada ibu mentua yang boleh tolong jaga empat anak buat masa ini.
“Keadaan isteri memang berubah 100 peratus, tidak sama seperti dahulu. Dia tidak ingat saya, anak kami yang berusia antara setahun hingga 7 tahun dan ibunya sendiri. Malah isteri juga bersifat agresif sehingga ada kala terpaksa mengikat tangannya kerana cuba beberapa kali mencabut tiub di leher dan hidung,” katanya ketika ditemui di rumah sewanya di Jalan Makmur 28, Taman Damai Jaya, di Johor Bahru.
Mula tunjukkan perkembangan positif
Terbaru, Imam Baydowi berkongsi, terbaru keadaan isterinya mula menunjukkan sedikit perkembangan positif apabila mula memanggilnya dengan panggilan ‘abah’.
“Malah, Nur Hana juga menunjukkan respon untuk duduk. Alhamdulillah dah mula ada respon yang bagus daripada isteri. Tetapi dia semakin agresif dengan cuba menggigit diri sendiri dan juga saya.
“Memang tidak sama perwatakan isteri yang dahulunya periang, ceria dan lemah lembut. Sejak kejadian yang menimpa keluarga saya ini menjadi tular, alhamdulillah bantuan yang diterima sangat membantu keluarga. Segala barang keperluan makanan serta keperluan mencukupi.
“Keluarga saya juga dapat kunjungan daripada beberapa badan bukan kerajaan (NGO), orang perseorangan dan jiran yang turut menyumbang katil hospital serta kerusi roda bagi memudahkan pergerakan dan keselesaan isteri saya,” katanya.
Tambahnya lagi, dia mengharapkan akan ada keajaiban buat isterinya sembuh seperti biasa walaupun mengambil masa agak lama. Saya harapkan rakyat Malaysia terus mengirimkan doa supaya isteri saya sembuh sepenuhnya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!