Melihat kulit anak yang mula bengkak dan kemerah-merahan dek terkena gigitan nyamuk buat hati rasa tak keruan. Apa kata usahakan halau nyamuk dengan cara semulajadi macam ni. Simple tapi berkesan.
Tip perkongsian pengguna Tik Tok, @jazon_jezi ini anda kena cuba. Mudah, hanya letakkan dua bahan ini sahaja dalam bekas. Mudah!
Nak jadi bapa cool dan terbaik, jom tonton video ini.
Nyamuk takut benda ni. Bagaimana nak halau nyamuk? Senang saja.
1. Potong mask di salah satu sisi.
Ads
2. Masukkan bawang putih yang sudah dibuang kulitnya.
3. Titiskan sedikit minyak angin ke dalam bawang putih.
Ads
4. Ikat kuat dan gantungkan di tepi tingkap.
Senang kan?
Ads
Jom cuba usahakan untuk halau nyamuk dari memasuki rumah kita. Anak pun boleh tidur dengan selesa.
Biasa jika masak makanan berasaskan sup, sambal tumis atau kari, pasti akan nampak lapisan minyak diatasnya kan? Kadang ketika memasak sup daging, lemak dari daging itu akan keluar.
Mungkin masa tengah panas kita tak perasan pun lapisan minyaknya tetapi bila sejuk jelas kelihatan lapisan tersebut.
Ada ibu-ibu yang mungkin tak tahu lagi cara untuk membuang lemak daging dalam sup dengan mudah.
Tip yang dikongsikan oleh Hani Mynis boleh dicuba dan hanya menggunakan senduk sejuk. Macam mana nak buat, ikuti langkah dibawah ini.
Kali ini kita kongsi macam mana nak buang lemak/minyak daging kat dalam sup. Kalau nak buang minyak lebihan kat dalam sambal pun boleh guna cara ini.
1) Sediakan satu senduk besi/aluminium/stainless steel
2) Masukkan dalam peti ais bahagian beku (10 minit dah memadai)
3) Lalukan senduk (bahagian bawah) kat bahagian atas sup (pastikan sup dah sejuk sikit, bukannya panas-panas) secara membulat.
4) Boleh nampak lapisan lemak yang melekat pada senduk tersebut.
5) Buang hasil minyak yang membeku. Selesai masalah!
Semoga bermanfaat untuk ibu-ibu. Bila dah buang lapisan lemak ini, sekurang-kurangnya bolehlah kurangkan kolesterol. Lepas ni boleh praktikkan ya!
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai ibu bapa yang mula mencari tadika yang terbaik untuk anak-anak bagi persiapan untuk masuk ke tadika pada tahun hadapan. Menurut Pakar Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Prof Madya Dr Bustam Kamri yang merangkap Dekan Sekolah Sains Sosial,Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM) mengakui bahawa tadika yang bagus dan berkualiti mendidik kanak-kanak membaca terletak kepada kemahiran guru yang mengajar.
Tadika yang mahal belum tentu dapat hasil yang dikehendaki oleh ibu bapa yang mengharapkan anaknya boleh membaca.
TADIKA KERAJAAN DAN TADIKA SWASTA
Di negara kita terdapat dua jenis tadika iaitu tadika bantuan kerajaan iaitu kelas prasekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Biasanya kelas prasekolah ini terdapat di dalam kawasan sekolah rendah. Ibu bapa perlu mendaftar lebih awal di prasekolah berkenaan.
Selain itu ibu bapa boleh memilih kelas tadika yang dianjurkan oleh Kementerian Kemajuan Masyarakat dan Luar Bandar iaitu kenali sebagai tabika KEMAS. Biasanya tadika ini berada di kawasan luar bandar. Manakala tadika anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) berada di kawasan bandar.
Penubuhan tadika KEMAS dan tadika JPNIN bertujuan untuk membantu keluarga yang berpendapatan rendah . Oleh kerana prasekolah dan tadika ini anjuran kerajaan maka yuran yang dikenakan amat minima sesuai dengan kemampuan keluarga berpendapatan rendah.
Bagaimanapun tadika swasta tetap gunapakai sistem pembelajaran berlandaskan Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekiranya ibu bapa berkemampuan dan tidak mahu menghantar anaknya ke tadika bantuan kerajaan, mereka boleh memilih menghantar anak ke tadika swasta.
Biasanya pengusaha tadika akan mengenakan yuran pada setiap kanak-kanak dan kadar yuran tidak sama pada setiap tadika. Perbezaan yuran bergantung pada keadaan di tadika.
8 TIP BANTU ANAK
Dr Bustam menyenaraikan lapan cara seharusnya pihak tadika lakukan. Apabila sudah tahu mengenai lapan panduan ini, ibu ayah, boleh tanya kepada pihak tadika, bagaimana corak pembacaan di tadika.
1.Aktiviti membaca di tadika hendaklah dipelbagaikan supaya dapat merangsang kanak-kanak untuk belajar membaca.
2.Cara pendekatan mengajar membaca juga penting untuk menghasilkan kanak-kanak yang boleh membaca dan memahami apa yang dibaca.
3.Kaedah membaca secara menyeluruh, fonetik atau membaca terus hendaklah disesuaikan dengan latar belakang kanak-kanak yang berbeza.
4.Masalahnya kadangkala pihak guru yang mengajar tidak sedar dan menganggap semua kanak-kanak adalah sama minat, kebolehan, keupayaan dan pencapaiannya.
5.Bahan bacaan yang disediakan oleh tadika hendaklah dapat menarik perhatian kanak-kanak. Pemilihan bahan bacaan hendaklah disesuaikan dengan peringkat umur, minat dan kebolehan kanak-kanak yang pelbagai latar belakang.
6.Membaca hendaklah disusuli dengan aktiviti yang mempunyai perkaitan dengan bahan yang dibaca dan memberi pengalaman bermakna kepada kanak-kanak.
7.Persekitaran membaca di rumah adalah penting sebagai lanjutan aktiviti belajar membaca di tadika. Ibu bapa dinasihatkan mengambil tahu dengan bertanya pengalaman kanak-kanak kegiatannya semasa di tadika.
8.Berikan galakkan kepada anak untuk terus membaca. Ibu bapa jangan merasa kecewa apabila anaknya belum boleh membaca. Dijangka semua kanak-kanak apabila telah mencapai kematangan dalam lingkungan usia sembilan tahun boleh membaca dengan lancar sekiranya diberi bimbingan yang sesuai mengikut keperluan kanak-kanak.
Pilih Guru Berkelayakan
Setiap kelas prasekolah akan menggunakan kurikulum yang sama di seluruh negara. Begitu juga dengan kelas tadika anjuran kemas dan jpnin juga menggunakan kurikulum yang ditetapkan oleh kementerian pelajaran malaysia. Guru-gurunya pula mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Mereka ini terlatih khusus dalam mengajar kanak-kanak di tadika. Kurikulumnya dibina bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak.
Bezanya kebanyakan guru yang mengajar di tadika KEMAS dan JPNIN berkelulusan diploma pendidikan awal kanak-kanak. Mereka juga mendapat latihan khusus untuk mengajar kanak-kanak di tadika.
Manakala guru-guru di tadika swasta pula datang daripada pelbagai kelayakan akademiknya. Pengusaha tadika yang berkemampuan akan mengaji guru yang berkelulusan sarjana muda dan juga diploma dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.
Tadika mahal atau tidak bergantung kepada sistem pembelajaran di tadika itu. Jika tadika itu murah yurannya, tetapi guru-gurunya berpengalaman sudah tentu banyak ilmu pendidikan yang boleh digunapakai untuk mendidik kanak-kanak. Yang penting, pastikan tenaga pengajarnya berkualiti dan mempunyai sijil dalam pendidikan awal kanak-kanak.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Entah la sejak bila kita jadi cepat termarah anak. Terutama pada anak yang sulung.
Benar, dia anak yang paling tua antara adik-adiknya. Tapi, dia juga anak yang paling awal dan paling lama ada bersama dengan kita.
Menurut Influencer Parenting, Mohd Fhais Salim, anak sulung sebenarnya banyak mengajar kita erti hidup sebenar. Daripada zero, kita boleh menjadi ibu bapa yang hebat.
Dia la yang pertama buat kita menitikkan air mata kegembiraan.
Dia la yang pertama memberi makna besar dalam rumahtangga kita.
Dia la yang pertama hadir mengukir senyuman pada kita.
Dia la yang pertama memberi kita rasa teruja menjadi mak ayah.
Dia juga yang paling banyak mendidik kita tentang kesabaran.
Dia juga yang paling banyak mematangkan emosi & minda kita.
Dia juga yang paling banyak mengajar kita erti syukur & redha sebenar.
Dia juga yang paling banyak menerima kelemahan & kekurangan diri kita.
Hmm..
Saya yakin, masa ni kita semua pasti berazam untuk menjadi mak ayah terbaik.. sebab saya pun begini dulu.
Masa cepat berlalu.. Walau ada anak sulung kita yang dah besar. Tetapi..
Dia tak pernah lupa memori memori indah saat dia kecil bersama kita ini.
Ketika semua perhatian kita hanya tumpu kepada dia seorang.
Ketika semua kasih sayang kita di curah hanya kepada dia seorang.
Ketika semua hidup kita hanya fokus untuk dia.
Masa tu hidupnya pasti penuh dengan kasih sayang & kelembutan, mesti..
Itu dulu, sekarang lain..
Kadang-kadang anak sulung jadi degil, bukan sebab dia dah berubah jahat.
Kadang-kadang anak sulung kuat marah adik-adiknya, bukan sebab dia cemburu.
Kadang-kadang anak sulung jadi keanak-anakan sedikit bukan sebab dia nak ngada-ngada.
Tapi sebenarnya dia RINDU…..
Rindu di cintai & di sayangi seperti yang dia pernah rasai dahulu…. Sesungguhnya.. tiada perasaan yang lebih pedih melainkan rasa “tidak di sayangi lagi” oleh orang yang pernah sayang dia.
Anak sulung sebesar mana pun dia, tetap di hatinya masih “anak kecil” kedua orang tuanya.
Dia la yang paling dekat & paling masak dengan segala kelemahan & kekurangan kita dahulu.
Anak sulung berhak dapat didikan terbaik kerana sesungguhnya banyak kegagalan yang wajar kita tebus semula sebelum terlambat.