Tidak biasa memegang gunting malah kurang mahir memegang gunting dengan cara tepat membuatkan kita terpaksa membantu anak. Jangan dibiasakan membantu dan biar anak lakukan sendiri.
Sekali dua mungkin tidak mengapa, namun setiap kali beraktiviti bantuan harus diberikan membuatkan ada mak ayah yang mula merungut.
Menurut Ahli terapi cara kerja, Pn Ayesha Sairi, aktiviti menggunting memerlukan latihan yang kerap, bukan sekali dua sahaja. Ini tip tepat untuk memahirkan anak menggunting.
Aktiviti menggunting.
Ada ibu bapa datang bertanya pada saya, “macam mana nak ajar anak menggunting? Sekarang kelas online, tak sempat nak tengok anak yang lain punya latihan terutama bila cikgu ada yang minta buat aktiviti kraf.
Saya dah tunjuk banyak kali cara menggunting. Tak pandai- pandai lagi. Setiap kali pun saya kena tolong dia gunting. Kadang kala tu saya tak tak sempat sangat, saya gunting sendiri. Anak tinggal tampal saja. Tolonglah ajar saya”
Ibu bapa yang saya hormati, Kalau kita sedar, aktiviti menggunting sudah mula diajar kepada kanak-kanak terutamanya apabila mereka sudah masuk ke tadika. Menggunting ini merupakan satu skill atau kemahiran yang kompleks.
Bayangkan, tangan perlu memegang gunting, jari digerakkan, mata perlu melihat, kertas perlu dipegang. Sangat banyak pergerakan yang dilakukan dalam satu masa.
Sesetengah anak mungkin akan berasa ‘overwhelm’ atau berasa tertekan kerana terlampau banyak perkara perlu diproses pada satu-satu masa. Otak mereka sedang bekerja keras untuk beri arahan kepada anggotan badan pada masa ini.
Ads
Apa yang ibu bapa dan guru boleh guna bersama anak untuk ajar mereka kemahiran menggunting ialah:
1.Pastikan anak memegang kedua-dua GUNTING dan KERTAS. Tip ni macam biasa sahaja. Namun begitu, ini adalah kesalahan biasa yang dibuat. Ibu bapa atau guru akan membantu memegang kertas dan biarkan anak memegang gunting.
2. Untuk kuasai kemahiran menggunting, anak perlu belajar menggunakan kedua belah tangan. Mereka perlu belajar mengawal gunting sambil memegang kertas.
3. Anak perlu meletakkan gunting selari dengan kertas untuk menggunting. Selain itu, anak perlu boleh memegang kertas dengan stabil dan berada di posisi yang sesuai untuk menggunting. Sekiranya ibu bapa atau guru memegang kertas tersebut, anak tidak akan dapat menguasai kemahiran menggunting dengan baik.
4. Semasa mengajar anak untuk menggunakan gunting, pastikan anda mengajar anak untuk menggunakan kedua-dua belah tangannya. Sekiranya mereka belum boleh memegang kertas dengan baik, boleh berikan sokongan kepada mereka dengan memegang tangan bersama bersama. Dengan cara itu, anak akan dapat belajar dengan cara yang betul.
5. Kalau tak mahu gunakan kertas, boleh pelbagai medium yang lain. Sebagai contoh, playdoh, kotak, daun kering, suun dan sebagainya. Barulah anak tidak berasa jemu.
Ads
Kemahiran menggunting ini bukan hanya dilihat dengan cara anak kita memegang gunting sahaja. Bukan hanya diukur dari sudut kejayaan anak untuk ‘buka dan tutup’ gunting tersebut.
⭐️Anak perlulah memegang kertas dalam keadaan ibu jari di atas kertas, 4 jari yang lain di bawah kertas.
⭐️Anak bawa kertas rapat ke badannya, pastikan dalam posisi yang selesa. Tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah. Paling tinggi di paras dada.
Ads
Posisi ini penting supaya bahu anak berada dalam keadaan rileks. Bahu anak tidak dalam keadaan terangkat kerana ia akan menyebabkan anak mudah letih atau lenguh. Bayangkan anda perlu mengangkat tangan anda untuk bertanya soalan kepada cikgu dan perlu menunggu lama untuk cikgu beri perhatian kepada anda. Pasti anda berasa lenguh di bahagian bahu.
Memegang kertas dengan betul dapat memudahkan anak untuk memanipulasi kertas tersebut. Terutamanya apabila mereka sudah melepasi tahap garisan lurus dan perlu menggunting zig zag, ombak, segi tiga dan bentuk kompleks yang lain.
Kemahiran menggunting sesungguhnya memerlukan penguasaan kemahiran asas yang lain seperti koordinasi motor tangan, kemahiran manipulatif, daya tumpuan, ‘motor planning’, kemahiran ‘bilateral integration’ dan lain-lain.
Satu perkara yang suka saya ulang dan ulang banyak kali ialah kemahiran memerlukan latihan dan pengulangan. Yang namanya skill dan kemahiran ini semuanya pun perlukan latihan dan pengulangan. Letih, kecewa anak masih tak mahir lagi perkara biasa. Teruskan memberi ruang untuk anak berlatih.
Selamat berusaha yang terbaik untuk anak kita. Terutamanya saya yang menulis ini.
“You might have to fight for the battle more than once to win it” – Margaret Thatcher
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.
Kesian kalau tengok anak baru umur 2 tahun gigi dah rongak. Ibu ayah kena periksa apa punca masalah gigi anak tu. Jangan dibiar sahaja.
Ramai ibu bapa yang apabila gigi anaknya sakit minta dicabut di klinik. Akan tetapi, anda perlu tahu bahawa cabutan gigi susu sebelum waktunya boleh mengganggu pertumbuhan gigi kekal.
Gigi susu juga mempunyai kepentingannya sendiri. Jadi jom ikuti perkongsian doktor gigi ini untuk tahu lebih lanjut.
KEPENTINGAN GIGI SUSU YANG IBU BAPA PERLU AMBIL TAHU
Minggu lepas, datang pasangan muda, bawa anak pertama umur dlm 2 tahun++ Umur 2 tahun, tapi gigi depan habis hilang! Hilang?
Bukan hilang apa, gigi ada tapi tinggal tunggul dalam gusi..so nmpk flat jek depan dia. Kita biasa panggil gigi rongak
Maknya sibuk suruh cabut tunggul-tunggul tu semua. Gigi lain pun disuruh cabut katanya mulut anaknya tu busuk sebab gigi banyak rosak!! Iskk dari kesian, jadi geram pula CheAh dengan maknya ni. Orang dewasa cabut gigi pun mengelak-ngelak. Ni baby 2 tahun suka-suka hati suruh cabut gigi anak.
Jadinya, mari CheAh nak cerita kepentingan gigi susu.
Gigi susu ni hayatnya tak lama, biasanya sampai umur belasan tahun sahaja.
Kenapa penting gigi susu ni? Terutamanya gigi susu depan yang hanya akan berganti bila usia umur 6-8 tahun
Gigi susu penting sebagai ‘space maintaner’ untuk gigi kekal.
Jika gigi susu tiada, sebab dicabut terlalu awal, gigi akan bergerak dan menyebabkan gigi kekal tidak cukup ruang untuk tumbuh.
Jelaslah, kalau gigi susu tidak dijaga akan menimbulkan masalah pada masa hadapan.
Bayangkan, kalau umur 2 tahun gigi dah rosak. Umur anak 5 tahun, habis hilang gigi depan!
1. Tidak boleh makan dengan betul seterusnya mengganggu penghadaman. 2. ‘Self-esteem’ kurang (sebab ramai kawan-kawan termasuk orang dewasa akan cakap gigi depan takde tak cantik)
3. Gangguan pada sebutan huruf
Kesian kan? Hanya kerana GIGI anak kecil tu kurang ‘confident level’
Kebanyakan punca utama karies gigi susu ni adalah disebabkan penggunaan botol susu lebih dikenali juga ‘Nursing bottle caries’
Biasanya berlaku pada gigi hadapan atas dan gigi geraham belakang.
Semua susu tepung di pasaran pada masa ini mengandungi gula penyebab utama karies gigi.
Jika botol susu dibiarkan di dalam mulut anak anda semalaman, kandungan gula dalam susu tersebut penyebab utama terjadinya karies gigi.
Dan mungkin membawa kepada masalah yang lebih serius sebagai contoh gusi bernanah dan jangkitan kuman
Semua ini boleh dicegah!!!
Ibu bapa memainkan Peranan utama. Bukan doktor gigi 1. Tiada botol susu dalam mulut semasa tidur. 2. Elakkan memberi makanan manis dan ‘junk food’ kepada anak.
3. Elakkan memberi biskut-biskut manis.
4. Sentiasa berus gigi anak anda (anak kecil tidak akan boleh membersihkan satu mulut,
selalu akan berus gigi depan sahaja) 5. Boleh gunakan ubat gigi berfluorida dalam jumlah yang sedikit (setelah anak anda
pandai untuk meludah) 6. Bawa anak anda berjumpa Doktor gigi seawal 6 bulan pertama kelahiran.
Kesihatan mulut anak anda bermula dari anda. Jaga gigi susu anak anda sehingga tempoh untuk digantikan dengan gigi kekal.
Ingat!!! KARIES GIGI BOLEH DICEGAH Dr Asiah Bahagian Kesihatan Pergigian Johor
Benarlah orang kata, anak perempuan gemar kelihatan cantik dan dipuji akan apa yang mereka buat. Bagus sebenarnya apabila ibu bapa memuji anak perempuan mereka. Mereka akan rasa dihargai dan disayangi. Tetapi ada juga ibu bapa yang menganggap perkara itu remeh sedangkan perkara itu boleh memberik kesan kepada emosi anak dan perilaku mereka.
Sekecil- kecil perkara, pujilah mereka supaya mereka bahagia. Menurut Taufiq Razali, Penulis Dan Pendidik Ilmu Keibubapaan, naluri keperempuanan anak perlulah difahami. Jangan disebabkan sifat ayah yang terlalu tegas dan “macho” sehingga tidak mahu terima naluri anak mereka.
“Semalam sempat la bawa si anak sulung dan umminya ke magic photo box apa entah. Sebelum masuk bergambar tu si sulung dengan umminya siap bercelak bergincu bagai.
“Dah masuk depan kamera dia buat pulak muka pelik pelik. Jelir lidah, buat comel, buat ayu dan macam macam lagi muka pelik. Si bapak (saya la tu) duduk di luar sambil tepuk dahi dengar suara depa gelak ketawa dalam kotak tu. Sakan betul!” kata Taufiq Razif menerusi perkongsian di akaun Facebook.
Sumber foto: Facebook Taufiq Razif
Menurut Taufiq Razif, anak perempuan mempunyai fitrah seorang perempuan seperti:
1. Nak merasa cantik
2. Nak dilihat cantik
3. Suka dipuji kecantikannya
4. Suka lihat dirinya dalam keadaan cantik
“Kadang dia suka ambil gambar orang, kadang pula bergambar dan belek muka dia sambal tersenyum senyum sendirian (Gambar orang dekat sebelah dia tak kisah mana asalkan gambar dia paling cantik)” tambah beliau menerusi perkongsiannya.
Menurut beliau, sekiranya anak perempuan tidak “gila- gila” dengan ayah sendiri, dikhuatiri anak akan melampiaskan dan penuhi naluri tersebut kepada orang lain. Selagi mana tak berlebihan dan tak langar syarak, wajarlah dilayan kerenah anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mandi sememangnya rutin wajib yang dilakukan oleh semua orang termasuk anak kecil. Di sebalik fungsinya untuk membersihkan diri daripada segala kekotoran, rutin mandi sebenarnya memainkan peranan penting terhadap perkembangan tumbesaran anak anda.
Masa mandi bersama si kecil merupakan waktu terbaik untuk meningkatkan ikatan antara anak dengan ibu bapa. Ia kelihatan seperti tugas harian yang wajib dilakukan tetapi sebenarnya ia masa terbaik merangsang otak si kecil anda.
Menurut kajian yang dilakukan, otak kanak-kanak terbentuk sebanyak 85% pada usianya tiga tahun. Dalam tempoh tersebut rangsangan sensorik memainkan peranan penting bagi perkembangan anak untuk sihat dan gembira. Peratus daripada perkembangan otak mereka dicapai menjelang usia tersebut. Pada peringkat ini daya penyerapan kognitif amat tinggi, sistem saraf dan neuron pula berkembang pesat.
Perkembangan kognitif anak juga dipengaruhi aroma. Aroma yang baik dipercayai dapat menstimulasi bahagian otak sehingga menguatkan ingatan anak di kemudian hari. Pilihlah mandian yang wangi buat si kecil agar mereka juga gembira dan teruja setiap kali mandi. Selain itu, saat mandi jangan hanya digunakan sebagai waktu untuk membersihkan diri, melainkan melakukan stimulasi. Berikan sentuhan lembut, ajak anak berbicara, dan lakukan hubungan mata.
Oleh itu jadikan waktu mandi anak sebagai satu detik istimewa bukan sahaja untuk meningkatkan ikatan antara anda dan si kecil malah untuk membantu mereka merangsang perkembangan mereka dengan baik.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.