Usahawan dan selebriti popular, Neelofa yang kini sedang berpantang memilih cara tradisional untuk berpantang anak keduanya ini.
Hasrat ibu kepada dua cahaya mata lelaki itu untuk berpantang dengan bidan kampung tradisional dari Terengganu itu akhirnya tertunai kini.
Menerusi perkongsian di Instagram Stories miliknya, Neelofa bersyukur kerana hasratnya untuk berpantang kali ini dengan bidan terpilih untuk tercapai.
“Alhamdulillah, ada rezeki saya untuk bawa Kak Dib all the way dari Besut, Terengganu untuk duduk di Kuala Lumpur selama 40 hari bantu saya pantang secara tradisional.
Ads
“Lebih rileks dan dekat di hati saya yang asalnya pun seorang budak kampung #kampunggirl,” tulisnya di Insta Story.
Menerusi perkongsian tersebut, isteri kesayangan Haris Ismail itu juga turut memuat naik gambar beberapa peralatan untuk memulakan rawatan pantangnya.
Ads
Neelofa juga turut meletakkan sasaran untuk mencapai berat badan yang diimpikan selepas habis tempoh berpantang iaitu ‘road to 55kg’.
Ads
Terdahulu, Neelofa selamat melahirkan cahaya mata keduanya, Abdullah Abbas pada 11 Julai lalu.
Bayangkan saat yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Si kecil lahir ke dunia dengan tangisan pertama yang cukup mengharukan hati ibu dan ayah. Semua kelihatan normal, sehinggalah beberapa hari kemudian bayi mula muntah berulang kali, hilang selera minum susu, dan kelihatan lemah. Inilah detik yang menakutkan, apabila doktor mula menyebut tentang satu penyakit yang jarang sekali kita dengar iaitu Congenital Adrenal Hyperplasia (CAH).
CAH ialah penyakit genetik yang berlaku sejak lahir kerana kelenjar adrenal (organ kecil di atas buah pinggang) tidak menghasilkan hormon penting dengan cukup. Hormon ini sebenarnya penting untuk mengawal gula dalam darah, garam, pertumbuhan dan juga fungsi organ.
Bila hormon ini tidak seimbang, tubuh anak akan mengalami masalah serius seperti dehidrasi, tekanan darah rendah, muntah berulang, dan tumbesaran terbantut.
CAH memang penyakit rare tetapi kes ada dilaporkan di Malaysia. Antara tanda-tanda yang ibu bapa boleh perhatikan:
Bayi atau kanak-kanak selalu muntah tanpa sebab jelas.
Kurang selera makan atau gagal naik berat badan.
Nampak lemah, lesu dan cepat penat berbanding kanak-kanak lain.
Ada juga kes di mana bayi menunjukkan tanda dehidrasi teruk (mulut kering, kurang kencing).
Kadangkala tanda lebih jelas bila anak semakin besar contohnya gangguan hormon yang membuatkan pertumbuhan tidak normal.
Walaupun kedengaran menakutkan, berita baiknya ialah CAH boleh dikawal dengan rawatan yang betul. Anak yang didiagnos akan diberikan ubat hormon gantian sepanjang hidup untuk memastikan tubuh mereka berfungsi seperti biasa. Dengan rawatan teratur, ramai kanak-kanak CAH mampu membesar sihat, aktif dan menjalani kehidupan normal seperti rakan sebaya.
Awasi simptom awal – Jangan anggap muntah berulang atau anak selalu lemah itu perkara biasa.
Rujuk doktor pakar pediatrik endokrinologi jika ada tanda mencurigakan.
Ikut jadual rawatan – Ubat mesti diberi secara konsisten mengikut nasihat doktor.
Sokongan emosi – Anak dengan CAH perlukan kasih sayang dan dorongan supaya mereka tidak rasa berbeza daripada kanak-kanak lain.
Walaupun CAH jarang berlaku, sebagai ibu bapa kita perlu cakna. Anak-anak adalah amanah paling berharga. Jika kita peka dengan tanda awal, cepat bertindak dan patuh kepada rawatan, anak dengan CAH masih boleh menjalani kehidupan yang penuh warna-warni, sama seperti anak-anak lain.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahnik anak pada hari ke-7 sebagaimana dianjurkan sunah, Anzalna terus bahagia dengan kehadiran anak sulung. Nama pun sudah diberi!
Anzalna dan suami, Hanif Zaki mentahnikkan bayi sulung mereka dalam satu majlis yang dihadiri kedua-dua belah keluarga. Dalam posting Instagram, Anzalna turut mengumumkan nama bayi lelakinya iaitu Mohamad Eidrees bin Mohamad Hanif.
Katanya, Eidrees ialah nama pilihan kerana ia adalah nama nabi. Pangkal nama Eid pula ialah sempena kelahiran Eidrees beberapa hari sebelum kehadiran Eidulfitr (Aidilfitri).
Aktres ini dalam posting berikutnya berkongsi beberapa foto bersama Eidrees dan keluarga. Dia percaya Allah adalah sebaik-baik perancang. Kalau dulu bermain dengan anak orang lain, Anzalna mengakui tidak percaya kini sudah ada anak sendiri.
Bila cakap pasal saiz badan besar ramai yang akan sensitif. Bukan niat hendak menghina atau mentertawakan saiz badan orang lain tetapi untuk mengingatkan tentang risiko yang bakal mereka hadapi dari segi kesihatan.
Dr Nurilyani Bujang, Pakar Bius di sebuah hospital ternama berkongsi pengalaman beliau mengendalikan kes rawatan ke atas pesakit berbadan besar.
Harap lebih ramai yang boleh buka mata dan berlapang dada membaca perkongsian ini.
Saya tak pernah nak menghina atau sama sekali nak mengecilkan hati orang yang berbadan besar. Apatah lagi nak buat mereka menangis.
Ada yang kata itu hak mereka sendiri untuk berbadan besar, besar itu comel, besar itu cantik.
Hakikatnya, saya menangis kerana saya tidak mampu membuat yang terbaik untuk pesakit saya yang berbadan besar.
Saya pernah dapat pesakit wanita yang beratnya 180kg, datang dengan pneumonia atau jangkitan kuman paru paru. Puas sudah semalaman team ICU bertungkus lumus. Mesin pernafasan ventilator sudah 100% memberi bantuan pernafasan.
Namun, tahap oksigen di dalam darah hanya sekitar 70%. Pilihan yang terakhir adalah dengan memberikan bantuan pernafasan menggunakan mesin secara prone (dibaringkan terlungkup) seperti Superman. Namun, beratnya yang 180kg itu menjadi batu penghalang untuk team ICU melakukan rawatan ini.
Dia pergi menghadap Ilahi.
Risiko Nak Ceaser Ibu Badan Besar
Saya pernah dapat pesakit wanita seberat 165kg untuk pembedahan Caesarean.
2 katil Dewan Bedah diperlukan. Kesukaran untuk memasukkan jarum branula untuk ubat ubatan jangan cakaplah.
Berbelas kali cubaan dibuat. 2 pembantu pembedahan diperlukan. 3 doktor bius berpengalaman diperlukan.
Kami tidak dapat untuk membuat bius separuh badan kerana lapisan lemaknya sangat tebal. Kami give up dan teruskan dengan plan B iaitu awake fibreoptic intubation.
Lazimnya, jika kita membius pesakit secara am, sejenis tiub pernafasan dimasukkan apabila pesakit di bawah pengaruh bius. Tapi untuk dia, kami masukkan hidup hidup.
Selepas pembedahan, kami hantar dia ke ICU untuk proses mencabut tiub pernafasan secara perlahan lahan.
Malangnya dia meninggal kerana pulmonary embolism atau darah beku yang berasal dari kaki yang melencong ke paru paru. Masalah ini memang sinonim dengan orang yang berbadan besar.
Dia pergi menghadap Ilahi.
Maut Kerana Ambil Supplemen Kurus!
Saya pernah dapat pesakit wanita berbadan besar yang membeli ubat supplemen kurus durjana di laman web. Mereka di ICU kerana kegagalan buah pinggang, kegagalan hati, ada juga yang menghadapi masalah jantung.
Ada yang pergi menghadap Ilahi, ada yang penghujungnya kena dialysis.
Wanita yang berbadan besar,
Bukan niat saya untuk menghina. Tapi saya mahu anda sedar dari lamunan.
Anda adalah mangsa.
Si penjual supplement durjana mengambil kesempatan atas anda.
Anda juga adalah mangsa delusi ‘besar itu cantik’.
Besar itu meletakkan kesihatan anda dalam bahaya.
Besar itu menyebabkan kesukaran rawatan atas anda.
Itu belum kira lagi penyakit yang lain lain.
Sakit lutut, sakit puan, sakit jantung, susah bernafas, dengkur yang kuat, kanser.