Selera anak pun sama macam kita. Ada yang kurang gemar makan nasi sebaliknya lebih suka pada aneka roti. Roti Canai antara kesukaan anak-anak kita kerana rasanya yang ringkas dan lembut. Malah senang dimakan.

Selain membeli roti canai segera, sesekali mama bolehlah cuba menyediakan sendiri roti canai di rumah kerana hendak membuatnya tidaklah sukar. Malah dengan empat bahan sahaja, roti canai tersedia buat si comel.

Resipi roti canai versi bayi yang dikongsikan oleh Farisha Sofea ini nampak cukup istimewa. Mana tidaknya, gabungan susu sejuk bersama madu (untuk bayi satu tahun ke atas sahaja) cukup buat roti menjadi lebih lembut dan sedap. Jom cuba!


Bahan Bahan :
2 1/2 cawan tepung gandum tanpa bahan peluntur
1 1/2 sb mentega tanpa garam
1 sb madu ( 1 tahun ke atas )
3/4 cawan susu sejuk

Satukan tepung bersama mentega dan juga madu. Ramas sehingga adunan menjadi seperti serbuk roti.

Masukkan susu sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga adunan menjadi doh. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan bulatkan dengan kemas.

IKLAN

Rendamkan doh di dalam minyak secukupnya. Perapkan doh selama 2 jam / semalaman.

Kemudian ambil satu doh dan canaikan, tebarkan doh perlahan lahan sehingga doh menjadi bulatan yang besar dan nipis.

Lipatkan doh menjadi segi empat. Panaskan kuali tahan lekat bersama sedikit minyak dan gorengkan sehingga garing kedua dua belah permukaan.

Angkat dan hidangkan di dalam pinggan. Potong kecil untuk mudahkan anak pegang.


EPISOD 6 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK BIJAK IQ, PEMAKANAN @ GENETIK

Pemakanan anak memainkan peranan penting bukan sahaja untuk tumbesaran malah untuk IQ anak-anak. Namun, adakah faktor genetik mempengaruhi perkembangan IQ mereka?

Saksikan Episod ke 6, Journey Bersama JoviaNina pada 30 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.

#PaMaJourneyBersamaJoviaNina
#AstroRIA
#MajalahPAMA

Nak macam-macam info? Jom join channel Pa&Ma D Parents Channel https://t.me/pamadparents


Anak-anak Mama dah start merangkak laju?

Serlahkan bakat merangkak si manja di SSPN x PA&Ma Baby Merangkak Race 2020 pada 17-18 Oktober ini!

Hadiah berupa akaun SSPN menanti para pemenang! Bukan tu je, ada award Baby Merangkak WOW! juga (pemenang dipilih berdasarkan likes paling tinggi di IG).

Untuk mendaftar, boleh segera hubungi kami di nombor yang tertera.