Lebihan roti selalu buat kita rasa serba salah. Hendak dibuang terasa membazir, jika dibiarkan sudahnya roti terbiar hingga sudah menampakkan kulatnya. Ada baiknya sebelum tarikh mati tiba, cepat-cepat buatkan lasagna ni. Confirm anak suka.

Resipi mudah yang dikongsikan oleh Masriza Basri ini mama wajib cuba. Punyalah senang, hanya susunkan sahaja dan lapiskan dengan lapisan lain. Hasilnya memang superb. Wajib cuba!

 

Roti Dah Nak Expired Jangan Buang, Cuba Lasagna Roti Gardenia Ni, Resipi Jimat Tapi Sedap!

LASAGNA ROTI GARDENIA BASIC
Disebabkan roti dah nak expired, jadi kita try test buat lasagna roti la yer. Ini je bahan-bahan yang ada malam tadi. Maka jadilah Lasagna Roti Gardenia Simple cara saya. Kalau nak cuba boleh try resepi kat bawah ni.

Resepi lasagna roti paling simple cara saya (versi takde sayur-sayuran)
Bahan-bahan:
6 keping roti nk expired
2 biji telur
150ml susu segar
4 keping keju
3 sudu besar sos lada hitam
3 sudu besar sos tomato
200g daging cincang
2 ulas bawang putih – dicincang
1 biji bawang besar – dicincang
1 cubit garam dan gula
Parutan keju

Roti Dah Nak Expired Jangan Buang, Cuba Lasagna Roti Gardenia Ni, Resipi Jimat Tapi Sedap!

 

IKLAN

Tumis bawang putih dan bawang merah dengan butter/marjerin sampai naik bau. Masukkan daging cincang. Tumis sampai masak/kering air.

Tambah sos tomato dan sos lada hitam. Perasakan garam dan gula kalau perlu.

Roti Dah Nak Expired Jangan Buang, Cuba Lasagna Roti Gardenia Ni, Resipi Jimat Tapi Sedap!

 

Ni pulak cara nak melapis lasagna. Sapu keseluruhan bekas dengan mentega. Saya guna bekas kecik je.

IKLAN

Pukul susu dan telur sehingga sebati. Celup roti dalam bancuhan tadi dan susun dalam bekas hingga penuh bahagian bawah bekas. Tuang separuh inti tadi atas roti dan ratakan.

Roti Dah Nak Expired Jangan Buang, Cuba Lasagna Roti Gardenia Ni, Resipi Jimat Tapi Sedap!

Susun kepingan keju atas daging. Ulang dan tambah lagi satu lapis roti dan daging.

Akhir sekali taburkan parutan keju di atas lapisan atas sekali. Lapisan atas sekali mesti daging dan parutan keju. Boleh letak sosej/pepperoni sebagai hiasan.

IKLAN

Roti Dah Nak Expired Jangan Buang, Cuba Lasagna Roti Gardenia Ni, Resipi Jimat Tapi Sedap!

Jika ada lebihan bancuhan tadi siramkan dalam bekas tu. Bakar guna AF pada suhu 160 darjah celsius 20 minit.

Boleh olah resepi ikut kesesuaian AF masing-masing ye.

Roti Dah Nak Expired Jangan Buang, Cuba Lasagna Roti Gardenia Ni, Resipi Jimat Tapi Sedap!

Selamat mencuba!

Artikel berkaitan: Sekali Sekala Masak Untuk Anak Makanan Berasaskan Keju Confirm Dia Suka Ada 3 Resipi Menarik Wajib Cuba!

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI