Menikmati roti john penuh melimpah dengan inti daging dan cheese yang banyak pastinya membuatkan kita sukar melupakan rasa enaknya. Begitu juga dengan anak-anak kita di rumah. Cukup sukakan roti john yang satu ini. Ada waktunya meminta ibu sediakan sendiri di rumah.
Jangan beli, kali ini kita cuba sendiri di rumah menggunakan resipi semudah ABC yang dikongsikan oleh Ameera Rashid. Paling menarik hanya gunakan roti keping sahaja tetap menjadi, sama seperti kedai. Jom cuba resipi mudah yang dikongsikannya.
Nampak mudah dan menyelerakan!
Roti john semudah abc. Anak-anak request roti john tapi roti untuk roti john tak ada stok. Kes malas nak ke kedai, guna je lah roti yang ada kat rumah.
BAHAN-BAHAN
Roti (roti panjang atau roti biasa pun boleh)
Marjerin (untuk disapu pada roti)
Telur (2 biji untuk 5 keping roti)
Daging hancur 1/2 keping
Sayur kubis dicincang
Serbuk blackpepper secukup rasa
Serbuk bawang putih
Roti keping yang dah disapu marjerin.
Ads
Telur 2 biji untuk 5 keping roti.
Ni bahan yang dicampur. Telur 2 biji, daging hancur 1/2 keping, kubis, blackpaper dan serbuk bawang putih.
Mixkan.. Hasilnya.
Ads
Ceduk sikit letak atas roti bahagian yang disapu marjerin. Bakar atas pan dengan sedikit minyak.
Letak sos yang korang suka, sos cili dan kewpie mayonis, blackpaper dan mushrooms.
Ads
Nilah hasilnya. Rupa tak adalah menawan tapi rasa sangat mewah sebab banyak daging.
Ada waktunya sepanjang tempoh PKP ini kita mula rindukan makanan penjaja di tepi jalan. Rindu pisang goreng, kuih keria dan tidak kurang juga apam balik panas. Bagi mengubat rasa ini, apa kata anda sediakan sahaja di rumah. Inilah waktunya anda menunjukkan kemahiran memasak kepada seluruh keluarga. Mana tahu air tangan anda lebih mantap.
Resipi Apam Balik yang satu ini mama wajib cuba kerana dibuat tanpa diperap seperti biasa. Hanya campurkan sahaja kesemua bahan dan bolehlah di masak seperti biasa. Jom ikuti perkongsian resipi Puan Mizah Ngatiman ini. Terbaik!
Resipi Apam Balik Tanpa Perap
Sila kongsikan, moga bermanfaat sepanjang cuti PKP ini.
Bila tengok Apam Balik ni kan. Teringat kenangan Lz kecil dahulu, inilah kenangan mak dan arwah abah niaga Apam Balik dan Jagung Rebus di pasar malam. LZ dan Kak Long kecil lagi masa itu. Kami selalu ikut mak abah ke pasar naik gerabak (sejenis kenderaan 2 roda yang dipasang/ ditarik di belakang motosikal).
Bayangkan dah lebih 40 tahun. Rasanya kalau hari ini tanya mak resepi asal mak dulu mesti mak pun dah tak ingat agaknya. Mudah-mudahan resepi ini bermanfaat pada sesiapa yang ingin mencubanya. Lz niatkan sedekah semua pahala kebaikan yang datang pada resepi ini pada Al- Marhum Abah Lz, Hj Ngatiman Bin Hj Sarmidin.
Bahan-bahan: (dapat lebih kurang 15 keping)
4 cawan tepung gandum
1 cawan gula halus
2 biji telur gred B
1sk soda bikarbonat
2sk baking powder
2 cawan air masak
Pewarna kuning telur
Bahan tabur:(secukupnya)
Gula pasir
Kacang tanah hancur
Jagung manis tin
Marjerin untuk sapu permukaan apam.
Mixer hingga gebu telur dan gula halus.
Gebu macam ni bertukar warna putih.
Kemudian masukkan soda bikarbonat, sedikit pewarna kuning dan air. Mixer rata lagi.
Kemudian masukkan tepung dan baking powder. Mixer lagi.
Dah siap, adunan tak cair dan tak terlalu pekat. Agak- agak boleh dilenser pada kuali.
Panaskan kuali anti lekat. Api kecil. Kemudian ambil 1 + 1/2 senduk adunan. Lenser pada kuali macam kita buat lempeng tu. Tebal nipis ikut kita.
Biarkan ia berbuih bintik macam ni.
Boleh lah tabur gula, jagung manis dan kacang tadi. Ikut suka banyak mana kita suka.
Kemudian dah berhenti buih buih tadi nampak kering permukaan apam bolehlah dilipat. Tadaaaa dah siap. Boleh sapu marjerin permukaannya.
Boleh lah dipotong dah sejuk.
Isinya lebih jagung dan kacang. Sedap.
Selamat Mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Susah sangat nak ajar anak kita makan sayur. Kalau disuap bersama nasi, pasti anak tolak mentah-mentah. Terpaksalah mama bertambah kreatif dengan buat trik sembunyikan sayur dalam makanan yang dimasak.
Tapi jenis makanan bagaimana yang mampu tarik perhatian anak kita untuk masak. Tak kisahlah jenis makanan apa asalkan penuh dengan nutrisi dan paling penting berkhasiat.
Resipi Sosej Ayam Sayur yang dikongsikan oleh Puan Norazlin Abd Rahman di facebooknya ini boleh juga kita jadikan panduan. Nampak sedap dan paling penting lebih selamat dan jimat. Jadi jom cuba.
RESEPI SOSEJ AYAM+SAYUR
Makanan sihat untuk anak-anak. Bukan senang nak bagi anak-anak makan sihat yang lengkap dengan happy, terutama sayur. Ini cara paling mudah dan membuatkan anak anda bertambah makan!
Bahan-bahan :-
4-5 ketul dada ayam
2 biji telur
Lobak merah dan daun sup (boleh guna apa-apa sayuran)
1 biji bawang besar
4-5 ulas bawang putih
Sedikit lada hitam, lada sulah dan garam
4 sudu makan tepung ubi
Caranya:
1. Campurkan kesemua dan kisar hingga sebati.
2. Masukkan bahan-bahan tersebut ke dalam plastik aiskrim dan ikat dihujung kiri dan kanan.
3. Kemudian rebus dalam 10 hingga 15 minit.
4. Goreng jika nak makan, yang lebih boleh simpan.
Siap!
Kredit: Norazlin Abd Rahman
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Orang kata, makanan terbaik adalah makanan yang dimasak sendiri dan disediakan sendiri oleh ibu untuk anak.
Ini kerana penyediaannya lebih terjamin dari aspek kebersihan dan keperluan nutrisi.
Bagi anak yang berusia 2 tahun ke bawah, tak sesuai lagi diberikan makanan orang dewasa kerana sistem pencernaannya sedang dalam proses menerima makanan pejal dan yang penting tiada garam dan penambah rasa.
Ok untuk panduan semua ibu, ada beberapa resipi lauk simple untuk anak yang boleh dimasak kurang daripada 30 minit oleh Puan Adila Akhir
1. Ayam Goreng Kunyit
Bahan-bahan:
•Isi Ayam
•Serbuk Kunyit
•Bawang Besar
•Halia
•Carrot
Cara-cara:
•Lumurkan ayam dengan serbuk kunyit dan goreng hingga masak. Ketepikan.
•Goreng bawang besar, halia, dan carrot hingga sedikit layu.
•Masukkan semula ayam yang telah digoreng tadi dan masak seketika.
•Angkat dan toskan.
2. Sup Ayam
Bahan-bahan:
•Isi Ayam
•4 Sekawan
•Bawang Putih
•Bawang Besar
•Halia
•Minyak
•Carrot
•Celery
•CBB
Cara-cara:
•Panaskan minyak. Tumis 4 sekawan hingga naik bau.
•Tumis bawang putih, bawang besar, dan halia yang dihiris halus.
•Masukkan isi ayam dan biarkan hingga ayam keluar air.
•Masukkan air, CBB, dan kentang.
•Masukkan carrot dan celery bila kentang hampir empuk.
•Biarkan hingga sup mendidih.
3. Kari Ikan
Bahan-bahan:
•Ikan
•Halba Campur
•Bawang besar
•Bawang Putih
•Daun Kari
•Serbuk Kari Ikan
•Asam Jawa
Cara-cara:
•Panaskan minyak dan tumis halba campur.
•Masukkan bawang putih, bawang besar, dan daun kari hingga kekuningan.
•Masukkan serbuk kari ikan bersama sedikit air. Masak hingga pecah minyak.
•Masukkan air asam jawa dan biarkan mendidih.
•Masukkan ikan hingga masak.
•Masukkan kacang bendi dan tomato jika suka.
4. Ikan Masak Asam
Bahan-bahan:
•Ikan
•Bawang Besar
•Bawang Putih
•Halia
•Serai
•Asam Jawa
Cara-cara:
•Goreng ikan hingga masak. Ketepikan.
•Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih, halia, dan serai yang telah dihiris.
•Masukkan air asam jawa dan biarkan mendidih.
•Masukkan ikan yang telah digoreng.
5. Sup Ikan
Bahan-bahan:
•Ikan
•Bawang Putih (dihiris)
•Bawang Besar (dihiris)
•Serai (diketuk)
•Asam Keping
Cara-cara:
•Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang besar, dan serai hingga wangi.
•Masukkan air dan asam keping. Biarkan mendidih.
•Masukkan ikan dan biarkan masak.
6. Udang Goreng Kunyit
Bahan-bahan:
•Udang
•Serbuk Kunyit
•Bawang Besar
•Bawang Putih
•Halia
Cara-cara:
•Lumurkan udang dengan serbuk kunyit dan goreng. Ketepikan.
•Tumis bawang besar, bawang putih, dan halia hingga garing.
•Masukkan semula udang yang telah digoreng tadi dan masak seketika.
•Angkat dan toskan.
7. Kari Ayam
Bahan-bahan:
•Isi Ayam
•4 sekawan
•Bawang Putih
•Bawang Besar
•Halia
•Daun Kari
•Serbuk Kari Ayam
•Serbuk Kurma
•Kentang
•CBB
Cara-cara:
•Panaskan minyak, tumis 4 sekawan.
•Masukkan bawang putih, bawang besar, halia, dan daun kari hingga wangi.
•Masukkan serbuk kari ayam dan serbuk kurma bersama sedikit air. Masukkan CBB.
•Masukkan ayam dan biarkan hingga naik minyak.
•Masukkan air dan kentang.
•Biarkan hingga ayam masak dan kentang empuk.
8. Begedil Ayam (frozen)
Bahan-bahan:
•Kentang (potong sederhana nipis)
•Isi Ayam (dicincang)
•Bawang Besar (dicincang)
•Daun Sup
•Telur
Cara-cara:
•Goreng kentang sampai masak dan toskan.
•Lenyek atau tumbuk kentang sampai lumat. Ketepikan.
•Tumis bawang besar dan masukkan isi ayam sehingga masak.
•Satukan ayam dengan kentang goreng yang telah ditumbuk/dilenyek dan daun sup.
•Masukkan kuning telur ke dalam adunan dan sebatikan.
•Bentukkan begedil.
•Celup begedil ke dalam putih telur dan goreng separuh masak.
•Toskan minyak dan simpan dalam freezer.
P/S: Bila nak makan, defrost begedil dan goreng sampai masak.
9. Ayam Masak Lemak
Bahan-bahan:
•Isi Ayam)
•Bawang Besar (dicincang atau ditumbuk
•Halia (diketuk)
•Serbuk Kunyit / Kunyit Hidup (ditumbuk)
•Ubi kentang
•Serai (diketuk)
•Asam Keping
•Santan
Cara-cara:
•Tumis bawang besar dengan sedikit minyak je (untuk bagi bawang sedikit layu).
•Masukkan air, serai, halia, asam keping, serbuk kunyit, isi ayam, dan ubi kentang. Masak hingga ayam masak dan kentang empuk.
•Masukkan santan dan biarkan mendidih.
P/S: Jika gunakan kunyit hidup, tumbuk sekali dengan bawang besar.
10. Egg Drop Soup
Bahan-bahan:
•Telur
•Bawang Putih
•Tepung Jagung
•CBB
•Sayur Sawi
Cara-cara:
•Panaskan minyak. Tumis bawang putih.
•Masukkan air bancuhan tepung jagung.
•Masukkan CBB.
•Masukkan batang sayur sawi hingga lembut atau hingga air mendidih.
•Masukkan daun sayur sawi dan tunggu seketika.
•Masukkan telur yang dicampur sedikit tepung jagung perlahan sambil dikacau mengikut arah lawan jam.
•Biarkan seketika.
11. Tomyam Ayam & Sayur
Bahan-bahan:
•Isi Ayam
•Bawang Putih
•Bawang Besar
•Homemade Tomato Paste
•CBB
•Broccoli
•Carrot
Cara-cara:
•Panaskan minyak.
•Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.
•Masukkan isi ayam, tomato paste, CBB, dan sedikit air. Tunggu hingga mendidih.
•Masukkan broccoli dan carrot. Biarkan sehingga ayam masak, dan sayur lembut.
12. Kurma Ayam
Bahan-bahan:
•Isi Ayam
•4 Sekawan
•Bawang Putih (dicincang)
•Bawang Besar (dicincang)
•Halia (diketuk)
•Daun Kari
•Serbuk Kurma
•Kentang
•Carrot
•CBB
•Natural Yogurt Farm Fresh / Santan Segar
Cara-cara:
•Panaskan minyak.
•Tumis 4 sekawan hingga naik bau.
•Masukkan bawang putih, bawang besar, halia, dan daun kari hingga wangi dan sedikit keperangan.
•Masukkan sedikit serbuk kurma dan air hingga mendidih
•Masukkan ayam, kentang, carrot, CBB, yogurt/santan, dan air. Reneh hingga ayam masak dan kentang lembut.
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.